Wednesday 22 January 2014

Of Pregnancy : Mengidam

hello!

alhamdulillah, so far tak ada mengidam yang pelik-pelik. from time to time terasa macam nak makan itu ini, i akan masak or ajak husband carikan jelah. baru lah i paham sekarang perasaan mengidam tu camana. actually, mengidam ni bukanlah teringin ya amat-amat sampai nak nanges ke apa (at least not in my case), cuma tetibaaa jee rasa "ehh teringinnya nak makan sabun buku fab masak lemak, nak laa sekarang!" Hahaha contoh laaaa gituu. choii mintak dijauhkan ye semua mommies to be!

setakat ni, perasaan mengidam i tu ialah kepada : keropok lekor panas, cucur cempedak panas, rojak buah, laksa, tomyam campur, ikan cencaru sumbat sambal, nasi kerabu.

^__^

tapi kann, kelmarin ada satu perasaan mengidam yang sangat obvious dan menderu-deru. malam tu, husband dah tanya nak makan apa ni since i belum dinner. dia dah kenyang makan kat luar dengan member. i cakap tak tau nak makan apa. time tu masing-masing lepak atas katil sambil layan game 4 Pics 1 Word dan online. tetiba masa i scroll timeline facebook, i ternampak gambar nasi lemak daun pisang kecik-kecik tuuu kawan i upload. huwaaaaa teruss tinggg!! terasa sangat-sangat nak makan nasi lemak. nak nasi lemak sebijik macam dalam gambar. pada masa itu jugak. memang terasa kat mulut dah sambal bilis tu hahaha adehhh.

haaaaaaa...cengginilahhh nasi lemak yang i tengok dalam facebook tuu!meruntun jiwa hoccay!

dipendekkan cerita, kami pun terus keluar dengan misi mencari nasi lemak. masa tu dah pukul 9 malam. nasib i teringat ada satu port warung yang jual nasi lemak gitu kat sungai ramal. husband dah buat pelan B kalau nasi lemak kat situ habis; which is pegi kat tempat my friend makan tu - kat Plaza Idaman, Setapak nuuu. Ngee actually memang kami pernah makan kat situ, memang sedapp. tapi i masih boleh waras lagi time tu, i pun cakap kalau takdak takpelahh kita pi makan nasi lemak oldtown pun jadilah. gila gigih pulak nak menghadap jemm masuk kl malam-malam gitu semata-mata nak makan nasi lemak kann. nasib tak baik, elok je sampai nasi lemak kau habis lagi laa sakit hati kann. well, walaupun dalam hati macam tak berapa nak best, tapi i ingat pesan mak jangan ikutkan sangat hati masa pregnant niee.

sampai kat warung tu, kitorang lalu dengan kereta dua kali sambil ushar kat atas meja-meja tu ada ke takde nasi lemak. tak puas hati, husband turun tanya. dan alhamdulillah, ada rezeki i dua bungkus. sementara husband parking kereta, i dah mengadap nasi lemak pertama. adik yang ambik order minum pun pelik tengok i duduk-duduk je terus makan hahaha, order air kosong je. alhamdulillah, walaupun nasi lemak tu tak panas dan tak sesedap nasi lemak kat setapak i tetap rasa seronok dan puas hati. dua tiga kali i cakap thank you kat husband, kalau tak kesian baby meleleh air liur hahaha (bodek).

so yeah untuk semua bakal mak dan ayah, kalau mengidam benda-benda makan yang reasonable tuu; usaha-usaha kan lahh untuk makan ye. it makes our pregnancy journey easier and more fun! yelaaaa, apa je keseronokan lain selain makan tanpa rasa bersalah kannn? :)

till then!

Thursday 16 January 2014

the art of showing love

harini genap 19 minggu preggy.

(^_________________^)

sungguh, tak ada satu perkataan yang boleh jelaskan perasaan sekarang. seronok, terharu, excited, teruja, macam-macamlah. sebab tu, setiap kali perasaan menggebus-gebus tu datang, i cuma mampu ucap alhamdulillah.

oh maaflah, tajuk omputih tapi entry melayu kann. very the malaysian.

bila dah nak jadi mak nie, satu perkara yang selalu i kenangkan mestilah masa i kecik-kecik dulu. teringat macamana mak n ayah dulu besarkan, didik, dan jaga kami empat beradik. dan, betullah apa yang orang selalu cakap - sedikit sebanyak, cara kita dibesarkan dulu mencorak pembawakan diri kita masa kita dah dewasa.

kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga dan cara yang sangat sederhana. ayah kerja, mak suri rumah sambil ambil upah mengasuh anak orang. darjah 1 sampai darjah 6 bawak duit belanja 50 sen sehari (kat kampung panggil lima kupang). memang susah hidup kami tapi cukup makan pakai. baju sekolah berganti baru walaupun sepasang tiap-tiap tahun. buku rujukan, yuran sekolah bagai tetap langsai dibayar walaupun ada yang terlajak sampai pertengahan tahun.

mak dan ayah sibuk kerja keras cari duit. seingat-ingat i masa zaman kanak-kanak n sekolah rendah dulu, dua kali je kami satu family betul-betul pegi vacation. first, pegi langkawi itupun jiran lama kami yang banyak sponsor sebab dia kaya. second, naik keretapi pegi penang. i masuk universiti baru merasa tengok wayang.

:')

mak dan ayah memang jarang sangat-sangat belanjakan duit pada kami dengan beli hadiah, melancong ke, memang tersangatlah jarang. tapi, bab makan memang diorang tak pernah berkira. cakap je i nak makan apa, insyaallah nanti adalah mak i masakkan atau ayah belikan. teringat dulu UPSR dapat 4A 1B, siap tanya mak takde hadiah ke? budak-budak kann, tengok kawan-kawan lain dapat 1A, 2A pun parents bagi hadiah tapi mak ayah kita tak kasi pape, peluk cium pun tak. sekarang ni bila ingat balik rasa macam sedih pulak. mesti mak terasa waktu ditanya tu kann.

memang mak ayah i tak pandai tunjukkan sayang pada anak-anak - dalam perkataan atau sentuhan. dan jujurnya, perkara ni beri kesan pada i sampai sekarang. kesannya, i pun tak pandai nak tunjukkan sayang melalui perkataan dan sentuhan. trust me, even my husband noticed and i hate it. maksud tak pandai ni bukanlah i ni kerasss sokmo 24 jam hahaha tapi masa mula-mula kawen dulu, jarang sangat i yang initiate or tetiba saja-saja peluk, cium or cuddle with hubby. bukan sebab malu dengan husband sendiri, tapi rasa macam awkward dengan diri sendiri. nasib baik husband faham lepas kami communicate. husband i pulak jenis manja dengan mama dia, setakat peluk cium tu selalu sangat walaupun mak dia kuat pokpekpokpek hahaha..dan, alhamdulillah lama-kelamaan kurang sikit dah awkward tu.

bukan dengan husband je ye, dengan kawan-kawan pun i macamtu. maybe sebab tu, i tak ada best friend masa remaja huhuhu.. yelah, i tak pandai initiate sesuatu hubungan tu untuk jadi lebih close dengan bagi hadiah ke, spend time together lama-lama, pegi sana sini n makan sama-sama -- tak pernah i buat semua tu dengan my friends, semua i kawan sama rata, and people tend to forget me here and there. memang sedih bila diingat balik, tapi itulah hidup kan. kita belajar dari kesilapan dan pengalaman.

selain daripada tu, husband ajar i untuk lebih terbuka to express love and appreciation to others. mula-mula dulu via sms, whatsapp je tulis sayang, love you semua ni. slowly until now, both of us dah boleh communicate honestly pasal rasa sayang, cinta, rindu, sampai nanges-nanges pun pernah. masyaallah, tak pernah i sangka sebelum ni betapa leganya perasaan lepas dah meluahkan perasaan tu haha..

motif i menulis entry ni ialah, i nak declare dengan diri sendiri yang i nak jadi ibu yang baik untuk anak-anak (insyaallah). ada banyak benda yang i boleh ikut dan jadikan panduan dari cara i dibesarkan dulu, tapi ada jugak beberapa perkara yang i yakin i boleh improve to be a better mother. i percaya, anak yang sentiasa diberitahu (melalui perkataan, sentuhan dan perbuatan) mengenai how much your parents love you - akan membesar sebagai individu yang lebih yakin dengan diri sendiri, yang percaya dia berhak dapat semua yang dia mahu dalam dunia, dan takkan jadi desperate mencari cinta.

tapi semua ni perlukan usaha. we do need to learn the art of showing love, supaya tidak terkurang dan tak pulak terlebih.

:')

till then!


Thursday 9 January 2014

Motivasi 2014 : Masak!

dah setahun lebih i kawen, memang jarang sangat actually i masak. kalau masak pun weekend je. husband pulak jenis tak kisah memanjang, i pun naik lemak. tapi kitorang selalu makan luar pun memang dah bajet siap-siap bape ringgit sehari so memang elakkan overspent.

cumanya to be honest, sampai satu masa kau akan bosan makan kat luar. tengok menu je blur sebab tak tau nak makan apa. dan bila satu hari husband request i masak his favourite sambal telur instead of lunch kat luar hari sabtu aritu, i da tau ni memang akan jadi kes berat. jarang sangat-sangatlah dia request i masak. request benda lain yee. hahaha. okayy, so diam-diam dalam hati, i tanamkan azam mulai 2014 nak cuba masak everyday - breakfast and lunch or salah satu bergantung busy tak busy.

lagipun, bila i dah pregnant ni my husband and i borak-borak jugak pasal our financial, perkembangan baby nanti camana, etc etc (dalam erti kata lain, berangan laa). personally, i tak mahu anak i ada mummy yang tak pandai masak, yang malas masak, selalu makan kat luar je, pastu nanti dapat menantu pun malas masak kat anak i ehh. haa lebih kurang camtula. iye, i tau i paranoid belum pape dah pikir jauh-jauh tapi itulaa i. lagipun, i fikir kalau i rajin masak maka jimatlah bajet kitorang kann.

maka, i just nak share apa yang kitorang dah start buat setakat tiga hari nie. FYI, i tak bagitau direct kat husband pasal azam i ni. saja-saja jee i ajak dia gi beli groceries, draft menu untuk seminggu dalam handphone hahaha..n honestly i just love his feedback. mula-mula dia macam gelak-gelak jugak, ingat i main-main..tapi bila i siap tunjuk draft menu, dia pun happy n very helpful. alhamdulillah, semoga istiqamah lah yeee!

Day 1 :
Breakfast - Roti Bakar, scramble egg
Dinner - Nasi, ayam goreng, sambal telur

Day 2 :
Breakfast - roti bakar, scramble egg
Dinner - Nasi, buncis goreng telur, ayam goreng, sambal belacan

Day 3 :
Breakfast - Nasi goreng (siap bawak bekal okay!)
Dinner - (TENGAH FIKIR LAGI). Maybe nasi, ikan cencaru sumbat sambal, sayur campur oyster.

Wuhuuuuu!! seronok masak ni bila teringat betapa berseleranya husband makan sampai licin pinggan dan periuk nasi walaupun ada yang tawar sikit, kureng sikit sana sini huhu yelaa da lama tak masak kann.

next time kalau da power sikit, kita share resepi pulak ehh. hahaha amboi memang da nak jadi blog mak-mak dah niee.. :P untuk semua ladies, silalah rajinkan masak yee. jangan jadi macam i..baru masak simple-simple gini siap buat entry kat blog. ^____^


till then!