kisahnya Noah mula dengan selesema malam. tak taulah apa punca dia dapat selesema tu tapi baby nak besar biasalah memang akan test immune system dorang dengan macam-macam sakit. kita sebagai parents lah yang kena alert dan selalu monitor.
sehari dua dia selesema, makin teruk meleleh-leleh. susah tak tido sebab hidung tersumbat, lepas tu datang batuk pulak. Allah kesian sangat tengok dia batuk, bergegar-gegar badan dia yang sado tuu. kalau terbatuk masa tengah tido memang konfem terjaga dan nanges. cranky, merap, tak yah cakap laa memang kesian sangat.
tiga empat hari pertama Noah sakit camni, aku buat almost everything home made remedy yang aku google (reliable source jelah) dan dapat advice dari kawan-kawan. alhamdulillah, tak sure lah cara mana satu yang serasi dengan Noah - tapi memang kurangkan flu dan batuk dia. Cara apa?
1. kerapkan mandi - untuk buang panas dalam badan. noah mandi 3x sehari sepanjang dia flu dan batuk tu. 9.00 am, 2.00 pm, 5.30pm.
2. treatment stim dan tepuk percussion - untuk cair dan buangkan kahak/lendir. yang ni kami hubby and wife buat every morning lepas dia bangun tido. letak air panas dalam baldi, masukkan vicks baby sikit dalam air, ketuk 3 ulas bawang putih campak dalam air, lepas tu tonggengkan Noah biar muka dia kena wap air panas tu. then, tepuk-tepuk belakang baby. cara tepuk pun ada skill hokayy sila google! aku pegang baby, dan husband join Noah tunduk kena wap panas tu sebab nak make sure haba tu bearable for him and of course for moral support. Noah memang merengekkk nanges sepanjang treatment tapi hingus dia meleleh banyaaaaak. dia berak pun berlendir-lendir. lepas treatment, bagi nen nen, memang konfemm dia tido nyenyak terus.
3. minyak bawang putih - bakar 3 4 ulas bawang putih dalam kuali, masuk dalam bekas, tuang minyak extra virgin coconut oil, lenyek-lenyekkan bawang tu biar sebati dengan minyak. Pastu, minyak tu kerapkan sapu tapak kaki, betis, dada dan belakang baby. jangan sapu banyak sangat sebab panas.
4. rawatan sonotron - yang ni aku dapat tau dari member. rawatan ni tak guna ubat, tak sakit, cuma terapi yang guna gelombang. tak ingat dah aku apa istilah saintifik dia, you can always google for details. lepas searching bagai, kami decide ke klinik dr. fauziah dekat area sungai tua. jauhh uols dari rumah tapi demi Noah takpelah. oleh kerana terapi ni digalakkan buat beberapa kali, terpaksalah aku half day empat hari berturut-turut. kepada sesapa yang nak pegi klinik dr ni please lah jangan guna waze sebab memang konfem akan sesat barat macam kitorang. boleh google untuk detail alamat klinik tu since aku taip entry ni laju-laju tazzzabar nak balik keja. klinik tu sangat selesa, ada sofa dan play centre untuk menunggu, ada nursing room, best best.
5. Rawatan Sonotron tu camana? - dia pakai alat sonotron tu dan halakan ke dada kiri dan kanan, belakang baby kanan dan kiri, serta hidung baby. alat ni keluarkan gelombang yang akan masuk dalam badan baby untuk bantu pergerakan molekul-molekul dalam badan baby yang tak sihat tu, serta cairkan kahak. pembantu dr.fauziah tu cerita kesannya pesakit akan muntah atau maybe berak berlendir. macam Noah, berak dia memang keluar kahak banyak lepas tu. menariknya sonotron ni bukan untuk batuk je..sesuai jugak untuk orang dewasa yang sakit lutut, sendi, diabetes dll.
Alhamdulillah, lepas lebih kurang seminggu memang Noah sihat 100% tanpa pegi klinik, tanpa ubat. Cuma mommy daddy dia lahh yang penat sikit melayan cranky dan travel jauh-jauh untuk terapi. well, anything for our babies kannn?
inilah alat untuk rawatan sonotron tu heee macam hairdryer kann? :) |
2 comments:
Rawatan sonotron bagus utk ank2 selsema n batuk..
Mmg boleh rawat scra smulajadi dgn cepat.
Sape2 area Bangi boleh ke
Pusat rawatan sonotron tawakal
8am-11pm (buka tiap hari)
019-4007258
(Kene call Dulu buat appointment
Kena cuba juga la buat rawatan sonotron ni utk baby sy.Harap berkesan la.
Post a Comment