Friday, 3 August 2012

Wedding Prep : Dress Inspiration

for those girls, bride to be yang masih buntu nak cari idea untuk your wedding dresses, i nasihatkan rajin-rajin browsing website wedding photographers, designers, abroad and local. masa tu uols akan jadi macam i ternganga, terjerit, bila tengok SEMUA pun cantik. Hahaha thats normal. apa yang i buat ialah, i tengok each designs tu specific. maksudnya, leher/neckline dress tu, fabrik, the cutting, the leeves, the shoulder pads, the details, the colours, dll. sebab maybe sebenarnya apa yang u jatuh cinta sangat dengan design tu ialah fabric nya yang nampak very the soft and flowy tapi design dia so so je. atau u maybe suka details warnanya jee, that kind of thing.

so, what you can do is..save semua gambar inspirasi dan idea u tu dalam satu folder. kalau uols pakai folder lah. macam i, semua i tarik masuk dalam organiser MS One Note i, which related to my post H E R E. kalau pakai folder, u boleh rename kan each files tu ikot apa yang u nak highlight pasal gambar tu. kalau macam i, i terus guna drawing tool dalam MS One Note, conteng-conteng dan highlight terus kat gambar tu which part yang i nak my dressmaker buat for my wedding dress. satu lagi cara yang sangat best n i suka sangat is you print the photos, put in your organiser and conteng! sadly, i tak mampu buat cara nie sebab i have limitation to print photos.

buatlah apa saja cara, asalkan memudahkan u. :)

pada bride to be yang rajin tengok wedding dress designs, mesti kenal Elie Saab kann?? Ngeeee sumpah i memang sukaaa sangat dresses diaa. walaupun kebanyakan designs dia tak sesuai dengan budaya timur kita, tapi all those details, cutting, sleeves, fabric, semuanyaa marvellous kann!

hohoii let me show you some of her outcome. maybe bole bantu kamu-kamu yang masih confuse tak tahu nak baju yang design camne..enjoy!


i imagine it in a long dress version, different colour of belt/sash on waist,  then it will be a perfect baju akad nikah. :)

long lace sleeves, long flowy dress! :)

i love the dress train..perfect utk wedding bertemakan fantasi, so dreamy with the feather-like.

need i say more?? =_="

brilliant colour combo! jarang nampak pengantin pakai warna camni, nampak sweet n  exclusive!

i sukaaaaaa ada effect kain extra yang flowy tuuu, seriously diva!

Grrrrrr!! i love this!

i love the top part exclude the v neck inner dress. 

the combination of few above dresses, can you see it?


all photos are credited to Pinterest and Wedding Inspirasi. drop me comments if you love it too!


till then! :)

Thursday, 2 August 2012

The Parents

mak ayah i mendidik i dan adik beradik dengan sangat baik. ayah i pekerja am rendah je tapi dengan gaji tu dia mampu bela kami empat beradik. mak tak kerja. waktu kecik hidup memang susah. i dah biasa terima / makan / pakai apa saja yang mak ayah i bagi atau suruh. no complaints at all sebab i tau memang tak ada pilihan. 

mak ayah i dedua garang. mak i garang dengan berleter n action sekali. setakat kena libas dengan hanger, hempas pinggan mangkuk dalam sinki, kena jerit-jerit, kurung dalam toilet, semua tu i dah rasa dengan mak. ayah pulak garang dalam diam. tak banyak cakap, tapi bila sekali dia bercakap memang terasa sampai ke tulang. sekali naik tangan, memang sampai tua lah berbirat. i dan kakak i pernah jadi saksi abang i yang masa tu 18 ke 19 tahun kena sebat dengan raket badminton sampai raket tu patah dua. :(

mak ayah i juga tak reti menunjuk sayang pada anak-anak. seingat i, kali terakhir mak dan ayah betul-betul peluk i erat-erat ialah on my graduation day, 2005. that was seven years ago man! but still that was a wonderful moment for me. mak i tak pernah cakap sayang atau rindu bila cakap telefon. i mengaku, i jeolous sikit kat kawan-kawan masa di kampus bila diorang bole bergayut lama-lama dengan parents macam dengan memember. 

one thing that i love the most about my mom and dad is they trust me. cumanya bila dorang dah percaya, bila i membesar, i selalu terpaksa buat sendiri semua benda. form one ke form 2 dah belajar sendiri-sendiri naik bas awam pegi sekolah. banyak activities, hobbies dan minat i masa sekolah i buat sendiri-sendiri je. mak ayah i cuma particular bab grades je. waktu i sekolah rendah, i memang 'kena' habis-habisan dengan mak yang kejut i pukul 4 pagi suruh study,that kind of thing.

i memang kurang rasa kasih sayang parents waktu kecik dulu. mak ayah i orang kampung yang sangat fokus cari duit dan pendekatan supaya weols adik beradik berjaya dalam pelajaran so no such thing as makan bersuap, morning hug and kiss, goodnight hug, family vacation, etc etc. 

dan sekarang bila i pun dah semakin dewasa ni, banyak yang i belajar dari ramai orang yang  jumpa. i tak cakap mak ayah i parents yang tak baik, NO..i kat sini semuanya kerana diorang. i jadi macam sekarang semuanya sebab doa diorang yang tak pernah putus-putus. cuma, i belajar which part i need to improve if Allah gives me a chance to be a mom someday. 

i sedar, somehow sekarang perangai i pun beransur-ansur nak jadi macam mak. i jadi orang yang dingin, i tend to resist kasih sayang yang ada di sekeliling i sebab i takut i tak boleh control myself, or them. i always avoid deeper conversation with whom i love because i'm afraid of getting hurt, i tend to speak in a harsh tone for a normal conversation or discussion with Mr. A, etc etc.

haihh. it's genetic kott. but i believe, we can always change our attitude. i dont want to be a pesimist wife and mother to my husband and children. i want to be a positive, supportive mother. 

sekarang bila tengah buat preparation kawen, kadang-kadang stress dengan mak ayah sendiri. diorang selalu over sensitive dengan perangai i yang sangat simple itu tak nak ini tak payah sampai babit-babitkan Mr. A. masyaAllah, i anggap nie dugaan bertunang jelaa. ada satu masa, sampai cakap i dah berubah and lebihkan Mr. A dari diorang. second masyaAllah. haihh yang buat i geram semuanya diorang tak cakap kat i, tapi kat kakak i. it's like up until today, sampai i dah nak kawin pun, macam ada communication barrier among us. mak i kalau cakap sendiri benda yang dia tak puas hati kat i, tak pernahnya habis. mesti bagi hint hint je pastu suruh i faham sendiri and ikot cakap dia. bila i yang degil ni argue for explanation, mak i mesti defensive gila pastu nanges. Allahuakbar, sabar jelahhhh.

nasiblah Mr. A tak emo sekali. kalau tak lagilah i pening agaknya.

sekian sesi bride to be meroyan.

till then! :)