22 minggu, 4 hari tepatnya.
alhamdulillah! :)
Progress setakat ini :
1. first time dalam hidup, berat mencecah 50 kg. Ngeee!
2. baby bump memang dah start obvious since 20 weeks pregnant. sekarang memang SEMUA orang pun perasan.
3. still tak pandai sangat nak detect baby tendang tapi memangg kadang-kadang rasa mcm ada something yang vibrate or melantun kat perut hehe
4. selera makan macam makin bertambah sikit dari biasa tapi so far, cuba laa untuk ikut advice nurse supaya makan sikit-sikit tapi kerap. bukan apa, kalau makan betul-betul hadap ikut selera tuu, konfeemmmm lepas tu badan rasa mengah n tak selesa sangat.
5. MALAS TAHAP DEWA nak pegi kerja. ni tak padan dengan hubby yang antar n amek kann hari-hari. kalau drive sendiri tatauu laa cemana.
6. BELUM beli anything for baby and mommies. errr, bila patut mula beli ye?
7. makin susah nak tido especially bab nak pusing kiri kanan tu. sakit belakang, sakit pinggang. :(
8. emosi di luar kawalan. Gulppp! huhu ni memang betul. lately ni, memang cepat sangat nak sentap dan terasa especially dengan hubby. dapat pulak hubby jenis kaki mengusik, menyakat, menganjeng, memanggg naseb lahh dia kena amukan ablasa huwaaaaaa kesiannn okayy. lepas tuuu, jeolous makin kuat tak hengat. lepas tuu, tetiba rasa macam nak nanges tapi tak tau kenapa. ada sekali jadi camtuu, husband punyalah pujuk tanya kenapa semua tapi yang aku tau, nangesss je sambil geleng kepala. last-last, dia pun malas nak layan dia lepak depan TV tengok DVD. dah abes nanges, nak bangun keluar tengok hubby tapi kekonon sentap kann sebab ditinggalkan so sambung nanges. yang aku tak tau, mamat tu dah tertido kat hall, kita yang tak bole tido ni terpaksalaa amek tshirt husband dalam bakul laundry buat lapik bantal, baru bole tido. da nak masuk subuh tu baru laa husband masuk bilik hahaha kelakar bila ingat balik. ntah pape kann.
9. antara makanan dan buah yang aku amalkan masa pregnant - kurma, pisang, jambu batu, anggur hitam, limau, sayur bayam, yogurt, susu coklat, dragon fruit, dll. untuk pengetahuan semua, aku ni memang hantu nescafe dan kopi. memang coffeholic. everyday memang selalunya aku akan minum at least 2 mugs nescafe or coffee. masa mula-mula pregnant, macam risau jugak bila baca kat internet kena elakkan minuman kafein. especially untuk yang darah rendah macam aku ni sebab kafein ni akan serap kandungan zat besi yang ada dalam makanan yang kita makan. so kesianlah kat baby kann, dan buat penat jelahh kita makan bayam, kerang, jambu batu bagai tu.
dan alhamdulillah, sejak mula pregnant sampai sekarang memang betul-betul 360 darjah punya transform. no more nescafe, teh, dan kopi. sekali jela aritu memang teringin sangat nak minum teh ais kaw mamak punya. minum tu masyaallah dia punya nikmat haihhhh macam dapat air masa buka puasa! Hahaha..dan sekali lagi, minum nescafe secawan masa meeting. other than that, memang minum air kosong n air-air lain jelaa. demi kamu baby, mummy rela sayang!
10. gender baby actually da tau sejak check up 18 weeks. Heeee...alhamdulillah sebenarnya tak kisah pun boy ke girl yang penting kamu sihat cukuplah sayang. nanti dah keluar, kita buat special announcement ya. progress baby setakat ni alhamdulillah baik. kalau ikutkan saiz baby n perut kita ni, baby macam tak besar sangat. cute-cute nak ikot mummy kott ni haha. orang tengok memang tegur "keciknyee perut" tapii kita yang mengendong baby 24 jam ni memang terasa uols berat n mengahnya. nak-nak kalau daripada duduk tenggelam kat bean bag depan TV, pastu nak bangun berdiri ngeeee tersenget kiri kanan jugak wehhh.
till then!
No comments:
Post a Comment