Thursday 27 February 2014

Sibuk dot com

aduhai, makin banyak dugaan pulak kat ofis sekarang nie. dah laa boss sekarang ni teramatlah annoying, sekarang pulak one by one my daily-paid-contract staffs dapat kerja baru dan terpaksa resign. nak dapat replacement dari HR pulak amboi susah kemain. to make it worst, senior clerk yang buat admin kat ofis nie pun dapat naik pangkat n terpaksa lah bertukar. uwaaaaaa it's not that i am not happy for them, baguslaa untuk future dorang dapat kerja tetap yang lebih terjamin tapi sedihhh + serabut bila fikir banyaknyaa kerja yang still pending. and of course sedihlaa sebab masing-masing dah close kann.

dan masa ni lahh, tetiba rasa nak wish cepatlaaa beranak LOL.

sejak preggy nie memang tak pernah cuti balik kampung, so next week dah apply cuti seminggu! lama kannn bunyinya, cuti seminggu campur dua kali weekend maksudnya 11 hari cuti! sroottttt, think again ladies. masa bujang dulu, cuti seminggu balik kampung memanglah heaven gilos. tapi kalau kes macam i nie, cuti seminggu balik kampung kira macam ngam-ngam je laa untuk rehat di rumah family masing-masing. yesss, cuti seminggu tapi balik kampung dua-dua belah pihak - husband and mine. jarak perjalanan dari kampung husband dengan kampung i dalam dua jam lebih. lain negeri. loghat sama. utara. hahaha okay dah.

amalan kitorang laki bini sejak kawen, everytime balik kampung - tak kiralah weekend ke, saja amik cuti ke, cuti raya kee, memang seminggu sebelum balik tu kami dah plan jadual perjalanan. maksudnya dah plan nak balik mana dulu, tido sini bapa malam, pukul berapa nak balik rumah satu lagi, etc etc. semuanya untuk pastikan both parents pun kami adilkan. alhamdulillah memang kitorang tak pernah lagi laa bergaduh masam muka ke pasal isu nie sebab both of us memang tak kisah nak spend time kat mana pun asalkan together (gituuuu) tapi selalunya kami risau mak ayah mama dan abah laaaa yang terkecik hati ataupun terasa.

hmmmmmmmm. sapa cakap kawen orang dekat ni senang? Hahahaha.

and yes, walaupun esok last day keja tapi aura nak bercuti belum mari sebab kerja berlambak-lambak. huwaaaaaaa tak tau mana satu nak buat dulu! nasib laaa colleagues kat department i ni jenis relax dan havoc jee, tak skema, so tak laa stress sangat walaupun kengkadang hangin dengan boss.

short update of pregnancy :

1. alhamdulillah, hari nie cukup 25 minggu pregnant.
2. based on reading, babyN sekarang dah ada deria rasa taw. so mummy kena laa makan yang lagi sedap-sedap lepas nie barulah awak happy kan babyN kannn?
3. babyN sukaaaaa bergerak gerak gerak gerak gerak gerak gerak gerakkkk, especially masa i tengah kenyang makan. i'm sure i will miss this moment forever. :') sobbbsss.
4. agak susah nak tido lately sebab perut makin besar kot tapi takpee, i can manage. sedangkan sebulan kursus wataniah kena tido pakai full uniform celoreng busuk kat tengah estet kelapa sawit - atas rumput, bumbungkan langit, takde bantal, takde selimut, mampu je lena sampai ke pagi kannn? insyaallah ni cumalaa dugaan kecik.


till then!

Wednesday 19 February 2014

Of Pregnancy : Darah Rendah / Anemia

yes, another entry of pregnancy. maaf lah tapi sementara diberi kesempatan untuk merasa pengalaman mengandung ni, i would love to cherish every moment here. lagipun takut nanti dah terlupa, memang takdelah nak tulis lagi pengalaman n ilmu baru yang dapat during pregnancy ni.

okayy, macam semua orang tahu - sepanjang mengandung ni, hormon kita memang cepat sangat berubah. paling simple, cuba laa tengok kuku sendiri masa pregnant. cepat sangat panjang berbanding sebelum pregnant. itu pun disebabkan hormon sebenarnya tau. belum campur lagi bab muntah, cepat letih, allergic yang tak munasabah. pendek kata, we can blame almost everything about pregnancy to hormone! hahaha.

salah satu perubahan hormon ni termasuklah komposisi darah kita. simple math masa pregnant ni ialah disebakan ada baby comel dalam rahim kita yang tengah membesar pulak tu, so definitely badan kita perlukan lebih banyak zat-zat tertentu untuk support both need - baby and mother. dan salah satu zat yang paling dan tersangat penting ialah zat besi. zat besi ni penting untuk hasilkan hemoglobin dalam darah. hemoglobin ni pulak macam satu agen yang keje nya ialah mengangkut oksigen ke sel-sel lain --- termasuk kepada baby. so, kurang zat besi = kurang oksigen pada baby = anemia / darah rendah (bahasa mudah). ewah ayat macam nutritionist tak? muahahaha.

but unfortunately, i am one of those anemic mommies to be.  >______<

dari mula i bukak buku pink sampai sekarang, sekali je bacaan darah i normal. lainnya semuaaaaaa di bawah paras normal. uwaaaaaaaa sedihhh okayyy sebab nurses selalu nasihat ayat sentap-sentap macam "kesian baby tak cukup oksigen, tak cukup zat", "bahaya ok nanti awak ada risiko untuk turun darah", etc etc. dear babyN, sumpah ok mummy dah makan semua suplemen yang doktor bagi - makan pun dah cuba macam-macam untuk naikkan zat besi - tapi still sama. baiklah, untuk mommies yang tak tahu, let me tell you apakah itu bacaan normal dan tak normal. untuk anemia ni, kalau darah kita bacaan dia 11 ke atas - alhamdulillah. tapi, 11 ke bawah tu ialah darah rendah / anemia.

last check up, result darah i ialah 10.7. amboii 0.3 ni bukankah jika dibundarkan akan menjadi 11?? Sobbsss T____T

baiklah usah bersedih, ayuh kita fokuskan acane nak selesaikan permasalahan ini. semalam, i amik inisiatif attend class pasal anemia lepas check up kat KKIA. class ni free n memang buat setiap minggu kat KKIA Presint 9 Putrajaya ni. nurse laa yang beria suruh i pegi n alhamdulillah dapat ilmu baru.

First, i baru dapat tahu yang aturan i makan suplemen untuk anemia i selama ni ialah salah. okay, for the time being i kena makan 4 jenis suplemen. iron tablet, asid folic, vitamin C n asid folic. nurses advice i untuk makan iron tablet 2kali sehari, sebelum makan dan selebihnya makan sekali sehari selepas makan. untuk pengetahuan, advice ini adalah SALAH sama sekali yaaa! sobbsss, pegawai sains (zat makanan) yang consult i semalam tu (Pn. Azlinda, a very nice lady) memang pokpekpokpek laa pasal nurses bila i cerita nurses advice i selama ni camtu. aiyohh patutlaa darah i tak naik-naik walaupun hari-hari telan bayam macam popeye! blerghhh so macamana cara yang betul untuk makan suplemen masa mengandung ni?

1. iron tablet wajib dimakan bersekali dengan vitamin C. so dua jenis suplemen ni ( iron tablet dan vitamin C) WAJIB dimakan serentak.

2. untuk vitamin B complex dan asid folic, optional. nak makan sekali harung dengan yang atas pun boleh, nak makan lepas meal pun boleh. kalau nak senang, kau makan je laa semuanya sekali. so takde dah alasan leceh or terlupa kann. yee, aku bercakap dengan diri sendiri sekarang niee. =__=

REMINDER : Sila telan ubat-ubatan ini dengan air kosong or jus buah saja. milo,nescafe,kopi, hatta susu adalah dilarang sama sekali.

3. makanan yang tinggi zat besi : peria, taugeh, bayam, daging, jambu batu. makan laa banyak-banyak. huwaaaa!

4. elakkan minuman bersusu dan kafien lepas makan. kalau nak jugak minum gitu, minum lepas dua jam kita makan. sebab, benda-benda ni akan serap zat besi dalam makanan so buat penat jelaa kita makan sobbss. sedihh bila teringat meeting kat ofis i memang takde air sirap or ribena yang dorang serve. kalau tak teh, nescafe, tak pun kopi. zzzzzzz maka air mineral jelaaa mummy teguk. takpelahh, untuk babyN mummy yang spesies coffeeholic ni pun boleh tinggal terus semua jenis kopi. dah besar nanti, sila lah selalu belanja mummy daddy lepak starbucks ye sayang.

well, rasanya itu jela lebih kurang yang i dapat masa class semalam. selain pasal anemia, ada jugak pakar fisioterapi bagi talk pasal senaman untuk pregnant mom, senaman n stretching untuk elakkan sakit belakang, etc etc.

cuma kann satu benda yang memang melekat dalam otak ni definitely pasal pentingnyaaaa kalsium pada kita. menakutkan je bila doktor cerita n tunjuk gambar tulang rapuh masa bersalin, gigi rosak, dan kesan-kesan lain laa. kebanyakan kesan tu bukan sekarang tau, tapi bila dah makin berumur nanti. ngeee tak bole jadi, balik keja ni kena terus singgah beli low fat milk. sebelum ni bukan tak minum susu tapi selalu ngelat. pastu minum susu coklat je, susu betul takleh masuk tekak. tapi demi babyN, demi kesihatan sendiri, demi husband, i rela nak start amalkan minum susu biasa.

by hook or by crook, i will try anything for the best of our little family. i just love them so much, more than anything. memang Allah Maha Besar kann, belum pun lahir baby ni, belum pun nampak rupa dia depan mata, tapi dah cinta sepenuh nyawa dah kat babyN. dua tiga malam ni, sebelum i tido tak tau kenapa memang asyik rasa sebak n nak nanges je tengok husband yang dah tido nyenyak bila teringat susah payah dia selama ni jaga dan sabar dengan i, susah senang kami sejak mula kenal sampai sekarang, i just swear to myself yang i nak berubah step by step jadi yang terbaik untuk dia, insyaallah. semoga Allah kekalkan jodoh kami sampai syurga, aminn. :')

till then!

Monday 17 February 2014

Of Pregnancy : 23 Week's rambling

i am 23 weeks pregnant, alhamdulillah.

so far, pregnancy has treating me good. tak ada muntah, loya, sakit kepala kee. i guess babyN memang sangatlah behave. ehh dah ada nama keee?? Haha actually husband n i dah start list nama-nama babies ni kann sejak i belum pregnant pon *blushing*. saja suka-suka n fun taww! so yeah, nama baby ni actually dah ada senarai n for now, let us call her/him babyN. insyaallah bila dah selamat deliver nanti, i'll announce the gender and name to the world! *like people care* hahaha..

i perasan lately sejak pregnant ni, i suka sangat ajak husband pegi tempat-tempat yang involve adventurous activities. i'll blog more about each places we went later, sebab entry ni ditaip di ofis so semua gambar dan detail takde. tapi itulah, walaupun macam risau jugak sikit tapi sumpah i sangat sangat happy n having fun travel during pregnancy. plan nak travel nak naik flight jee belum tercapai sekarang ni sebab time constraint. too many things to do, but too little time left. i guess since i dah nak masuk 6 bulan, nak naik kapal terbang kena laa dapatkan advice gynae dulu kan.

sakit belakang i still ada, everytime nak tido mesti seriau sebab terbayang sakit belakang everytime nak ubah position, even worst bila bangun pagi. tiap-tiap malam husband offer sapukan minyak tapi i tak nak biasakan sangat sebab kakak-kakak ofis cakap tak elok. lagipun, takdelah membantu sangat pun kalau sapu minyak huhu..selalunya i akan sandar je kat headrest katil tu dengan bantal sampai dah betul-betul ngantok baru baring. pusing kiri ke kanan ke, sama je i rasa..tapi i ikut nasihat doktor untuk kerap tido sebelah kiri sebab membantu aliran zat dan darah kepada baby.

disebabkan selalu bangun tengah malam untuk shee shee, sakit belakang lagi, memang selalunya every morning i akan jadi grumpy mommyzilla. tambah pulak dengan stress tak tau nak pakai baju apa pegi ofis sebab kebanyakan baju dah tak muat, uwaaaaaa..nasib lah babyN ada daddy yang supercool. dia laa yang rajin buat lawak bodoh tiap-tiap pagi, cuddling and tickling me, tolong pilihkan baju, ironkan baju kalau dah lambat, masyaallah i am just blessed being her wife. i tulis ni pun bukan nak riak, tapi lebih kepada self reminder pada diri sendiri untuk lebih menghargai semua yang husband i dah buat untuk support i, dari sebesar-besar perkara sampailah yang sekecil-kecil hama. bukan apa, namanya manusia ni memang tak ada yang perfect kann. so, bila ada benda or perangai yang dia buat merimaskan mata, menyakitkan hati..ingat benda-benda ni bole laa buatkan i abaikan je semua tu.

kat ofis pulak lately i memang jadi malas sangat nak buat kerja. mengadap komputer buat kerja 3-4 jam, lepas tu google barang baby sejam. huwaaaa tak berkat gaji camni tapi sumpah memang takde mood nak buat kerja. seboleh-bolehnya sharp je 5.30pm, kalau takde meeting pape memang terus balik je. sekarang ni tengah google list barang baby. tak tau bila nak start beli. n tak tau nak beli apa je dulu cumanya sekarang ni memang tak tahan sangat tengok rompers baby. ngeeeee nak nak online kann, rasa macam nak order je semuaaa hew hew hew.

minggu pertama mac insyaallah kitorang balik kampung. first time both my parents and parents in law akan tengok i dalam keadaan pregnant with huge baby bump hahaha cant wait cant wait. tak sabaq nak jalan-jalan umah sepupu kat perlis, plan plan macam nak pi danok makan pulut ayam, tomyam, daging bakar, pulut mangga, haaa lepas tu bole shopping set tilam kekabu untuk baby. aritu tanya kat downtown mines, RM200 satu set huhukk..kalau kat kampung rasa macam bole dapat murah lagi kott.


till then!

Monday 10 February 2014

Of Pregnancy : 22 Minggu, Halfway there!

22 minggu, 4 hari tepatnya.

alhamdulillah! :)


Progress setakat ini :

1. first time dalam hidup, berat mencecah 50 kg. Ngeee!

2. baby bump memang dah start obvious since 20 weeks pregnant. sekarang memang SEMUA orang pun perasan.

3. still tak pandai sangat nak detect baby tendang tapi memangg kadang-kadang rasa mcm ada something yang vibrate or melantun kat perut hehe

4. selera makan macam makin bertambah sikit dari biasa tapi so far, cuba laa untuk ikut advice nurse supaya makan sikit-sikit tapi kerap. bukan apa, kalau makan betul-betul hadap ikut selera tuu, konfeemmmm lepas tu badan rasa mengah n tak selesa sangat.

5. MALAS TAHAP DEWA nak pegi kerja. ni tak padan dengan hubby yang antar n amek kann hari-hari. kalau drive sendiri tatauu laa cemana.

6. BELUM beli anything for baby and mommies. errr, bila patut mula beli ye?

7. makin susah nak tido especially bab nak pusing kiri kanan tu. sakit belakang, sakit pinggang. :(

8. emosi di luar kawalan. Gulppp! huhu ni memang betul. lately ni, memang cepat sangat nak sentap dan terasa especially dengan hubby. dapat pulak hubby jenis kaki mengusik, menyakat, menganjeng, memanggg naseb lahh dia kena amukan ablasa huwaaaaaa kesiannn okayy. lepas tuuu, jeolous makin kuat tak hengat. lepas tuu, tetiba rasa macam nak nanges tapi tak tau kenapa. ada sekali jadi camtuu, husband punyalah pujuk tanya kenapa semua tapi yang aku tau, nangesss je sambil geleng kepala. last-last, dia pun malas nak layan dia lepak depan TV tengok DVD. dah abes nanges, nak bangun keluar tengok hubby tapi kekonon sentap kann sebab ditinggalkan so sambung nanges. yang aku tak tau, mamat tu dah tertido kat hall, kita yang tak bole tido ni terpaksalaa amek tshirt husband dalam bakul laundry buat lapik bantal, baru bole tido. da nak masuk subuh tu baru laa husband masuk bilik hahaha kelakar bila ingat balik. ntah pape kann.

9. antara makanan dan buah yang aku amalkan masa pregnant - kurma, pisang, jambu batu, anggur hitam, limau, sayur bayam, yogurt, susu coklat, dragon fruit, dll. untuk pengetahuan semua, aku ni memang hantu nescafe dan kopi. memang coffeholic. everyday memang selalunya aku akan minum at least 2 mugs nescafe or coffee. masa mula-mula pregnant, macam risau jugak bila baca kat internet kena elakkan minuman kafein. especially untuk yang darah rendah macam aku ni sebab kafein ni akan serap kandungan zat besi yang ada dalam makanan yang kita makan. so kesianlah kat baby kann, dan buat penat jelahh kita makan bayam, kerang, jambu batu bagai tu.

dan alhamdulillah, sejak mula pregnant sampai sekarang memang betul-betul 360 darjah punya transform. no more nescafe, teh, dan kopi. sekali jela aritu memang teringin sangat nak minum teh ais kaw mamak punya. minum tu masyaallah dia punya nikmat haihhhh macam dapat air masa buka puasa! Hahaha..dan sekali lagi, minum nescafe secawan masa meeting. other than that, memang minum air kosong n air-air lain jelaa. demi kamu baby, mummy rela sayang!

10. gender baby actually da tau sejak check up 18 weeks. Heeee...alhamdulillah sebenarnya tak kisah pun boy ke girl yang penting kamu sihat cukuplah sayang. nanti dah keluar, kita buat special announcement ya. progress baby setakat ni alhamdulillah baik. kalau ikutkan saiz baby n perut kita ni, baby macam tak besar sangat. cute-cute nak ikot mummy kott ni haha. orang tengok memang tegur "keciknyee perut" tapii kita yang mengendong baby 24 jam ni memang terasa uols berat n mengahnya. nak-nak kalau daripada duduk tenggelam kat bean bag depan TV, pastu nak bangun berdiri ngeeee tersenget kiri kanan jugak wehhh.



till then!