Tahun ni alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk pengalaman mengandung dalam bulan Ramadhan. Currently i am 20 weeks pregnant, belum tahu baby boy ke baby girl, sihat alhamdulillah, berat dah naik lebih kurang lima enam kilo sejak mula pregnant. 2014 Allah bagi pengalaman 'ponteng' puasa sebulan sebab pantangkan si Noah bahahahaha pengsan nak ganti hoiii, tahun ni Allah bagi peluang puasa penuh pulak alahaai masyaallah rezeki.
So, puasa ke tidak ni? Heheee alhamdulillah hingga hari ketiga ni berjaya puasa. Untuk mommy to be yang confuse boleh ke tidak kita yang pregnant ni tak puasa, let me share with you guys beberapa info yang i dapat hasil google, tanya doktor masa last check up haritu, dan kawan-kawan yang lebih arif bab agama.
FYI, Allah memang tak mewajibkan ibu mengandung berpuasa, tapi tak jugak mengharamkan. You know your body better, terpulang pada korang untuk berpuasa atau tidak tapi untuk lebih rasa tenang di hati, rujuklah doktor O&G korang okay untuk nasihat dari segi kesihatan.
Kenapa wanita mengandung tak wajib puasa? Let me share apa sebenarnya yang berlaku dalam badan kita ni sepanjang hari semasa mengandung - which memang sangat teruk ia bekerja berbanding semasa tak pregnant.
- Pengaliran darah daripada jantung ibu kepada rahim dan uri akan meningkat 10 kali ganda untuk membekalkan oksigen dan khasiat kepada janin. Bermula dari hanya 80ml setiap minit sebelum hamil ke 600-800ml setiap minit bila sampai ke akhir peringkat kehamilan. Pada masa ini, sebanyak 20% darah yang dipamkan keluar daripada jantung ibu akan sampai ke rahim ibu, dibandingkan dengan hanya 2% sebelum hamil. Ini menunjukkan betapa kuat badan ibu bekerja bila hamil.
- Jantung berkerja dengan lebih kuat lagi daripada wanita yang tidak hamil (even semasa rehat). Ini menyebabkan kadar degupan jantung yang lebih tinggi (increased heart rate) daripada wanita yang tidak hamil. Kadar degupan jantung naik sebanyak 10-25%, dan darah yang dipam keluar daripada jantung (cardiac output) naik sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sebelum hamil. Kadar degupan jantung akan naik lebih tinggi lagi jika badan ibu dehydrate akibat kurang meminum air. Secara tidak langsung kadar degupan jantung janin juga akan naik lebih tinggi lagi jika kadar ibu juga tinggi.
- Darah ibu sentiasa membekalkan gula glukos kepada janin, So sebenarnya bila berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah daripada kandungan gula wanita berpuasa yang tidak hamil. Ibu yang hamil lebih cepat letih, dan bila kandungan gula menjadi sangat rendah akan lebih cenderung merasa loya dan muntah-muntah, especially masa first trimester.
- Allah tu Maha Hebat tau. Masa kita pregnant, secara automatik darah kita akan jadi lebih pekat berbanding sebelum pregnant tau. Kenapa? Sebab hormon kita masa ni menjadikan hati lebih aktif produce protein yang pekatkan darah. Atas sebab hukum biologi ni lahh yang boleh bantu elakkan pendarahan berlebihan lepas uri tertanggal dari rahim. So, apa kaitan dengan puasa? Haaaa..hukum biologi pasal kepekatan darah ni juga ada risiko darah beku (venous thromboembolism or VTE). Risiko VTE ni meningkat 6 kali ganda masa pregnant dan boleh berlaku pada 1-2 daripada 1000 wanita pregnant, dan sangat membahayakan nyawa ibu. Cara elakkan VTE ni ialah apa? Minum air banyaak and that's explain apa kaitannya dengan puasa. :)
Kesimpulannya, jangan paksa diri untuk puasa masa mengandung. You know your body better, you know your own limit, jangan risikokan diri dan baby. Untuk yang nak berpuasa, masa sahur tu makanlaa semua makanan yang korang selera nak makan okay. Personally aku sahur makan nasik, kurma, susu, pisang, anything yang aku rasa nak makan. Cuma kurma tu memang aku tak tinggal. Kesannya?? Surviving laaa bahahahaha tipu kalau cakap tak lapar tapi alhamdulillah bearable. Takde rasa pening nak pitam ke apa which itu aku punya limit sebab aku ni sejenis spesies HB low. Masa sahur, masa berbuka dan sepanjang malam tu minum air banyak (aku kuat ngelat jugak part ni).
Korang ngandong, sahur makan apa? :D
Selamat berpuasa guys, till then! :)