Tuesday, 16 July 2013

TERKINI.


Lama betul aku menyepi dari dunia blog ni. Tipulah kalau cakap tak rindu. menulis ni dari dulu memang one of my huge passion. tapi memang sangat sangat sangat sangat sibuk lately dengan kerja, dengan life sendiri, sampai terpaksalah ketepikan dulu blog ni.

Dalam sibuk-sibuk tu, tetap jugaklah update dengan facebook,instagram semua. cuma nak tulis blog kena ambik masa yang betul-betul sesuai, mood pun kena tengok jugak mari ke tak. jikalau tidak nescaya sia-sia cubaan nak menulis tu.

baik, selesai perenggan pertama : alasan tak update blog.

1. KAHWIN / MARRIAGE

Alhamdulillah, aku dah selamat diijabkabulkan dengan Mr. A pada 20 Disember 2012. dari mula aku dengan dia plan kawen-kawen ni, aku dah cakap kat dia yang tak payah pikir pasal nak sekali lafaz kee, dua kali lafaz kee, sekali lafaz dua nafas ke, hahaha yang paling paling penting ialah aku nak dia (kami) treasure that moment. dan alhamdulillah, Mr. A sambut akad dengan sekali lafaz dan jujurnya aku betul-betul treasure moment tu. rasa nervous, bergelodak perut, syahdu, dan akhirnya lapang dada - semuanya aku rasa dan masih ingat sampai sekarang. tak blurry langsung perasaan masa tu. aku masih boleh terbayang muka ayah, muka emak, muka Mr. A waktu tu sampai sekarang. indah.

Reception kami pada 22 dan 23 Disember 2012. Keduanya buat di rumah masing-masing. Alhamdulillah, walaupun ada terkurang sana sini, tak puas hati sikit itu dan ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. sesungguhnya, life selepas kawen lah yang perlu lebih banyak tumpuan dan perancangan. :) ada beberapa perkara dalam wedding kitorang yang aku sangat sangat suka dan terasa nak menulis review.  errr, feeling sangat niieee dah kawen 6 bulan lebih tetappp nak buat wedding review??! LOL but yeah, banyak benda nak cerita pasal majlis kawen ni, tapi slow-slow lah ya. Blog ni bukan ada readers pun, hehehe tapi nak tulis untuk memori dan syok sendiri muahahaha! Ringkasannya dulu ya..!


WEDDING DRESS
1. Akad Nikah :
RTW Jovian Mandagie for me
Omar Ali Alamanda, Putrajaya (tempah) for him

2. Majlis Bersanding :
Ryan Riezmel for both

3. Majlis Bertandang :
Ryan Riezmel for both

OFFICIAL PHOTOGRAPHER

1. Akad Nikah & Sanding :
Nasirzin Photography

2. Majlis Bertandang :
Promise Photography

KATERING

1. Akad Nikah & Sanding :
Gotong-royong

2. Majlis Bertandang :
Jintan Manis Catering

MAKE UP

1. Akad Nikah : Kak Nazarha
2. Majlis Sanding : Farah
3. Majlis Bertandang : Izyan Jamil

RANDOM

1. Tudung Nikah : Sugarcraft
2. Tudung Bersanding : Tudung Bawal RM10, Pekan Jitra (love!)
3. Veil Bersanding : Half moon Jalan TAR
4. Kasut Nikah & Sanding : Vincci (kasut lama, yang rupanya ditakdirkan untuk jadi kasut wedding saya juga, happy!)
5. Kasut Bertandang : beli kat The Mines



2. HONEYMOON

^_____^  tiga hari lepas majlis bertandang, kami terus fly ke Bali, Indonesia untuk honeymoon. Allahuakbar, walaupun bajet kami dah betul-betul lari masa tu tapi happy sangat-sangat dapat went abroad together for the first time. dan masyaallah memang Bali sangat cantik! kami di sana 5 hari 4 malam - 2 malam di Kuta, 2 malam di Ubud. insyaallah nak sangat tulis entry pasal ni. great experience, beautiful memory.

3. KARIER

Aku masih di department yang sama, cuma bertukar Unit yang baru, dan lebih mencabar. aku cuba lah nak bertahan selagi mampu di sini sebab aku suka core business nya, kena dengan jiwa dan bidang study aku tapi aku kena banyak belajar dan bersabar dengan kerenah colleagues dan bosses yang macam-macam perangai. Mr. A masih bekerja macam biasa, cuma masih mengejar impian sebenar.  jujurnya aku respect dengan semangat dia dan insyaallah aku berdoa dia dipermudahkan semua.

ahhh seronoknyaaaa menulis! :) till then!

No comments: