Thursday 21 May 2015

Growth Spurt / Beralih Bulan

less than a month, our little cempedak akan cukup setahun.

Ohmaii, betul-betul rasa macam mimpi. setahunnn?? being a mother, kadang-kadang masa tu rasa macam cepat gila kot, tapi kadang-kadang rasa macam LAMA NYAA hahaha sape yang dah jadi mak jelah yang betul paham maksudku itu.

well, pasal growth spurt atau konsep beralih bulan ni. sebenarnya, benda ni bukan mitos ye. ini ialah fakta yang benar, even paed si cempedak pun cakap benda yang sama. cuma, simptom dia berbeza-beza ikut budak dan baby. macam NZ, sejak ahad lepas dia diarrhea. kesiannnn, sejam sekali dia akan poo poo, memang letih dan extra cranky tapi alhamdulillah selera makan dia ok dan tak demam.

Growth spurt ni macam-macam simptom dia. ada baby yang umur 4-6 bulan, ada masanya korang akan perasan dia macam tido lebih lama dari biasa pastu korang freak out dan pegi check dia nafas ke tak. well, i did! huhuhu first baby kann, semua benda pun nak freak out. well, tido lebih lama tu pun salah satu simptom dia. the next day you realise tetiba badan dia macam naik mendadak atau tetiba nampak makin panjang. Ahaaa..itulah sebenarnya growth spurt!

well, berbalik pada cerita NZ. dari ahad dia cirit-birit, isnin aku ambil EL untuk monitor. rasa lega sebab dapat fully breastfeed dia so tak risau kesan-kesan lain kalau dia minum formula milk. huhu since breastpump aku rosak haritu, memang NZ breastfeed masa dia dengan aku je. during office hour dia minum frisolac. :( :( cumanya sebab sekarang dia dah makan solid food, dia minum susu just sebelum dia nap je, usually dua kali waktu siang.

disebabkan cirit-birit dia, celah kangkang bontot pun naik rashes teruk. currently, NZ diberi dua jenis krim. semalam start guna, insyaallah later i will write a review. kulit NZ ni quite sensitive, ada simptom mild eczema.



till then!

Wednesday 7 January 2015

Kisah Batuk dan Flu Anak : Sonotron Treatment

ini #throwback punya cerita.

kisahnya Noah mula dengan selesema malam. tak taulah apa punca dia dapat selesema tu tapi baby nak besar biasalah memang akan test immune system dorang dengan macam-macam sakit. kita sebagai parents lah yang kena alert dan selalu monitor.

sehari dua dia selesema, makin teruk meleleh-leleh. susah tak tido sebab hidung tersumbat, lepas tu datang batuk pulak. Allah kesian sangat tengok dia batuk, bergegar-gegar badan dia yang sado tuu. kalau terbatuk masa tengah tido memang konfem terjaga dan nanges. cranky, merap, tak yah cakap laa memang kesian sangat.

tiga empat hari pertama Noah sakit camni, aku buat almost everything home made remedy yang aku google (reliable source jelah) dan dapat advice dari kawan-kawan. alhamdulillah, tak sure lah cara mana satu yang serasi dengan Noah - tapi memang kurangkan flu dan batuk dia. Cara apa?

1. kerapkan mandi - untuk buang panas dalam badan. noah mandi 3x sehari sepanjang dia flu dan batuk tu. 9.00 am, 2.00 pm, 5.30pm.

2. treatment stim dan tepuk percussion - untuk cair dan buangkan kahak/lendir. yang ni kami hubby and wife buat every morning lepas dia bangun tido. letak air panas dalam baldi, masukkan vicks baby sikit dalam air, ketuk 3 ulas bawang putih campak dalam air, lepas tu tonggengkan Noah biar muka dia kena wap air panas tu. then, tepuk-tepuk belakang baby. cara tepuk pun ada skill hokayy sila google! aku pegang baby, dan husband join Noah tunduk kena wap panas tu sebab nak make sure haba tu bearable for him and of course for moral support. Noah memang merengekkk nanges sepanjang treatment tapi hingus dia meleleh banyaaaaak. dia berak pun berlendir-lendir. lepas treatment, bagi nen nen, memang konfemm dia tido nyenyak terus.

3. minyak bawang putih - bakar 3 4 ulas bawang putih dalam kuali, masuk dalam bekas, tuang minyak extra virgin coconut oil, lenyek-lenyekkan bawang tu biar sebati dengan minyak. Pastu, minyak tu kerapkan sapu tapak kaki, betis, dada dan belakang baby. jangan sapu banyak sangat sebab panas.

4. rawatan sonotron - yang ni aku dapat tau dari member. rawatan ni tak guna ubat, tak sakit, cuma terapi yang guna gelombang. tak ingat dah aku apa istilah saintifik dia, you can always google for details. lepas searching bagai, kami decide ke klinik dr. fauziah dekat area sungai tua. jauhh uols dari rumah tapi demi Noah takpelah. oleh kerana terapi ni digalakkan buat beberapa kali, terpaksalah aku half day empat hari berturut-turut. kepada sesapa yang nak pegi klinik dr ni please lah jangan guna waze sebab memang konfem akan sesat barat macam kitorang. boleh google untuk detail alamat klinik tu since aku taip entry ni laju-laju tazzzabar nak balik keja. klinik tu sangat selesa, ada sofa dan play centre untuk menunggu, ada nursing room, best best.

5. Rawatan Sonotron tu camana? - dia pakai alat sonotron tu dan halakan ke dada kiri dan kanan, belakang baby kanan dan kiri, serta hidung baby. alat ni keluarkan gelombang yang akan masuk dalam badan baby untuk bantu pergerakan molekul-molekul dalam badan baby yang tak sihat tu, serta cairkan kahak. pembantu dr.fauziah tu cerita kesannya pesakit akan muntah atau maybe berak berlendir. macam Noah, berak dia memang keluar kahak banyak lepas tu. menariknya sonotron ni bukan untuk batuk je..sesuai jugak untuk orang dewasa yang sakit lutut, sendi, diabetes dll.

Alhamdulillah, lepas lebih kurang seminggu memang Noah sihat 100% tanpa pegi klinik, tanpa ubat. Cuma mommy daddy dia lahh yang penat sikit melayan cranky dan travel jauh-jauh untuk terapi. well, anything for our babies kannn?

inilah alat untuk rawatan sonotron tu heee macam hairdryer kann? :)

Monday 5 January 2015

Noah's First Solid Food!

Noah cukup enam bulan 9 Disember 2014 tapi 26 Disember 2014 baruuu kitorang start bagi dia makan. instinct emak tu memang selalunya betul kannn? instinct aku dari awal ialah Noah memang bukan jenis makan memilih, bukan picky eater. dan, alhamdulillah sampai sekarang dah tiga jenis puree buah yang kitorang suapkan memang dia makan je.

puree buah pertama yang Noah makan ialah puree epal. Heee tak sempat ambil gambar tapi subhanallah, memang seronok tengok reaksi dia makan for the first time tuu. muka kerut-kerut, lepas tuu kepala terhayun-hayun, tangan tergagau-gagau nak lagi.

puree kedua : avocado! kerlass kau Noah, mommy yang dah nak masuk three series ni laaa baru tau apa rasa avocado ni hahaha anything for you baby.

puree ketiga : betik!

so, macam mana buat puree ni?

senang jee.

Resepi Puree Buah :

1. kupas buah
2. potong kecik-kecik
3. rebus / stim
4. blend sampai halus
5. tapis jika perlu
6. ready to serve! (boleh campur dengan susu kalau nak)

Jumaat ni, Noah cukup tujuh bulan. semoga mommy istiqamah untuk bagi kamu makan homemade food since niat nak fully bf sampai dua tahun terkandas sampai enam bulan saja. Still, mommy tak give up. masih pumping everytime ada masa. kalau kat rumah dengan baby memang NO formula milk!

in another note, i am still in the same old department. da mula rasa pressure awal-awal tahun ni dengan high expectation from top management. rasa macam nak mintak tukar pon ada. maybe i do need a new environment, new challenge, kann? Hmmmm.


Noah tido di bawah meja mommy, sobbss! my room ada sofa hokayy tapi since ofis ni letrik nya takleh control sendiri nak bukak ke tutup lampu, so bawah meja je paling selesa dia nak tido sebab cahaya tak silau. itu ponn 20 menet jee tido haa..atas lengan mommy jugaak sejam lebih dia tido. sebelah tangan mommy buat paperwork, sebelah lagi pangku cempedak lapan kilo. >___<


till then!!