Tuesday, 30 January 2018

Dugaan Anak Tak Sihat

Sepatutnya petang isnin lepas, kami bertolak ke JB sebab the next morning ada meeting. Plan nak sampai awal sikitlah nak rehat sebab jumaat sabtu ahad sebelum tu aku dah macam zombie kat rumah prepare all input. Mujur kebetulan Fatin ada boleh tolong jaga both cempedaks.

Tapi batuk dan nafas Ian makin teruk. Pukul 5pm pegi klinik, maka Ian first time kena neb. No improvement, doktor terus tulis surat refer hospital. Aku steady lagi time tu.

Sampai triage emergency Hospital Putrajaya, bila nurse yang observe nafas Ian terus ajak aku jalan laju-laju masuk yellow zone, aku dah cuak. Dari pukul 7.00malam sampai 2.00 pagi kami berkampung kat situ. Sepanjang tempoh tu Ian kena 3x neb, masuk hydrocort, x-ray. Sepanjang tempoh tu jugak aku dok mintak kat doktor nak discharge dengan alasan nak pindah hospital swasta tapi doktor tak bagi. Bagitau ada neb machine kat rumah pun tak bagi😷 "His condition is serious and he's still a baby, just wait here we'll put him as a priority ok". Baiklah.😌

Pukul 2.30 pagi Ian discharged dengan sebeban advice and reminders sebab dorang tau aku nak ke JB. Pukul 4.00 pagi kami atas highway, aku dah siap mandi pakai baju nak pi meeting sebab dah tau dengan keadaan mengantuk ni konfem takleh sampai dalam tiga jam setengah (usual drive).🙃

Tak boleh nak describe keadaan masa tu. Headache, exhausted, lelap kejap-kejap dalam kereta pun mimpi pasal meeting, whatsapp here and there mintak tolong n confirm things OMG😂

Maka meeting yang dah start pukul 9.30am, urusetia sebenar masuk bilik mesyuarat pukul 10.20am😅habis heavy meeting berangan nak qada tido, kesudahannya berkejar pegi Hospital Sultanah Aminah pulak. 2x neb di situ. Alhamdulillah malam tu Ian sampai hari nak balik putrajaya tu dia ok ☺️

Selain husband yang memang power and helpful, thanks jugak Stress Away, Peppermint, Lavender, Frankincense and Thieves essential oil to help baby and keep mommy in her sanity.😬🙃


Noah? Happyyy all the time sebab tak payah pegi school, tido hotel and mandi kolam🙄😂


Alhamdulillah, Allah ada.
Emergency Hospital Putrajaya - dalam kerisauan kat anak sendiri, menunggu di sini buat kita insaf tengok ramai lagi yang lebih kritikal huhuu..
T__T ini muka adik lepas dah abes melalak kena cucuk
Emergency Hospital Sultanah Aminah, JB




No comments: