Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

Wedding Prep : Idea for Tudung Nikah, Tudung Sanding, Birdcage Veil

FYI, ada banyak lagi major things yang belum settle for my wedding. time ni jugaklah kerja datang bertimbun-timbun. time ni jugak sakit demam  isemua datang. huwaaarrghh!

THINGS TO DECIDE :

1. i ni free hair orangnya. tapi time akad nikah dan majlis sanding, i plan nak pakai tudung. :) cuma masalahnya, i tak decide lagi nak pakai tudung camne. since this is a last minute decision, i taknak laa tambah kos lg mintak Shanu my dress maker ciptakan tudung kann. 

sekarang i tengah fikir time akad nikah ada dua option :

- pakai plain tudung chiffon with half moon shawl as a veil, OR
- pakai half moon shawl je as a tudung. no veil.

huhuuuu peningnyaa..since my akad nikah theme will be white-pink, i da beli half moon shawl kat Sugarscarf warna soft pink. so kalau i amik first option, i nak beli tudung plain chiffon warna apa ye? kalau second option pulak, nampak too simple tak?

2. tudung masa majls sanding : tema majlis sanding i ialah putih-kuning- kelabu. i will wear custom made white peplum dress with yellow swarovski beads on waist and neckline. material nya pulak bukan chiffon tapi i suka sangat baju tu, alhamdulillah. cumanya sekarang, i tengah pening untuk decide nak pakai tudung macamana. and shall i wear veil too? i mcm takut nak pakai tudung with awning sebab i dah try few times before, memang sangat tak cantik on my face. huhuhu..  so shall i wear :

- soft yellow plain shawl/scarf, with veil?
- soft yellow beaded chiffon shawl/scarf with small tiara, no veil?
- soft yellow plain shawl, a veil and tiara?

3. Majlis Bertandang i akan pakai modern dress with no tudung. temanya purple - silver. FYI, rambut i ni pendek. pendek gila, lebih kurang macam gambar sebelah tu. and i dont want to do any hair extension, rambut palsu, sanggul palsu dan sebagainya. yes, i want to be a short hair bride. sebab i selesa rambut camni. tak tahulah camne rupa i nanti tapi seriously i nak kekalkan rambut i macam ni je. even Mr. A agreed, so i am more than happy to ignore those mulut-mulut kepochi nanti hahaha.

so untuk majlis bertandang, i macam teringin gila nak pakai birdcage veil. i rasa birdcage veil tu memang sesuai dengan dress i. nak pakai birdcage veil ni kena confident sebab jarang pengantin Melayu pakai. lagi satu, kena cari yang betul-betul sesuai dengan muka and rambut sebab pengantin Melayu ni agenda utama selain bersanding ialah makan. hahaha so kebanyakan birdcage veil ni menutupi separuh muka dengan net tu. nak pulak dengan i yang hidung penyek ni, memang cofirm lah akan lebih terpenyek di muka. camana nak makan dengan lahapnya dengan net depan hidung? muahahaha tapi takpe, pemakaian birdcage veil ni ada beberapa cara, terpulang pada kita. korang boleh tengok dalam youtube. tapi masalahnya, kalau nak tau sesuai tak sesuai, kena laa try dulu. so please bride to be and ex bride to be, kat mana i nak beli birdcage veil ni?? please please let me know.

jom layan beberapa gambar birdcage veils yg i sukaaa sangaat. thank you to Google! :) :)

tengok tengokkkk, rambut dia pendek macam i tapi tetaaap nampak sweet dgn birdcage veil/headband ni kann! 

i loveee the big flower! auto-glamour!

haaaaa...gedabak punyaa! kau mampu??! 

ala ala ala ala alaaaa sweet nyaaaaaa!!



Ngeeeee nakkk!!


till then!





Thursday, 22 November 2012

Wedding Prep : Brown Paperbag, Doily Paper Murah di Kuala Lumpur

ada baki 28 hari sebelum tarikh akad nikah, dan i baru berjaya scratch ini dari checklist.

hahaha actually i dah start survey bab-bab paperbag or goodies bag ni dah lama. bila i cakap lama, maksudnya sejak satu dua tahun lepas lah. survey, copy paste sources, then lupa. sampailah semalam Mr. A dan i tiba-tiba dapat hidayah untuk panic attack bila favors bag tak beli lagi padehal parents kat kampung dah beria-ia bercerita nak taruk itu ini bagi kat guests. =___="

untuk pengetahuan juga, i memang da lama teringin sangat nak DIY wedding paperbag pakai brown paper bag, doily paper and sticker. kira memang tema yang tengah IN sangat lah sekarang ni kan. simple pun simple, murah, pastu cantik pulak. untuk bride to be yang tak tahu apa yang sedang i rapikkan ini, inilah contohnya.


doily paper, brown paperbag, stamping font, pengepit baju.
brown paperbag, doily paper, ribbon. wallah!

okay, untuk korang bride to be yang nak DIY paperbag seperti gambar di atas, mari i ceritakan kat mana nak beli brown paperbag dan doily papers yang murah dan ada ready stock yang banyak di Kuala Lumpur. untuk luar KL pun ada option, baca sampai habis ok.

PERNIAGAAN WAKIM SDN. BHD. 
Wakim Plastic Industry Sdn. Bhd,
No. 55B-4, Lorong Raja Bot, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

 i pun baru tadi lah first time sampai ke kedai tu and actually tak susah sangat nak cari once you da masuk Jalan Raja Bot. kepada bride to be yang belum pernah sampai ke sini, haaaaa bole jugak kalau uols nak cari jamu ke hape, sini memang port kedai-kedai ubat tradisional tau and most of the shop owners are from Indonesia. for further information, you can go to their website H E R E.

the shop view from front

the map. please click to enlarge photo

selain brown paperbag dan doily paper, i tengok banyak lagi product dorang jual macam gelas/pinggan/mangkuk plastik/kertas/styrofoam. tapi sebab kami pegi sana fokus dengan niat nak beli paperbag, kami tak tengok sangat benda lain tapi memang seriously banyak barang menarik dan murah.

okay, ini ialah hasil observation kami pada hari ini. esok-esok mungkin harga lain, dan orang lain mungkin pengalamannya lain ok. cuma untuk berkongsi pengalaman kalau ada nak tahu selain kenangan sendiri.

BROWN PAPERBAG : RM11.00 for one packet (100 unit); ada juga white paperbag with same price. untuk order macam i yang lebih 2000, dapatlah discount RM10 per packet. and untuk diskaun ni,sila tanya ye!

DOILY PAPER : 250 pieces for RM6.00; masa i pegi ada warna putih and gold.

untuk pengetahuan korang, paperbag kat sini ada beberapa saiz berbeza dan harganya pun memang berbeza. i actually berkenan tengok brown paperbag yang ada string holder tapi bila tanya harga pakcik tu cakap 90 sen satu which is out of my budget. kalau i nak beli 100 200 okay laaa, ini 2000+. Sobbss.

lepas kitorang tengok all the prices, kitorang keluar kedai dan terus discuss depan kedai. err, lebih spesifik tepi pili bomba. nanti kalau lepas baca entry ni korang pegi kedai ni dan nampak pili bomba depan kedai tu, please drop your comment here okay. Heeee, dekat-dekat 20 minit jugaklaa kami kat situ siap call mak masing-masing. ^___^

finally, idea DIY i tu habis kat sini je. Mr. A yang lebih kedekut particular bab-bab duit ni bentang calculation for different paperbag sizes and he insist us to purchase the cheapest one. i macam tak setuju sangat sebab i KENAL mak i camane orangnya. kalau dia tak beli pun, memang ramai orang yang akan offer nak kasi macam-macam. kalau paperbag kecik, camne nak buat? seriously i langsung tak kisah kalau ada orang nak sponsor kasi biskut kering sekalipun! i percaya, semua tu rezeki dan berkat tetamu yang makan pemberian orang tu harapnya menambah berkat untuk masjid yang bakal dibina kan, ewahh!

baiklah, i pulak lepas dengar pembentangan bajet Mr. A; i rasa macam sakit hati sebab i expect total price akan lebih murah daripada tu. Hahahaha yee bajet betul aku nieeee! selain tu jugak, i tiba-tiba risau kalau kitorang tak mampu nak siapkan decoration paperbag tu. ini sebenarnya my main concern. so, Mr. A dan i amik keputusan untuk menahan sebentar keghairahan untuk jadi pengantin DIY, dan cuba survey kat tempat lain. i suggest nak pegi Chow Kit tapi masa tengah jalan pegi kat kereta, Mr. A nampak kedai barang hantaran. it's near Wakim, a corner lot shop, double storey.

so kami akhirnya beli paperbag kat sini. a very simple and typical wedding paperbag yang selepas perkiraan, menjimatkan RM100+ berbanding kalau beli brown paperbag dan doily paper mengikut kuantiti yang kami nak. dan ya, jimat tenaga jugak. alhamdulillah. alhamdulillah. i syukur je.

apa punnn, moral of the story kepada bride to be yang lain, please jangan suka PROCRASTINATE macam i kalau korang ada banyak idea untuk wedding korang ok. :)

korang yang nak tahu pape lagi pasal Wakim or kedai hantaran tu, tanyalah ye. or google je, i rasa ada je blog bride to be lain yang tulis pasal Wakim ni.

dan korang yang dah pegi Wakim and made your purchase there after read this entry, show me the outcome please! even angan-angan i tak tercapai, tengok uols punya pun jadilah. Hahaha.


p/s : Masyaallah lupaaaaaa untuk option lain beli brown paperbag murah selain Wakim. malas nak re-arrange paragraph, i bagitau sini jela. uols bole bukak website P P H nie, click Our Product, then boleh terus order online. ada macam-macam jenis packaging yang ada - paperbag, boxes, gable box, etc etc. I dah pernah contact the customer service and kilang untuk paper product ni di Prai, Pulau Pinang. so untuk bride to be utara bole terus ambil order kat sana. boleh jimat lagi untuk postage kannn. harga memang murah berbanding harga kat kedai biasa. :)


till then!



photo source : Wakim's official website

Friday, 3 August 2012

Wedding Prep : Dress Inspiration

for those girls, bride to be yang masih buntu nak cari idea untuk your wedding dresses, i nasihatkan rajin-rajin browsing website wedding photographers, designers, abroad and local. masa tu uols akan jadi macam i ternganga, terjerit, bila tengok SEMUA pun cantik. Hahaha thats normal. apa yang i buat ialah, i tengok each designs tu specific. maksudnya, leher/neckline dress tu, fabrik, the cutting, the leeves, the shoulder pads, the details, the colours, dll. sebab maybe sebenarnya apa yang u jatuh cinta sangat dengan design tu ialah fabric nya yang nampak very the soft and flowy tapi design dia so so je. atau u maybe suka details warnanya jee, that kind of thing.

so, what you can do is..save semua gambar inspirasi dan idea u tu dalam satu folder. kalau uols pakai folder lah. macam i, semua i tarik masuk dalam organiser MS One Note i, which related to my post H E R E. kalau pakai folder, u boleh rename kan each files tu ikot apa yang u nak highlight pasal gambar tu. kalau macam i, i terus guna drawing tool dalam MS One Note, conteng-conteng dan highlight terus kat gambar tu which part yang i nak my dressmaker buat for my wedding dress. satu lagi cara yang sangat best n i suka sangat is you print the photos, put in your organiser and conteng! sadly, i tak mampu buat cara nie sebab i have limitation to print photos.

buatlah apa saja cara, asalkan memudahkan u. :)

pada bride to be yang rajin tengok wedding dress designs, mesti kenal Elie Saab kann?? Ngeeee sumpah i memang sukaaa sangat dresses diaa. walaupun kebanyakan designs dia tak sesuai dengan budaya timur kita, tapi all those details, cutting, sleeves, fabric, semuanyaa marvellous kann!

hohoii let me show you some of her outcome. maybe bole bantu kamu-kamu yang masih confuse tak tahu nak baju yang design camne..enjoy!


i imagine it in a long dress version, different colour of belt/sash on waist,  then it will be a perfect baju akad nikah. :)

long lace sleeves, long flowy dress! :)

i love the dress train..perfect utk wedding bertemakan fantasi, so dreamy with the feather-like.

need i say more?? =_="

brilliant colour combo! jarang nampak pengantin pakai warna camni, nampak sweet n  exclusive!

i sukaaaaaa ada effect kain extra yang flowy tuuu, seriously diva!

Grrrrrr!! i love this!

i love the top part exclude the v neck inner dress. 

the combination of few above dresses, can you see it?


all photos are credited to Pinterest and Wedding Inspirasi. drop me comments if you love it too!


till then! :)

Tuesday, 24 July 2012

Wedding Prep : Dilema Wedding Dress

satu perkara PENTING yang sampai sekarang idea on paper pun belum finalise ialah all my dresses for solemnization (majlis akad nikah), and both reception (majlis bersanding dan majlis bertandang). sebelum ni i asyik baca blog B2B je tentang betapa susahnya nak decide design baju kawen, sekarang i berada dalam kasut mereka. ohh perasaannya sangatlah overwhelming dan kusut at the same time!

tambah kusut sebab my Mr. A mula-mula misi design hunting je dia bagi kerjasama contohnya komen "ini design lama", "tak cantiklah simple sangat", which is good laa for me sebab i believe his eyes and taste. tapi langit tidak selalunya cerah. begitu jualah Mr. A i yang obviously not so cerah one. bila i asyik browse for more inspiration for wedding dresses, semua gambar baju-baju designer yang i tunjuk dia cakap "cantik", "haaa..okay!" dengan nada sarcastic. Urghhhh!

dalam planner MS OneNote i, ada banyak gila gambar wedding dresses yang i ambil dari internet for reference kononnya. reference hek mu, lagi rambang mata adalaaa!! konon-konon i punya taktik bijak ialah nak mix and match designs yang i suka untuk jadi dresses i for all events. contohnya nak leher dress macam design Rizalman A, beading details macam design Syomir C, kain yang flowy macam design Rizman Ruzaini B, veil macam design Unaisah D, maka jadilaa dress i yang simple tapi malatop itu. malangnya, ia tidaklah semudah itu ye B2B sekalian. especially kalau kamu ada nafsu serakah seperti SK. kalau dah semua design pun kau nampak cantik, macamana nak decide which one will be yours???

and i just have less than five months before the actual day, bhai! i'm dead man, seriously.

Brrrrr...untuk meredakan hati sendiri di samping menyerikan blog syok sendiri ini, i akan selitkan beberapa gambar dari folder i dalam entry nie. actually, tanpa i sedar baru i perasan designer yang paling banyak designs nya dalam folder i ialah dari Rizalman. kemain kan kau SK, perasan gila nak pakai baju Rizalman. beli lembu sekor pun murah sikit dari baju Rizalman yang seriously gorgeous itu tauhu tak? whatever it is, i tetap bangga sebab at least i ada jugak his special collection 20 by Rizalman yang jual kat Tesco tuuu. even maybe materialnya tak semahal designs kebiasaannya, feeling bila pakai kebaya lace nya itu tetaaap elegan hokayy! and btw, i dah nekad baju tu nanti buat jadi hantaran jee since memang Mr. A yang belanja i that baju. hantaran kebaya dari Rizalman okaayyyy, kau adaa? LOL

ok ok, cukuplah. sementara i berdoa satu hari nanti i akan mampu hire Rizalman untuk buatkan baju raya i or maybe baju wedding anak i (berangan itu free,tahu?), i akan tengok jelaa gambar-gambar ini sambil berharap ada tailor mur mur yang pandai buat dress kekonsep macam designs beliau dan lain-lain seperti di bawah.







till then! :)