Kemain tajuk kauu baru 4 bulan jadi mak orang da nak kasi tips konon! Hahaha but yes, nak jugak tulis kat sini share my experience handle our lil cempedak tu since day 1 sampai sekarang. hopefully apa yang i tulis ni dapat bantu semua first time mothers jugak but bear in mind, EVERY babies are different. dan ni cuma experience i dengan my little boy, maybe it will works with your baby too and, maybe not. apa-apa punnn, enjoy every moment ok!
:)
First Month :
untuk pengetahuan semua, i bersalin secara ceasarian or operation. masa pregnant 38 weeks, doktor azmi dah detect our lil cempedak tu positionnya breech. kepala dia kat perut sebelah kanan and bontot dia kat perut sebelah kiri. lol comel kann! so since that check up, i buat macam-macam petua untuk betulkan baby songsang - pujuk-pujuk baby, sujud lama-lama, main chuu chakk chuu chakk dengan torchlight, sapukan air zamzam kat perut, minum air doa-doa, TAPI last check up baby Noah still prefer lepak kat atas tak mau turun so doktor azmi kasi date untuk i check in dan operate terus.
detail nanti next entry. i cuma nak ceritakan pengalaman handle baby lepas operate kat hospital. i kena tahan wad 3 hari. lepas je keluar dari dewan bedah tu, dorang tolak i masuk dalam satu bilik besaar, i rasa i sorang je dalam tu kott. masa tu kepala tingtong, badan letih rasa macam nak tido tapi takleh lelap,silau mata dengan lampu atas kepala. tiba-tiba nurse datang letak baby Noah atas dada. Allahuakbar, macam pelik n nak nanges tengok baby raba-raba breast and terusss menyusu. tak lama lepas tu, i pun tertido sedar-sedar bila nurse datang amik baby, dia cakap nanti sambung nyusu dalam wad yee..
and that was the beginning.
i transfer je ke wad, baby Noah terus nak menyusuu jee. dia tak mau tido dalam bassinet yang hospital bagi tu, dia nak tido sambil menyusu, celah ketiak. everytime my husband or mak angkat je dia, nanges. nanges dia pulak ya Allah, satu level bole dengar hahaha.. So, tiga hari i kat wad -- tiga hari jugaklah baby dok kat celah ketiak. sakit operate tak hilang lagi, dah terpaksa baring mengiring untuk susukan baby, tak nyenyak tido sebab kena pantau baby takut dia lemas.
so, untuk semua bakal ibu --- bulan pertama hingga bulan kedua tuu,
TIPS 1 : please lah banyakkan bersabar. baby kita tu baru adapt dengan dunia baru. EVERYTHING pun baru bagi dia even udara yang dia sedut dan kena pada skin dia. satu-satunya yang dia kenal ialah kita, her mother. so peluklah dia, bisik-bisik tenangkan dia, menyusu lah dia selagi dia mau, paling penting positifkan diri ok. sumpah memang penat gilaaaa dua bulan pertama ni especially kalau baby korang macam baby Noah yang kuat ngempeng dan kuat menangis. kita pulak dalam pantang, tengah sakit lagi, aiskrim coklat semua tak leh makan, so memang stress. honestly, i pun menangis jugak beberapa kali dalam tempoh ni. especially tengah-tengah malam baby nanges, husband semua da tido keletihan, tapi kita kena bangun jugak menyusu. sekarang ni bila ingatkan balik, memang rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya kuatkan semangat untuk fully bf baby Noah, no bottle, no pacifier (well, da cuba bagi tapi dia reject,chehh!).
TIPS 2 : Belajar untuk let go perkara-perkara kecil. i bagi contoh pengalaman i lah kann. masa pregnant lagi dah study yang tak boleh bagi air masak untuk baby. tapi mak i awal-awal dah offer untuk bagi baby Noah minum air masak pakai syringe, mak i cakap baby haus sebab tu asyik nanges. cakap elok-elok, orang tua tu still degil nak bagi siap mak dah sentap-sentap pulak Allah memang stress. last sekali i cakap boleh bagi baby minum tapi air zamzam je, tak mau air masak. lepas tuuu, cuci bontot baby punn satu hal. orang tua kann biasalah mata tak berapa nampak, dah lap-lap pun kekadang still ada lagi taik sikit-sikit. so bila husband i pulak yang cuci next poo poo, dia pun bagitaulaa kat mak i, dah sudahh mak i pun sentap terasa ingat kitorang kata dia tak pandai jaga cucu. all these things mungkin bunyinya remeh tapi percayalah bila dalam keadaan letih dan sakit berpantang, benda-benda camni memang akan buatkan kita rasa stress sangat. masa tu i dah tak tahan sangat, i slow talk direct dengan mak. cakap terus-terang. nanges jugaklah tapi lepas tu lega sikit.
TIPS 3 : Put your baby first. apa pun yang kita nak buat, fikirlah untuk baby dulu ok. contoh : mengantuk sangat tapi baby nak menyusu - menyusu sambil baring or sandar so boleh lelap sekali. janji dengan kawan or appointment doktor pukul 10pagi tapi baby mengamuk tak sihat - call kawan bagitau kite lambat, reschedule appointment. ahh, u got what i mean kan? always put our baby first.
TIPS 4 : Banyakkan bertanya, banyakkan membaca, asking for help. ini straight forward punya tips. google je anything yang korang rasa curious, unsure, confirm akan ada pandangan or solution. pastikan ada 3-4 orang kawan-kawan positive mommies yang korang boleh ambush whatsapp 24/7 kalau ada pape yang korang nak tanya or sekadar meluahkan perasaan. you need it.
TIPS 5 : Banyakkan doa, banyakkan zikir. ok mungkin ini patut jadi Tips 1. masa dalam pantang, badan kita lemah. memang macam-macam anasir suka mengganggu jiwa kita. nak habiskan tempoh pantang bagi i, memang sangatlah seksa. so zikir banyak-banyak masa menyusu baby memang membantu. surah ruqyah, Al-Baqarah tu memang setiap kali maghrib sampai ke tengah malam pun kitorang play je, alhamdulillah bantu baby Noah yang asyik cranky. i jugak personally mintak husband dan mak doakan i kuat dan sihat so boleh handle baby.
TIPS 6 : Beli semua barang keperluan SEBELUM baby lahir. barang keperluan je ya, barang tak berapa perlu macam stroller bagai tu takpee. contohnya - minyak baby (i pakai minyak telon anugerah,best!), krim bontot baby (i pakai drapolene,best!), rocker or buaian (if you think you need it- sesuai untuk baby yang kuat cranky), nipple cream (i pakai brand medela,best!), cotton bud baby, wet wipes (i pakai pureen, best!), etc etc google jelahh akan keluar macam-macam list.
TIPS 7 : Once in a while, do things for yourself. macam i sepanjang bulan pertama n kedua tu boleh kira berapa kali je i betul-betul sikat rambut LOL serious weh baby Noah memang clingy habiss. so mommies to be, sesekali bila baby dah tido silalah buat apa-apa yang buatkan korang happy. contoh - mandi lama-lama, sikat rambut depan cermin lama-lama, tungku lama-lama, peluk husband, call your bff, minum hot choc, insyaallah you will feel better.
setakat ni, ini jelaa yang mampu terfikir dek akal. nanti kalau ada lagi yang teringat, i tambah yer. all the best kepada semua bakal ibu, semoga Allah permudahkan kita semua untuk jadi ibu hebat buat anak-anak --- saham akhirat kita, insyaallah!
Till then!!
No comments:
Post a Comment