Wednesday 21 August 2013

Raya 2013 versi kami.

selamat hari raya everyone! hari raya pertama sebagai seorang isteri, menantu, kakak ipar, adir ipar. kalau ditanya apa perasaannya dalam satu perkataan, mungkin perkataan paling sesuai ialah :

"Woooo!!!"

HAHAHA..overwhelming sebenarnya jeritan tu. happy, bersyukur sangat-sangat, sebak, pening, semua adalah!

masa ni, barulah paham perasaan kawan-kawan yang dok cerita sebelum ni pasal dilema nak sambut raya, pengalaman raya kat umah family mertua / parents in law (PIL).

Hmmmm..:) tahun ni jadi tahun beraya yang paling packed dan jugak paling banyak belanja rasanya. bukan belanja baju raya or kuih raya since our baju raya cuma sepasang je. tu pun sebab terkenang ni kan raya pertama as a husband and wife, apa salahnya beli baju baru kann? and our theme colour tahun ni ialah hijau zamrud. alaaa lebih kurang warna hijau reception Awal Ashaari n Scha Alyahya tuu! :) and yes, since our hometown bersebelahan saja negerinya - Kedah dan Penang; both our family memang berharap kami akan balik keduanya lah.

Dan, kat situlah banyak belanjanya tahun ni. cuti lapan hari - my husband and i dah planned earlier 1st day cuti ke mana, then ke mana, raya pertama kat mana, etc etc sampailah hari terakhir cuti supaya adil pada kedua-duanyaa. Adoiiii i never thought it'll be quite hard jugak rupanya walaupun kampung dekat-dekat kann. back to back dari kedah ke penang, dengan petrol, tol, pastu belanja for each house memang macam air je rasa duit tu tapi alhamdulillah, bertambah tambah meriah raya tahun ni rasanya.

Apa pun, tahun ni malam raya dan raya pertama di kampung husband. dari pertengahan puasa kami dah decide benda ni since adik beradik husband yang lain tak balik kampung raya pertama, i never thought i will cry until lepas isyak malam raya tu. time tu radio dah pasang takbir, ayah mertua (abah) pun dah takbir kat umah, masyaallah terus zappppp teringat kat mak. lari masuk bilik, nanges sorang-sorang. esok pagi, lepas mandi tengah siap-siap nak pegi masjid solat raya punn, nangeesss lagii telefon mak. Huwaaaaa tak taulah kenapa tapi memang rasa sedihh sangat. bukanlah mak mertua i garang ke hapa pun, ngamm jee kitorang bff hahaha but yea, first time kot kann. mak i pun macam sebak-sebak je masa i call (perasan) hehe..

satu perkara yang wajib i buat setiap kali raya ialah sesi pillow talk dengan all my BFFs. tapi disebabkan raya tahun ni sangat pack dengan terpaksa back to back kedah-penang, tak sempat jumpa semua BFFs. Sobbss, sedih jugak tapi takpee, whatsapp/facebook/twitter ada! Haha.. but yea, seronookkk sangaat sebab sempat pillow talk dengan dua orang BFF i yang jantan - Tengku dan Hazley (bukan nama sebenar, gituuu!!).

pillow talk ni tak melibatkan bantal ye, cuma juadah raya diselang seli dengan air kordial, selalunya melebihi 5 jam. dan dengan diorang berdua, masa tak pernah jadi batasan. time ni lah kami kongsi everything - masalah hati, kerja, etc etc. gelak sampai nanges-nanges tak payah cakaplah. Allah..seronok sangat! nak pulak kali ni my husband join masuk korum. hahaha i miss you already guys! yang tak bestnya raya tahun ni ialah cuti i yang sepatutnya 13 hari, dah kena potong sebab raya kelima i dah kena outstation ke Kota Kinabalu. haihhh bila laa nak abes keja kat KK ni adoyaipun.

so yeah, terpaksa balik ke KL awal dari plan asal, tapi seronok sebab PIL ikut sekali. kebetulan my husband's cousin buat kenduri bertunang kat sungai buloh. meriah sangat majlis bertunang dia, tema merah hitam, tetiba terkenang masa my husband n i bertunang dulu - 11 November 2011 - tema pink putih n fuschia - memang konsep DIY sesangat sampai tapak mini pelamin pun gigihhhh my now-husband n i pegi kilang kayu, beli kayu, gergaji, paku2 bagai. :P cant wait for their majlis bersanding n bertandang disember nie! How's your raya? :) till then!

Friday 16 August 2013

Rindu.

Bila dah jauh, baru terasa betapa kosongnya hidup kita kalau tanpa dia.
Bila dah berenggang, baru senyum sorang-sorang teringat perangai menyakat n annoying dia.

Rinduuuuu.

Sayang,

Esok i balik dah.
Cancelled flight ke sandakan esok sebab walaupun kerja kat sana dah postpone until next month, i can always go and enjoy my weekend there but, i just prefer to be with you at home. I miss doing nothing with you.

:)

Love,

Your wife,
Kota Kinabalu.