Showing posts with label dress. Show all posts
Showing posts with label dress. Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

TERKINI.


Lama betul aku menyepi dari dunia blog ni. Tipulah kalau cakap tak rindu. menulis ni dari dulu memang one of my huge passion. tapi memang sangat sangat sangat sangat sibuk lately dengan kerja, dengan life sendiri, sampai terpaksalah ketepikan dulu blog ni.

Dalam sibuk-sibuk tu, tetap jugaklah update dengan facebook,instagram semua. cuma nak tulis blog kena ambik masa yang betul-betul sesuai, mood pun kena tengok jugak mari ke tak. jikalau tidak nescaya sia-sia cubaan nak menulis tu.

baik, selesai perenggan pertama : alasan tak update blog.

1. KAHWIN / MARRIAGE

Alhamdulillah, aku dah selamat diijabkabulkan dengan Mr. A pada 20 Disember 2012. dari mula aku dengan dia plan kawen-kawen ni, aku dah cakap kat dia yang tak payah pikir pasal nak sekali lafaz kee, dua kali lafaz kee, sekali lafaz dua nafas ke, hahaha yang paling paling penting ialah aku nak dia (kami) treasure that moment. dan alhamdulillah, Mr. A sambut akad dengan sekali lafaz dan jujurnya aku betul-betul treasure moment tu. rasa nervous, bergelodak perut, syahdu, dan akhirnya lapang dada - semuanya aku rasa dan masih ingat sampai sekarang. tak blurry langsung perasaan masa tu. aku masih boleh terbayang muka ayah, muka emak, muka Mr. A waktu tu sampai sekarang. indah.

Reception kami pada 22 dan 23 Disember 2012. Keduanya buat di rumah masing-masing. Alhamdulillah, walaupun ada terkurang sana sini, tak puas hati sikit itu dan ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. sesungguhnya, life selepas kawen lah yang perlu lebih banyak tumpuan dan perancangan. :) ada beberapa perkara dalam wedding kitorang yang aku sangat sangat suka dan terasa nak menulis review.  errr, feeling sangat niieee dah kawen 6 bulan lebih tetappp nak buat wedding review??! LOL but yeah, banyak benda nak cerita pasal majlis kawen ni, tapi slow-slow lah ya. Blog ni bukan ada readers pun, hehehe tapi nak tulis untuk memori dan syok sendiri muahahaha! Ringkasannya dulu ya..!


WEDDING DRESS
1. Akad Nikah :
RTW Jovian Mandagie for me
Omar Ali Alamanda, Putrajaya (tempah) for him

2. Majlis Bersanding :
Ryan Riezmel for both

3. Majlis Bertandang :
Ryan Riezmel for both

OFFICIAL PHOTOGRAPHER

1. Akad Nikah & Sanding :
Nasirzin Photography

2. Majlis Bertandang :
Promise Photography

KATERING

1. Akad Nikah & Sanding :
Gotong-royong

2. Majlis Bertandang :
Jintan Manis Catering

MAKE UP

1. Akad Nikah : Kak Nazarha
2. Majlis Sanding : Farah
3. Majlis Bertandang : Izyan Jamil

RANDOM

1. Tudung Nikah : Sugarcraft
2. Tudung Bersanding : Tudung Bawal RM10, Pekan Jitra (love!)
3. Veil Bersanding : Half moon Jalan TAR
4. Kasut Nikah & Sanding : Vincci (kasut lama, yang rupanya ditakdirkan untuk jadi kasut wedding saya juga, happy!)
5. Kasut Bertandang : beli kat The Mines



2. HONEYMOON

^_____^  tiga hari lepas majlis bertandang, kami terus fly ke Bali, Indonesia untuk honeymoon. Allahuakbar, walaupun bajet kami dah betul-betul lari masa tu tapi happy sangat-sangat dapat went abroad together for the first time. dan masyaallah memang Bali sangat cantik! kami di sana 5 hari 4 malam - 2 malam di Kuta, 2 malam di Ubud. insyaallah nak sangat tulis entry pasal ni. great experience, beautiful memory.

3. KARIER

Aku masih di department yang sama, cuma bertukar Unit yang baru, dan lebih mencabar. aku cuba lah nak bertahan selagi mampu di sini sebab aku suka core business nya, kena dengan jiwa dan bidang study aku tapi aku kena banyak belajar dan bersabar dengan kerenah colleagues dan bosses yang macam-macam perangai. Mr. A masih bekerja macam biasa, cuma masih mengejar impian sebenar.  jujurnya aku respect dengan semangat dia dan insyaallah aku berdoa dia dipermudahkan semua.

ahhh seronoknyaaaa menulis! :) till then!

Tuesday, 20 November 2012

Wedding Prep : First Fitting

hello everyone!

:) alhamdulillah, hari nie i rasa sihat sikit compare dari semalam. since last night, i asyik muntah and diarrhea. i tak taulah salah makan apa, sebab apa yang i makan Mr. A pun confirm akan makan. mungkin i penat sangat kot. bayangkan lah, pagi sabtu lepas weols satu family pegi amik my parents kat KLIA. alhamdulillah, diorang selamat sampai dari Makkah. lepas tu je, terus shoot balik kampung.

Mr. A, kakak i, adik i and i naik my Kachak and abang i, sister in law, parents, naik Honda Stream abang i. 6 jam lebih jugak perjalanan sebab hujan and traffic jam. sampai je kampung, sibuk pulak mengemas barang-barang yang parents i beli kat sana. punyalah banyak. we organise and tagging everything, try try jubah semua, walaupun mengantuk ya amat, tahan jela sebab kesian kat parents. Mr. A pun dapat satu jubah yang cantik sangat. mine is purple colour, love it to the max!

esoknya, weols pegi butik untuk first fitting dan petang ahad tu singgah Mr. A's house kejap then malam tu jugak kitorang bertolak balik KL dari kampung sesama. traffic jam masyaallah memanglah teruk, i dont know why. maybe ramai yang ambik cuti direct seminggu kot since public holiday dua hari selang seli, cuti sekolah lagi. so yeah, i got two days of MC. semalam memang lembik the whole day. alhamdulillah, now feels better.

alrite, my first experience of dress fitting. wedding dress fitting. :)

i LOVE both my dresses. and i LOVE Mr. A's baju also.

dan dalam entry ni jugak, i nak kenalkan butik yang buatkan baju-baju kitorang ni. it is highly recommended especially kalau anda bride to be utara, macam i. memang agak susah nak cari butik di utara yang boleh custom made wedding dress yang simple but nice design. kebanyakan butik-butik utara ni selalu guna lace, kain net, dan batu yang bling bling untuk wedding dresses yang sebenarnya bukanlah tak cantik, cumanya it's all about preference masing-masing kann. macam i, personally i nak wedding dress i tak sarat dengan aksesori. i nak simple design, selesa untuk i pakai, dan paling penting timeless. maksudnya, i nak nanti cucu i tengok gambar kawen i pun, dia akan cakap cantik, bukannya terkejut dengan fesyennya. amboi sampai ke cucu pemikirannya kann! hahaa, insyaallah!

okayy, so butik pengantin yang i nak kenalkan ni ialah Ryan Riezmel. butik Ryan Riezmel ni di Alor Setar, Kedah. alhamdulillah so far i sangat sangat berpuas hati dengan butik ni dari first day i pegi survey sampailah first fitting sabtu lepas. actually, i dapat tahu pasal butik ni dari internet jugak, lagipun i suka sangat nama butik ni. ala-ala Rizman Ruzaini lah kannn, double R gituu! muahahaha but yeah, untuk pengetahuan bride to be utara sekalian, Ryan Riezmel punya designs sangatlah cantik, up to date, dan 100% akan ikot apa yang u nak.

kalau korang nak tahu, owner butik ni : Ryan Riezmel belum pun masuk sekolah lagi. Hahahaha yes, sangaat comeeel rasa nak curi bawak balik KL. Her mom, Shanu, a very beautiful lady and her husband runs the business. best kannn, kecik-kecik da ada business brand sendiri!

Mr. A and i tempah dua pasang persalinan kat Ryan Riezmel. sepasang untuk majlis bersanding, dan sepasang untuk majlis bertandang. untuk majlis bersanding, kitorang ambik pakej sewa baru - which she will design new dress for us, ikut apa yang kitorang nak, then sewa. untuk majlis bertandang pulak, both of us ambil pakej tempah dan beli. maksudnya, kitorang bagitau dia nak baju camne bla bla bla, dia buatkan, then kitorang amik terus baju tu.

personally, i love all the dresses. rasa tak sabar nak tengok baju tu lepas dah siap taruk manik semua. FYI, i dapat dua handbouquets free (fresh flower okay!) and also free accessories rental for both dresses.

oh ya, Ryan Riezmel pun ada banyak Ready To Wear (RTW) collection. gorgeous tops, pants, harem pants, maxi dress, skirts semua pun cantik-cantik! my sisters yang ikot i aritu pun siap shopping lagi! definitely stylish collection, harga pun very reasonable! and yea, she also did pelamin! gorgeous one! tapi i tak dapat hire Shanu sebab dah bayar deposit kat another pelamin maker before i met her.

eh actually i takde lah dapat komisyen apa pun taw, Shanu tak tahu pun i tulis blog hahaha. ini cuma entry ikhlas dari seorang customer yang berpuas hati. kalau korang berminat nak tengok RTW and bride's collection Ryan Riezmel, please go to their Facebook page here : Ryan Riezmel. contact numbers, photos, semua ada kat situ. and please, kalau contact tu, cuba sebut baca review blogger from Putrajaya mana tahu dapat discount? Hahahaha.

the Ryan Riezmel. 


till the next entry! :)



Saturday, 10 November 2012

Wedding Prep : The Dress

second entry of the day. lantaklah, sementara ada mood nie baik i tulis je.

first, nak share pasal my wedding dresses.


Baju Akad Nikah / Solemnization

untuk pengetahuan korang, sampai saat ini i belum decide nak pakai apa for akad nikah / solemnization. Hahahaha GILA tak i?? lagi sebulan kot! bila i cakap tak decide, maknanya i ada options lah actually.

first, i will wear one of my Jovian RTW yang i memang belum pernah pakai lagi. kebetulan, the colour suits our akad nikah theme.

second, i akan pergi Nagoya / Jakel beli kain and upah tailor untuk buat simple kurung moden. bila i cakap simple, maknanya memang simple gila but material still chiffon of course. bila nak pakai kurung moden chiffon, maknanya i kena beli kain untuk lining jugak. kalau i nak patching lace pulak, i kena beli lace sekali. tolak campur, kosnya lebih kurang dengan first option punya costing. masalahnya sekarang, ada ke tailor yang nak buat baju i yang nak siap dalam tempoh sebulan nie?

ok saya dengar ada monolog dalaman dari kak leha yang sedang membaca, "kenapa tak prepare awal-awal?"

jawapan saya pada kak leha : bacalah previous entry kalau sudi. kalau tak sudi, anggap jelah saya memang pengantin pemalas dan procrastinating punya orang which is somehow betul pun. hahaaa.

his baju? lagi seminggu dah boleh fitting. he send his kain to Omar Ali boutique at Alamanda. so far, kitorang happy dengan layanan diorang. he told me that he automatically feels confident with the boutique even just after Omar Ali did the body measurement. cepat, cekap dan convincing. amboi tak siap lagi baju dah konfiden laki i nie uols! Hahaaa well, maybe itulah yang kita panggil sebagai profesional kannn.

i'll write the full review of baju melayu after the fitting, insyaallah.


Baju Majlis Sanding / Reception Dress

consider done. maksudnya, kami dah decide semua dengan butik,dressmaker pasal everything. insyaallah dalam dua minggu nie dia akan call untuk set appointment for first fitting. takotnyaaa nak fitting baju hoii. mintak-mintaklaaa cantik macamana yang i imagine. alhamdulillah so far i sangat suka dengan our deal with the boutique. the owner sangatlah cantik dan very up to date considering butik tu kat utara kan. dan alhamdulillah jugak, dia sangat helpful dan sabar dengan i yang blur nie. i also get free handbouquet for the majlis, yippieee!! insyaallah nanti lepas selesai semua, i buat review pasal actual dress n the boutique okay. warna tema majlis sanding i hopefully akan lebih kurang ini :


photo source : The Perfect Palette


cukuplahh, till the next entry! :)

Friday, 3 August 2012

Wedding Prep : Dress Inspiration

for those girls, bride to be yang masih buntu nak cari idea untuk your wedding dresses, i nasihatkan rajin-rajin browsing website wedding photographers, designers, abroad and local. masa tu uols akan jadi macam i ternganga, terjerit, bila tengok SEMUA pun cantik. Hahaha thats normal. apa yang i buat ialah, i tengok each designs tu specific. maksudnya, leher/neckline dress tu, fabrik, the cutting, the leeves, the shoulder pads, the details, the colours, dll. sebab maybe sebenarnya apa yang u jatuh cinta sangat dengan design tu ialah fabric nya yang nampak very the soft and flowy tapi design dia so so je. atau u maybe suka details warnanya jee, that kind of thing.

so, what you can do is..save semua gambar inspirasi dan idea u tu dalam satu folder. kalau uols pakai folder lah. macam i, semua i tarik masuk dalam organiser MS One Note i, which related to my post H E R E. kalau pakai folder, u boleh rename kan each files tu ikot apa yang u nak highlight pasal gambar tu. kalau macam i, i terus guna drawing tool dalam MS One Note, conteng-conteng dan highlight terus kat gambar tu which part yang i nak my dressmaker buat for my wedding dress. satu lagi cara yang sangat best n i suka sangat is you print the photos, put in your organiser and conteng! sadly, i tak mampu buat cara nie sebab i have limitation to print photos.

buatlah apa saja cara, asalkan memudahkan u. :)

pada bride to be yang rajin tengok wedding dress designs, mesti kenal Elie Saab kann?? Ngeeee sumpah i memang sukaaa sangat dresses diaa. walaupun kebanyakan designs dia tak sesuai dengan budaya timur kita, tapi all those details, cutting, sleeves, fabric, semuanyaa marvellous kann!

hohoii let me show you some of her outcome. maybe bole bantu kamu-kamu yang masih confuse tak tahu nak baju yang design camne..enjoy!


i imagine it in a long dress version, different colour of belt/sash on waist,  then it will be a perfect baju akad nikah. :)

long lace sleeves, long flowy dress! :)

i love the dress train..perfect utk wedding bertemakan fantasi, so dreamy with the feather-like.

need i say more?? =_="

brilliant colour combo! jarang nampak pengantin pakai warna camni, nampak sweet n  exclusive!

i sukaaaaaa ada effect kain extra yang flowy tuuu, seriously diva!

Grrrrrr!! i love this!

i love the top part exclude the v neck inner dress. 

the combination of few above dresses, can you see it?


all photos are credited to Pinterest and Wedding Inspirasi. drop me comments if you love it too!


till then! :)

Tuesday, 24 July 2012

Wedding Prep : Dilema Wedding Dress

satu perkara PENTING yang sampai sekarang idea on paper pun belum finalise ialah all my dresses for solemnization (majlis akad nikah), and both reception (majlis bersanding dan majlis bertandang). sebelum ni i asyik baca blog B2B je tentang betapa susahnya nak decide design baju kawen, sekarang i berada dalam kasut mereka. ohh perasaannya sangatlah overwhelming dan kusut at the same time!

tambah kusut sebab my Mr. A mula-mula misi design hunting je dia bagi kerjasama contohnya komen "ini design lama", "tak cantiklah simple sangat", which is good laa for me sebab i believe his eyes and taste. tapi langit tidak selalunya cerah. begitu jualah Mr. A i yang obviously not so cerah one. bila i asyik browse for more inspiration for wedding dresses, semua gambar baju-baju designer yang i tunjuk dia cakap "cantik", "haaa..okay!" dengan nada sarcastic. Urghhhh!

dalam planner MS OneNote i, ada banyak gila gambar wedding dresses yang i ambil dari internet for reference kononnya. reference hek mu, lagi rambang mata adalaaa!! konon-konon i punya taktik bijak ialah nak mix and match designs yang i suka untuk jadi dresses i for all events. contohnya nak leher dress macam design Rizalman A, beading details macam design Syomir C, kain yang flowy macam design Rizman Ruzaini B, veil macam design Unaisah D, maka jadilaa dress i yang simple tapi malatop itu. malangnya, ia tidaklah semudah itu ye B2B sekalian. especially kalau kamu ada nafsu serakah seperti SK. kalau dah semua design pun kau nampak cantik, macamana nak decide which one will be yours???

and i just have less than five months before the actual day, bhai! i'm dead man, seriously.

Brrrrr...untuk meredakan hati sendiri di samping menyerikan blog syok sendiri ini, i akan selitkan beberapa gambar dari folder i dalam entry nie. actually, tanpa i sedar baru i perasan designer yang paling banyak designs nya dalam folder i ialah dari Rizalman. kemain kan kau SK, perasan gila nak pakai baju Rizalman. beli lembu sekor pun murah sikit dari baju Rizalman yang seriously gorgeous itu tauhu tak? whatever it is, i tetap bangga sebab at least i ada jugak his special collection 20 by Rizalman yang jual kat Tesco tuuu. even maybe materialnya tak semahal designs kebiasaannya, feeling bila pakai kebaya lace nya itu tetaaap elegan hokayy! and btw, i dah nekad baju tu nanti buat jadi hantaran jee since memang Mr. A yang belanja i that baju. hantaran kebaya dari Rizalman okaayyyy, kau adaa? LOL

ok ok, cukuplah. sementara i berdoa satu hari nanti i akan mampu hire Rizalman untuk buatkan baju raya i or maybe baju wedding anak i (berangan itu free,tahu?), i akan tengok jelaa gambar-gambar ini sambil berharap ada tailor mur mur yang pandai buat dress kekonsep macam designs beliau dan lain-lain seperti di bawah.







till then! :)