Wednesday, 19 February 2014

Of Pregnancy : Darah Rendah / Anemia

yes, another entry of pregnancy. maaf lah tapi sementara diberi kesempatan untuk merasa pengalaman mengandung ni, i would love to cherish every moment here. lagipun takut nanti dah terlupa, memang takdelah nak tulis lagi pengalaman n ilmu baru yang dapat during pregnancy ni.

okayy, macam semua orang tahu - sepanjang mengandung ni, hormon kita memang cepat sangat berubah. paling simple, cuba laa tengok kuku sendiri masa pregnant. cepat sangat panjang berbanding sebelum pregnant. itu pun disebabkan hormon sebenarnya tau. belum campur lagi bab muntah, cepat letih, allergic yang tak munasabah. pendek kata, we can blame almost everything about pregnancy to hormone! hahaha.

salah satu perubahan hormon ni termasuklah komposisi darah kita. simple math masa pregnant ni ialah disebakan ada baby comel dalam rahim kita yang tengah membesar pulak tu, so definitely badan kita perlukan lebih banyak zat-zat tertentu untuk support both need - baby and mother. dan salah satu zat yang paling dan tersangat penting ialah zat besi. zat besi ni penting untuk hasilkan hemoglobin dalam darah. hemoglobin ni pulak macam satu agen yang keje nya ialah mengangkut oksigen ke sel-sel lain --- termasuk kepada baby. so, kurang zat besi = kurang oksigen pada baby = anemia / darah rendah (bahasa mudah). ewah ayat macam nutritionist tak? muahahaha.

but unfortunately, i am one of those anemic mommies to be.  >______<

dari mula i bukak buku pink sampai sekarang, sekali je bacaan darah i normal. lainnya semuaaaaaa di bawah paras normal. uwaaaaaaaa sedihhh okayyy sebab nurses selalu nasihat ayat sentap-sentap macam "kesian baby tak cukup oksigen, tak cukup zat", "bahaya ok nanti awak ada risiko untuk turun darah", etc etc. dear babyN, sumpah ok mummy dah makan semua suplemen yang doktor bagi - makan pun dah cuba macam-macam untuk naikkan zat besi - tapi still sama. baiklah, untuk mommies yang tak tahu, let me tell you apakah itu bacaan normal dan tak normal. untuk anemia ni, kalau darah kita bacaan dia 11 ke atas - alhamdulillah. tapi, 11 ke bawah tu ialah darah rendah / anemia.

last check up, result darah i ialah 10.7. amboii 0.3 ni bukankah jika dibundarkan akan menjadi 11?? Sobbsss T____T

baiklah usah bersedih, ayuh kita fokuskan acane nak selesaikan permasalahan ini. semalam, i amik inisiatif attend class pasal anemia lepas check up kat KKIA. class ni free n memang buat setiap minggu kat KKIA Presint 9 Putrajaya ni. nurse laa yang beria suruh i pegi n alhamdulillah dapat ilmu baru.

First, i baru dapat tahu yang aturan i makan suplemen untuk anemia i selama ni ialah salah. okay, for the time being i kena makan 4 jenis suplemen. iron tablet, asid folic, vitamin C n asid folic. nurses advice i untuk makan iron tablet 2kali sehari, sebelum makan dan selebihnya makan sekali sehari selepas makan. untuk pengetahuan, advice ini adalah SALAH sama sekali yaaa! sobbsss, pegawai sains (zat makanan) yang consult i semalam tu (Pn. Azlinda, a very nice lady) memang pokpekpokpek laa pasal nurses bila i cerita nurses advice i selama ni camtu. aiyohh patutlaa darah i tak naik-naik walaupun hari-hari telan bayam macam popeye! blerghhh so macamana cara yang betul untuk makan suplemen masa mengandung ni?

1. iron tablet wajib dimakan bersekali dengan vitamin C. so dua jenis suplemen ni ( iron tablet dan vitamin C) WAJIB dimakan serentak.

2. untuk vitamin B complex dan asid folic, optional. nak makan sekali harung dengan yang atas pun boleh, nak makan lepas meal pun boleh. kalau nak senang, kau makan je laa semuanya sekali. so takde dah alasan leceh or terlupa kann. yee, aku bercakap dengan diri sendiri sekarang niee. =__=

REMINDER : Sila telan ubat-ubatan ini dengan air kosong or jus buah saja. milo,nescafe,kopi, hatta susu adalah dilarang sama sekali.

3. makanan yang tinggi zat besi : peria, taugeh, bayam, daging, jambu batu. makan laa banyak-banyak. huwaaaa!

4. elakkan minuman bersusu dan kafien lepas makan. kalau nak jugak minum gitu, minum lepas dua jam kita makan. sebab, benda-benda ni akan serap zat besi dalam makanan so buat penat jelaa kita makan sobbss. sedihh bila teringat meeting kat ofis i memang takde air sirap or ribena yang dorang serve. kalau tak teh, nescafe, tak pun kopi. zzzzzzz maka air mineral jelaaa mummy teguk. takpelahh, untuk babyN mummy yang spesies coffeeholic ni pun boleh tinggal terus semua jenis kopi. dah besar nanti, sila lah selalu belanja mummy daddy lepak starbucks ye sayang.

well, rasanya itu jela lebih kurang yang i dapat masa class semalam. selain pasal anemia, ada jugak pakar fisioterapi bagi talk pasal senaman untuk pregnant mom, senaman n stretching untuk elakkan sakit belakang, etc etc.

cuma kann satu benda yang memang melekat dalam otak ni definitely pasal pentingnyaaaa kalsium pada kita. menakutkan je bila doktor cerita n tunjuk gambar tulang rapuh masa bersalin, gigi rosak, dan kesan-kesan lain laa. kebanyakan kesan tu bukan sekarang tau, tapi bila dah makin berumur nanti. ngeee tak bole jadi, balik keja ni kena terus singgah beli low fat milk. sebelum ni bukan tak minum susu tapi selalu ngelat. pastu minum susu coklat je, susu betul takleh masuk tekak. tapi demi babyN, demi kesihatan sendiri, demi husband, i rela nak start amalkan minum susu biasa.

by hook or by crook, i will try anything for the best of our little family. i just love them so much, more than anything. memang Allah Maha Besar kann, belum pun lahir baby ni, belum pun nampak rupa dia depan mata, tapi dah cinta sepenuh nyawa dah kat babyN. dua tiga malam ni, sebelum i tido tak tau kenapa memang asyik rasa sebak n nak nanges je tengok husband yang dah tido nyenyak bila teringat susah payah dia selama ni jaga dan sabar dengan i, susah senang kami sejak mula kenal sampai sekarang, i just swear to myself yang i nak berubah step by step jadi yang terbaik untuk dia, insyaallah. semoga Allah kekalkan jodoh kami sampai syurga, aminn. :')

till then!

No comments: