Tuesday, 13 November 2012

Wedding Prep : The Hantaran

bila tengok ticker kat header blog ni, seriously rasa macam menyesal pulak taruk benda alah tu. Hohohoho cuak nak mati okay!

Pasal hantaran. di saat ini untuk makluman korang, i belum start hunting anything untuk deco hantaran. i mean, i dengan confident nya cakap kat my parents and my future parents in law yang i nak buat all hantaran by myself. yes, ALL BY MYSELF. kekonon nak jugaklah jadi bride to be yang DIY wedding item. lagipun masa kitorang tunang dulu, memang i dan Encik A deco sendiri our hantaran. tapi time tu agaknya i hilang ingatan yang i sebenarnya ada penyakit PROCRASTINATING tahap kronik. and this is not like an engagement, because i have many other things to do at the same time. and now i da macam nak gelabah cap ayam.

encik A macam kebanyakan lelaki tipikal lain, buat donno je. dia siap cakap, "kalau tak sempat sangat beli je kotak-kotak plastik tu, isi jela barang dalam tu.." Uwaaaaaaaa tak nak okayy, tak naakkk! bukan masalah tak cantik ke apa, cantik je kot actually kalau hias cantik-cantik tapi i just want something else.

so sebab hari ni public holiday (Happy Deepavali everyone!), i struggle dok browsing mencari blog bride to be yang buat rental untuk bekas hantaran diorang. i da email few girls and now am waiting for their response. Huhuhu hopefully ada laa yang available and suits our small budget. Lepas ni, kena fikir nak beli all the flowers for the deco. Kat mana ye? definitely artificial flowers, bagai cinta kitorang yang tak pernah layu. ehemm padehal bajet kau tak lepas untuk fresh flowers! Hahahaha nevermind! :)

Encik A akan bagi 7 dulang hantaran pada i, which are :

1. Samsung Galaxy Tab 10.1 (i da guna lama pon hahahaha! yes, we are so jimat like that!)
2. Nine West Handbag (bought it at zalora and yes, still simpan bebaik dlm wardrobe)
3. Cincin (white gold, bought it at Tomei, sangat simple but i love it to the max)
4. Telekung (belum beli, maybe akan kirim kat my parents kat Makkah)
5.  Jovian RTW (bought it from Poplook,nice!)
6. Makanan (TBC)
7. Makanan (TBC)

Dan i pulak akan bagi Encik A 9 hantaran, which are :

1. Jam ( bought it months ago for RM600+ after promotion. =__= takpelah since he loves it so much kan, tapi i tak bagi dia pakai langsung until the wedding)
2. Cincin
3. Kasut (bought it at Sogo, latest promotion. he'll wear the shoes during bertandang)
4. Kemeja, belt and necktie (also Sogo. he'll wear it during bertandang)
5. Sling bag (belum beli tapi da survey many brands, and i think i know what he want)
6. Shades (to be decide by him)
7. Makanan (TBC)
8. Makanan (TBC)
9. Makanan (TBC)

Bila i tulis makanan, maksudnya tak confirm lagi nak bagi coklat ke, kek ke, nasi kandaq ke hahaha..tapi insyaallah i dont think there'll be much problem here. i rasa later da sampai hari akad nikah nanti, mesti ramai aunties and sedara mara datang bawak bekas hantaran nak sponsor. hmphhh, kalau dulu maybe i akan rasa stress lah sebab takut tak ikut tema,tak discuss dulu etc, tapi sekarang i okay je. malas nak emo dengan benda-benda kecik ni. kalau 10 bekas extra i dapat, 10 bekas laa i kasi kat Encik A. semua tu kan rezeki. :)

errr..cakap pasal hantaran, i teringat pasal sireh junjung. wajib ke korang, kasi sireh junjung ni dalam hantaran? sebab, seriously i langsung tak teringat nak prepare anything on that. inilah kesiannya nasib bride to be yang takde parents di sisi huwaaa..tak sabar tunggu my parents balik dari Makkah next week!

sireh junjung camni i sukaa!!


and again, bekas hantaran dan dekorasi untuk hantaran. where shall i start?? Urghhhh!



till the next entry!




Monday, 12 November 2012

Movie Review : Istanbul Aku Datang

pertama sekali, maaf sangat sebab even sebelum i tulis entry ni, i tau i akan jadi bias. even sebelum tengok movie ni pun i macam dah agak yang i akan jadi bias. sebab apa?

1. i follower tegar karya Bernard Chauly.
2. i LOVE beto kusyairy. read the capslock people.
2. i peminat setia semua karya Redfilm.
3. i adore Rafidah, sejak zaman dia dengan 3R.

okay, now the review.


the official poster. simple, nothing much to woww kann? but wait till u watch the movie.

untuk pengetahuan korang, i tengok Istanbul Aku Datang pada 8 November 2012. maksudnya i ialah antara khalayak yang awal menonton. 10 minit sebelum masuk hall, i update my Facebook status with :

"Kerana Bernard Chauly, Redfilm dan Beto Khusyairi, here i am. Istanbul Aku Datang."

10 minit lepas keluar hall, bukak Facebook, 10 orang LIKE dan komen mintak review. dan sesungguhnya sejak i keluar hall itu, automatik i lah eksekutif pemasaran tak berbayar Redfilm. i promote movie tu kat semua orang yang i jumpa and most of them yang ada Facebook i akan drop post kat wall i cakap "Thanks SK for the review / recommendation, da tengok, memang BEST GILA!" hahahaha okay now i bole mintak komisen tak?

tak tak. sebenarnya i am so happy with the movie. rasa sungguh berbaloi bayar tiket dan sampai ke hari ini i masih rasa gembira, dengan hanya mengimbas kembali babak dan skripnya yang BEST sangat. dan i rasa semua orang termasuk yang sceptical with Malay movies patut tengok Istanbul Aku Datang, then tell me how was it.

personally for me, Istanbul Aku Datang mengisahkan mengenai betapa fragile nya cinta tu. sometimes, bila kita terlalu menggenggam cinta tu terlalu kuat, it will broken somehow. dan semua orang setuju broken love itu SAKIT. tak kira bagaimana.

tapi, fragile nya cinta juga kerana kadang-kadang cinta tu lalu di hadapan mata kita dengan sangat pantas dan natural, but somehow with the right person who carry it, we can feel the vibration.


one of favourite scene. beto cakap time ni suhu 4 darjah celcius!
bila Rafidah menyentuh soal peluang kedua dalam Istanbul Aku Datang, somehow it hurts me and some of the audience i must say. peluang kedua tu sebenarnya subjektif. bukan semua orang bernasib baik dapat peluang kedua dalam hidup, atau dalam cinta khususnya. dan bukan semua orang mampu menawarkan peluang kedua.

Beto seperti biasa, tak pernah kecewakan i. dia macam shah rukh khan okay - dia betul-betul JADI karakter dia during the movie. konsisten. and audience believe him. dan percayalah, bukan semua pelakon mampu begitu. it needs talent, and i believe it's gifted.

lisa surihani pun bagus. personally i think her gorgeous appearance in every scenes actually buat movie tu tambah menarik. i love all her style in the movie, kudos to the wardrobe team!

Aizat, very natural. tengok dia berlakon, macam tengok dia dalam Diari AF dulu. got what i mean? :)

Tomok, unexpectedly boleh tahan. definitely he can do better, but not too bad for newbies!

and ahhh, the beautiful set. Istanbul, siapa nak argue?? maybe bunyinya ni over tapi lepas je tengok movie nie, i dengan few friends actually dah start research and plan untuk backpackers to Istanbul next year! Hahahaha yes, that serious! :) i always love Istanbul, and kalau ada rezeki lebih boleh lajak pegi Greece. OMG that will be super awesome!

untuk semua krew Istanbul Aku Datang - the director, production team, actors, etc, i would love to say THANK YOU. dah lama betul i nak Malaysian romantic comedy movie macam nie. and Bernard, you made it. sekarang, i tak sabar nak tunggu the DVD. will definitely buy it, lepas tu tengok ulang-ulang sampai lebam.

untuk semua yang BELUM tengok Istanbul Aku Datang, please go and watch it. trust me, i pun sebenarnya agak selective dengan filem Malaysia. tapi movie ni memang masuk kategori a must watch movie. 

dan jika sehingga korang membaca baris ini korang masih rasa tak teringin nak tengok, i cuma nak cakap terpulanglah. cuma bagi yang belum menonton, tolong jangan update Facebook/Twitter/blog bagitau readers supaya jangan tengok. itu biadab namanya. dan Beto cakap, Jangan Biadab.

:) i am happy!



till the next entry!



Saturday, 10 November 2012

Wedding Prep : The Dress

second entry of the day. lantaklah, sementara ada mood nie baik i tulis je.

first, nak share pasal my wedding dresses.


Baju Akad Nikah / Solemnization

untuk pengetahuan korang, sampai saat ini i belum decide nak pakai apa for akad nikah / solemnization. Hahahaha GILA tak i?? lagi sebulan kot! bila i cakap tak decide, maknanya i ada options lah actually.

first, i will wear one of my Jovian RTW yang i memang belum pernah pakai lagi. kebetulan, the colour suits our akad nikah theme.

second, i akan pergi Nagoya / Jakel beli kain and upah tailor untuk buat simple kurung moden. bila i cakap simple, maknanya memang simple gila but material still chiffon of course. bila nak pakai kurung moden chiffon, maknanya i kena beli kain untuk lining jugak. kalau i nak patching lace pulak, i kena beli lace sekali. tolak campur, kosnya lebih kurang dengan first option punya costing. masalahnya sekarang, ada ke tailor yang nak buat baju i yang nak siap dalam tempoh sebulan nie?

ok saya dengar ada monolog dalaman dari kak leha yang sedang membaca, "kenapa tak prepare awal-awal?"

jawapan saya pada kak leha : bacalah previous entry kalau sudi. kalau tak sudi, anggap jelah saya memang pengantin pemalas dan procrastinating punya orang which is somehow betul pun. hahaaa.

his baju? lagi seminggu dah boleh fitting. he send his kain to Omar Ali boutique at Alamanda. so far, kitorang happy dengan layanan diorang. he told me that he automatically feels confident with the boutique even just after Omar Ali did the body measurement. cepat, cekap dan convincing. amboi tak siap lagi baju dah konfiden laki i nie uols! Hahaaa well, maybe itulah yang kita panggil sebagai profesional kannn.

i'll write the full review of baju melayu after the fitting, insyaallah.


Baju Majlis Sanding / Reception Dress

consider done. maksudnya, kami dah decide semua dengan butik,dressmaker pasal everything. insyaallah dalam dua minggu nie dia akan call untuk set appointment for first fitting. takotnyaaa nak fitting baju hoii. mintak-mintaklaaa cantik macamana yang i imagine. alhamdulillah so far i sangat suka dengan our deal with the boutique. the owner sangatlah cantik dan very up to date considering butik tu kat utara kan. dan alhamdulillah jugak, dia sangat helpful dan sabar dengan i yang blur nie. i also get free handbouquet for the majlis, yippieee!! insyaallah nanti lepas selesai semua, i buat review pasal actual dress n the boutique okay. warna tema majlis sanding i hopefully akan lebih kurang ini :


photo source : The Perfect Palette


cukuplahh, till the next entry! :)

Lifeless

it's been a long hiatus kan? i knew this will happen. i mean the hiatus.

haihhh.

okay, straight to the point.

first, my life.
second, my future life after December this year.

our wedding preparation berjalan dengan sangat lembab dan sometimes, membimbangkan. hahaha i tak tahulah kenapa, tapi kadang-kadang i rasa excited gilaaaaa buat preparation and sometimes tetiba i jadi macam menyampah and rasa nak abaikan semuaaa checklist tu buat tak tahu je. why lahh hoii.

insyaallah i will write different entries for each items of the preparation.

alrite, now, pasal personal life.

korang pernah tak dalam satu fasa hidup korang, korang rasa macam nak give up for everything? rasa macam nak tinggalkan semua benda, semua orang, dan semua komitmen yang korang ada dan mulakan hidup baru, from a zero, from the very beginning?

sumpah i takut sangat sekarang, sebab inilah yang i rasa sekarang. perasaan tu tambah-tambah kuat kalau i sorang-sorang. i tak tahulah sama ada ini perasaan normal untuk semua bride to be, but i doubt it. i baca blog brides to be semuanya happy jee, paling-paling entry bridezilla je kott.

bila i fikir-fikir balik, mungkin nie semua kerja syaitan yang tak suka niat baik kita nak dirikan masjid kot. i tak tahulah. lagi i fikir lagi i serabut, and lagilah i takut dengan diri i sendiri. bila datang perasaan camni, mulalah i fikir deep gila pasal my life, pasal dia, pasal uncertainty things of our future, and even pasal mati.

lately, i memang susah nak tido. sebab i selalu takut yang i takkan bangun the next day. i terlalu banyak buat dosa. even until this very moment. i need to do MAJOR CHANGE to myself, my life but sadly to say, i still takut. masyaallah teruk kan i? nak berubah jadi lebih baik pun takut. yang tambah buat i sedih ialah parents i sekarang kat tanah suci. kat Makkah. dan anak dia yang sorang kat sini, buat dosa every single day!

setiap kali i call mak i, mesti i tak boleh nak cakap lama-lama. sebab i mesti nanges. i kesian sangat kat diorang. hitam n keras betul hati i nie kot. mak i dah banyak kali menangis pasal i sebelum nie. waktu kitorang adik beradik hantar parents i kat kelana jaya, both my sister and younger sister kasi notes kat mak. tuliskan wishlist or doa. i sorang je yang tak tulis or mintak apa-apa. i was like..tak tahulah korang! rasa macam tak deserve pun ada.

well, in theory i think i know what shall i do now. i kena perbaiki diri sendiri, slowly pun takpe i guess. hijrah tu five words je kot, tapi seriously besar and berat gilaa. i selalu dengar dan baca, kalau kita perbaiki hubungan kita dengan Dia, Dia akan perbaiki hubungan kita dengan manusia. dan i dengan muka tak malunya everytime lepas solat (yang jarang betul cukup), akan berdoa ditemukan jodoh yang terbaik.

haihhh. mungkin jugak perasaan celaru semua nie berkat doa mak ayah kat tanah suci supaya aku fikir. supaya aku berubah. ustaz don cakap hidayah tu perlu dicari.

i dont know. i'm just scared. with myself.


till the next entry!

Friday, 3 August 2012

Wedding Prep : Dress Inspiration

for those girls, bride to be yang masih buntu nak cari idea untuk your wedding dresses, i nasihatkan rajin-rajin browsing website wedding photographers, designers, abroad and local. masa tu uols akan jadi macam i ternganga, terjerit, bila tengok SEMUA pun cantik. Hahaha thats normal. apa yang i buat ialah, i tengok each designs tu specific. maksudnya, leher/neckline dress tu, fabrik, the cutting, the leeves, the shoulder pads, the details, the colours, dll. sebab maybe sebenarnya apa yang u jatuh cinta sangat dengan design tu ialah fabric nya yang nampak very the soft and flowy tapi design dia so so je. atau u maybe suka details warnanya jee, that kind of thing.

so, what you can do is..save semua gambar inspirasi dan idea u tu dalam satu folder. kalau uols pakai folder lah. macam i, semua i tarik masuk dalam organiser MS One Note i, which related to my post H E R E. kalau pakai folder, u boleh rename kan each files tu ikot apa yang u nak highlight pasal gambar tu. kalau macam i, i terus guna drawing tool dalam MS One Note, conteng-conteng dan highlight terus kat gambar tu which part yang i nak my dressmaker buat for my wedding dress. satu lagi cara yang sangat best n i suka sangat is you print the photos, put in your organiser and conteng! sadly, i tak mampu buat cara nie sebab i have limitation to print photos.

buatlah apa saja cara, asalkan memudahkan u. :)

pada bride to be yang rajin tengok wedding dress designs, mesti kenal Elie Saab kann?? Ngeeee sumpah i memang sukaaa sangat dresses diaa. walaupun kebanyakan designs dia tak sesuai dengan budaya timur kita, tapi all those details, cutting, sleeves, fabric, semuanyaa marvellous kann!

hohoii let me show you some of her outcome. maybe bole bantu kamu-kamu yang masih confuse tak tahu nak baju yang design camne..enjoy!


i imagine it in a long dress version, different colour of belt/sash on waist,  then it will be a perfect baju akad nikah. :)

long lace sleeves, long flowy dress! :)

i love the dress train..perfect utk wedding bertemakan fantasi, so dreamy with the feather-like.

need i say more?? =_="

brilliant colour combo! jarang nampak pengantin pakai warna camni, nampak sweet n  exclusive!

i sukaaaaaa ada effect kain extra yang flowy tuuu, seriously diva!

Grrrrrr!! i love this!

i love the top part exclude the v neck inner dress. 

the combination of few above dresses, can you see it?


all photos are credited to Pinterest and Wedding Inspirasi. drop me comments if you love it too!


till then! :)

Thursday, 2 August 2012

The Parents

mak ayah i mendidik i dan adik beradik dengan sangat baik. ayah i pekerja am rendah je tapi dengan gaji tu dia mampu bela kami empat beradik. mak tak kerja. waktu kecik hidup memang susah. i dah biasa terima / makan / pakai apa saja yang mak ayah i bagi atau suruh. no complaints at all sebab i tau memang tak ada pilihan. 

mak ayah i dedua garang. mak i garang dengan berleter n action sekali. setakat kena libas dengan hanger, hempas pinggan mangkuk dalam sinki, kena jerit-jerit, kurung dalam toilet, semua tu i dah rasa dengan mak. ayah pulak garang dalam diam. tak banyak cakap, tapi bila sekali dia bercakap memang terasa sampai ke tulang. sekali naik tangan, memang sampai tua lah berbirat. i dan kakak i pernah jadi saksi abang i yang masa tu 18 ke 19 tahun kena sebat dengan raket badminton sampai raket tu patah dua. :(

mak ayah i juga tak reti menunjuk sayang pada anak-anak. seingat i, kali terakhir mak dan ayah betul-betul peluk i erat-erat ialah on my graduation day, 2005. that was seven years ago man! but still that was a wonderful moment for me. mak i tak pernah cakap sayang atau rindu bila cakap telefon. i mengaku, i jeolous sikit kat kawan-kawan masa di kampus bila diorang bole bergayut lama-lama dengan parents macam dengan memember. 

one thing that i love the most about my mom and dad is they trust me. cumanya bila dorang dah percaya, bila i membesar, i selalu terpaksa buat sendiri semua benda. form one ke form 2 dah belajar sendiri-sendiri naik bas awam pegi sekolah. banyak activities, hobbies dan minat i masa sekolah i buat sendiri-sendiri je. mak ayah i cuma particular bab grades je. waktu i sekolah rendah, i memang 'kena' habis-habisan dengan mak yang kejut i pukul 4 pagi suruh study,that kind of thing.

i memang kurang rasa kasih sayang parents waktu kecik dulu. mak ayah i orang kampung yang sangat fokus cari duit dan pendekatan supaya weols adik beradik berjaya dalam pelajaran so no such thing as makan bersuap, morning hug and kiss, goodnight hug, family vacation, etc etc. 

dan sekarang bila i pun dah semakin dewasa ni, banyak yang i belajar dari ramai orang yang  jumpa. i tak cakap mak ayah i parents yang tak baik, NO..i kat sini semuanya kerana diorang. i jadi macam sekarang semuanya sebab doa diorang yang tak pernah putus-putus. cuma, i belajar which part i need to improve if Allah gives me a chance to be a mom someday. 

i sedar, somehow sekarang perangai i pun beransur-ansur nak jadi macam mak. i jadi orang yang dingin, i tend to resist kasih sayang yang ada di sekeliling i sebab i takut i tak boleh control myself, or them. i always avoid deeper conversation with whom i love because i'm afraid of getting hurt, i tend to speak in a harsh tone for a normal conversation or discussion with Mr. A, etc etc.

haihh. it's genetic kott. but i believe, we can always change our attitude. i dont want to be a pesimist wife and mother to my husband and children. i want to be a positive, supportive mother. 

sekarang bila tengah buat preparation kawen, kadang-kadang stress dengan mak ayah sendiri. diorang selalu over sensitive dengan perangai i yang sangat simple itu tak nak ini tak payah sampai babit-babitkan Mr. A. masyaAllah, i anggap nie dugaan bertunang jelaa. ada satu masa, sampai cakap i dah berubah and lebihkan Mr. A dari diorang. second masyaAllah. haihh yang buat i geram semuanya diorang tak cakap kat i, tapi kat kakak i. it's like up until today, sampai i dah nak kawin pun, macam ada communication barrier among us. mak i kalau cakap sendiri benda yang dia tak puas hati kat i, tak pernahnya habis. mesti bagi hint hint je pastu suruh i faham sendiri and ikot cakap dia. bila i yang degil ni argue for explanation, mak i mesti defensive gila pastu nanges. Allahuakbar, sabar jelahhhh.

nasiblah Mr. A tak emo sekali. kalau tak lagilah i pening agaknya.

sekian sesi bride to be meroyan.

till then! :)



Tuesday, 31 July 2012

Johor Premium Outlet : First Visit

tengok tajuknyaa very thee kann? apakah maksudnya? yess, maksudnya akan ada lah second, third, fourth dan seterusnya punya visit. Hahaha yayyy!! last week we went to Johor Premium Outlet (JPO). kononnya nak tengok-tengok handbags untuk hantaran, and seriously memang lah sangat meruntun iman hokayy. i love the surrounding and all boutiques!! kat sini jugak lah first time i masuk butik Coach, Burberry, Pedro, etc etc yang sangaaatlaaaahh tempting!

so dipendekkan cerita, i decide untuk amik satu handbag Coach yang sangatlah cantik. harga pun bole tahan 'cantiknya' tapi since Mr. A cakap nak belanja, perasaan 'guilty' tu pun beransur-ansur hilang hahaha..trust me, seumur hidup i tak pernah beli handbag berharga RM200 ke atas. so i must admit, i feel awkward. i feel wrong.

bila sampai kat cashier, Mr. A hulur kad. dua kali swipe, the salesgirl tu pulangkan kad minta maaf sebab all of sudden machine tu tak bole nak trace his card. ATM machine memang betul-betul sebelah Coach je so kitorang keluar. masa jalan keluar tu i sempat tengok next customer yang nak bayar pun terpaksa bayar cash so i macam lega sikit. bukan malu taw, seriously i kesian lah kat Mr. A kalau sampai kena reject card kann.

bila sampai ATM, i pegang tangan dia dan ajak balik. our friends pun sebelum tu memang da text bagitau diorang da setel shopping. Mr. A pulak yang pelik kenapa i nak terus balik. but yeah, akhirnya weols balik. tak beli pun handbag Coach tu. entahlah, i rasa macam satu 'sign' je bila tetiba kad Mr. A tu bermasalah. maybe memang belum masanya untuk i memiliki Coach. maybe Dia cakap, i kena beli Coach dengan duit i sendiri barulah rasa kepuasannya. i dont know. cumanya memang tak jadi beli. and i have no regret at all. more than five hours kat dalam JPO tu, we bought :

Levis Jeans for me,
Levis checkered shirt for him
and one Bobbi Brown's facial colour palette yang sangat cantik!

:)

tapi masa dalam kereta on the way back to KL, masing-masing layan perasaan. tetiba i tanya Mr. A pasal salesman handsome yang dari awal i masuk butik, pilih-pilih itu ini, tanya itu ini, akhirnya i tak beli. risau pulak i bila fikirkan kesian dia. dia kena marah ke tak eh? we hope not.

oh yeah, for those of you yang nak pergi JPO tapi takut harga mahal sangat, jangan risau. i rasa i dah masuk semua butik kat situ and the prices are very reasonable with the brand and quality. kalau uols ialah orang yang particular pasal trend dan keluaran-keluaran terkini, maybe korang kurang puas hati sebab handbags, shoes yang betul-betul discounted ialah bukan design baru. designs baru pun ada diskaun tapi tak sebanyak yang lama lah which is for me logic lahh.

satu lagi, the direction.

kalau uols dari KL, jangan exit highway kulai ok. memang JPO dekat kulai, tapi jangan exit kulai sebab takut korang sesat macam i haha. better ambik exit selepas KULAI iaitu exit 302A iaitu Lapangan Terbang Senai. lepas exit senai, uols akan nampak terus signboard ke JPO. dari exit highway nak ke JPO tak sampai pon 10 minit ok! parking fee sangat berpatutan, RM3 per entry jee. parking spaces nya sangatlaah luas!! walaupun jalan nak menghala ke JPO tu kiri kanan ladang sawit jee, tapi bila masuk je surrounding JPO tuu, terus teringat premium outlets kat overseas yang selama nie asyik dengar cerita kengkawan jee. very exclusive!

happy shopping girls, till then!!