Showing posts with label ourlilcempedak. Show all posts
Showing posts with label ourlilcempedak. Show all posts

Tuesday, 30 January 2018

Dugaan Anak Tak Sihat

Sepatutnya petang isnin lepas, kami bertolak ke JB sebab the next morning ada meeting. Plan nak sampai awal sikitlah nak rehat sebab jumaat sabtu ahad sebelum tu aku dah macam zombie kat rumah prepare all input. Mujur kebetulan Fatin ada boleh tolong jaga both cempedaks.

Tapi batuk dan nafas Ian makin teruk. Pukul 5pm pegi klinik, maka Ian first time kena neb. No improvement, doktor terus tulis surat refer hospital. Aku steady lagi time tu.

Sampai triage emergency Hospital Putrajaya, bila nurse yang observe nafas Ian terus ajak aku jalan laju-laju masuk yellow zone, aku dah cuak. Dari pukul 7.00malam sampai 2.00 pagi kami berkampung kat situ. Sepanjang tempoh tu Ian kena 3x neb, masuk hydrocort, x-ray. Sepanjang tempoh tu jugak aku dok mintak kat doktor nak discharge dengan alasan nak pindah hospital swasta tapi doktor tak bagi. Bagitau ada neb machine kat rumah pun tak bagi😷 "His condition is serious and he's still a baby, just wait here we'll put him as a priority ok". Baiklah.😌

Pukul 2.30 pagi Ian discharged dengan sebeban advice and reminders sebab dorang tau aku nak ke JB. Pukul 4.00 pagi kami atas highway, aku dah siap mandi pakai baju nak pi meeting sebab dah tau dengan keadaan mengantuk ni konfem takleh sampai dalam tiga jam setengah (usual drive).🙃

Tak boleh nak describe keadaan masa tu. Headache, exhausted, lelap kejap-kejap dalam kereta pun mimpi pasal meeting, whatsapp here and there mintak tolong n confirm things OMG😂

Maka meeting yang dah start pukul 9.30am, urusetia sebenar masuk bilik mesyuarat pukul 10.20am😅habis heavy meeting berangan nak qada tido, kesudahannya berkejar pegi Hospital Sultanah Aminah pulak. 2x neb di situ. Alhamdulillah malam tu Ian sampai hari nak balik putrajaya tu dia ok ☺️

Selain husband yang memang power and helpful, thanks jugak Stress Away, Peppermint, Lavender, Frankincense and Thieves essential oil to help baby and keep mommy in her sanity.😬🙃


Noah? Happyyy all the time sebab tak payah pegi school, tido hotel and mandi kolam🙄😂


Alhamdulillah, Allah ada.
Emergency Hospital Putrajaya - dalam kerisauan kat anak sendiri, menunggu di sini buat kita insaf tengok ramai lagi yang lebih kritikal huhuu..
T__T ini muka adik lepas dah abes melalak kena cucuk
Emergency Hospital Sultanah Aminah, JB




Thursday, 21 May 2015

Growth Spurt / Beralih Bulan

less than a month, our little cempedak akan cukup setahun.

Ohmaii, betul-betul rasa macam mimpi. setahunnn?? being a mother, kadang-kadang masa tu rasa macam cepat gila kot, tapi kadang-kadang rasa macam LAMA NYAA hahaha sape yang dah jadi mak jelah yang betul paham maksudku itu.

well, pasal growth spurt atau konsep beralih bulan ni. sebenarnya, benda ni bukan mitos ye. ini ialah fakta yang benar, even paed si cempedak pun cakap benda yang sama. cuma, simptom dia berbeza-beza ikut budak dan baby. macam NZ, sejak ahad lepas dia diarrhea. kesiannnn, sejam sekali dia akan poo poo, memang letih dan extra cranky tapi alhamdulillah selera makan dia ok dan tak demam.

Growth spurt ni macam-macam simptom dia. ada baby yang umur 4-6 bulan, ada masanya korang akan perasan dia macam tido lebih lama dari biasa pastu korang freak out dan pegi check dia nafas ke tak. well, i did! huhuhu first baby kann, semua benda pun nak freak out. well, tido lebih lama tu pun salah satu simptom dia. the next day you realise tetiba badan dia macam naik mendadak atau tetiba nampak makin panjang. Ahaaa..itulah sebenarnya growth spurt!

well, berbalik pada cerita NZ. dari ahad dia cirit-birit, isnin aku ambil EL untuk monitor. rasa lega sebab dapat fully breastfeed dia so tak risau kesan-kesan lain kalau dia minum formula milk. huhu since breastpump aku rosak haritu, memang NZ breastfeed masa dia dengan aku je. during office hour dia minum frisolac. :( :( cumanya sebab sekarang dia dah makan solid food, dia minum susu just sebelum dia nap je, usually dua kali waktu siang.

disebabkan cirit-birit dia, celah kangkang bontot pun naik rashes teruk. currently, NZ diberi dua jenis krim. semalam start guna, insyaallah later i will write a review. kulit NZ ni quite sensitive, ada simptom mild eczema.



till then!

Wednesday, 7 January 2015

Kisah Batuk dan Flu Anak : Sonotron Treatment

ini #throwback punya cerita.

kisahnya Noah mula dengan selesema malam. tak taulah apa punca dia dapat selesema tu tapi baby nak besar biasalah memang akan test immune system dorang dengan macam-macam sakit. kita sebagai parents lah yang kena alert dan selalu monitor.

sehari dua dia selesema, makin teruk meleleh-leleh. susah tak tido sebab hidung tersumbat, lepas tu datang batuk pulak. Allah kesian sangat tengok dia batuk, bergegar-gegar badan dia yang sado tuu. kalau terbatuk masa tengah tido memang konfem terjaga dan nanges. cranky, merap, tak yah cakap laa memang kesian sangat.

tiga empat hari pertama Noah sakit camni, aku buat almost everything home made remedy yang aku google (reliable source jelah) dan dapat advice dari kawan-kawan. alhamdulillah, tak sure lah cara mana satu yang serasi dengan Noah - tapi memang kurangkan flu dan batuk dia. Cara apa?

1. kerapkan mandi - untuk buang panas dalam badan. noah mandi 3x sehari sepanjang dia flu dan batuk tu. 9.00 am, 2.00 pm, 5.30pm.

2. treatment stim dan tepuk percussion - untuk cair dan buangkan kahak/lendir. yang ni kami hubby and wife buat every morning lepas dia bangun tido. letak air panas dalam baldi, masukkan vicks baby sikit dalam air, ketuk 3 ulas bawang putih campak dalam air, lepas tu tonggengkan Noah biar muka dia kena wap air panas tu. then, tepuk-tepuk belakang baby. cara tepuk pun ada skill hokayy sila google! aku pegang baby, dan husband join Noah tunduk kena wap panas tu sebab nak make sure haba tu bearable for him and of course for moral support. Noah memang merengekkk nanges sepanjang treatment tapi hingus dia meleleh banyaaaaak. dia berak pun berlendir-lendir. lepas treatment, bagi nen nen, memang konfemm dia tido nyenyak terus.

3. minyak bawang putih - bakar 3 4 ulas bawang putih dalam kuali, masuk dalam bekas, tuang minyak extra virgin coconut oil, lenyek-lenyekkan bawang tu biar sebati dengan minyak. Pastu, minyak tu kerapkan sapu tapak kaki, betis, dada dan belakang baby. jangan sapu banyak sangat sebab panas.

4. rawatan sonotron - yang ni aku dapat tau dari member. rawatan ni tak guna ubat, tak sakit, cuma terapi yang guna gelombang. tak ingat dah aku apa istilah saintifik dia, you can always google for details. lepas searching bagai, kami decide ke klinik dr. fauziah dekat area sungai tua. jauhh uols dari rumah tapi demi Noah takpelah. oleh kerana terapi ni digalakkan buat beberapa kali, terpaksalah aku half day empat hari berturut-turut. kepada sesapa yang nak pegi klinik dr ni please lah jangan guna waze sebab memang konfem akan sesat barat macam kitorang. boleh google untuk detail alamat klinik tu since aku taip entry ni laju-laju tazzzabar nak balik keja. klinik tu sangat selesa, ada sofa dan play centre untuk menunggu, ada nursing room, best best.

5. Rawatan Sonotron tu camana? - dia pakai alat sonotron tu dan halakan ke dada kiri dan kanan, belakang baby kanan dan kiri, serta hidung baby. alat ni keluarkan gelombang yang akan masuk dalam badan baby untuk bantu pergerakan molekul-molekul dalam badan baby yang tak sihat tu, serta cairkan kahak. pembantu dr.fauziah tu cerita kesannya pesakit akan muntah atau maybe berak berlendir. macam Noah, berak dia memang keluar kahak banyak lepas tu. menariknya sonotron ni bukan untuk batuk je..sesuai jugak untuk orang dewasa yang sakit lutut, sendi, diabetes dll.

Alhamdulillah, lepas lebih kurang seminggu memang Noah sihat 100% tanpa pegi klinik, tanpa ubat. Cuma mommy daddy dia lahh yang penat sikit melayan cranky dan travel jauh-jauh untuk terapi. well, anything for our babies kannn?

inilah alat untuk rawatan sonotron tu heee macam hairdryer kann? :)

Monday, 5 January 2015

Noah's First Solid Food!

Noah cukup enam bulan 9 Disember 2014 tapi 26 Disember 2014 baruuu kitorang start bagi dia makan. instinct emak tu memang selalunya betul kannn? instinct aku dari awal ialah Noah memang bukan jenis makan memilih, bukan picky eater. dan, alhamdulillah sampai sekarang dah tiga jenis puree buah yang kitorang suapkan memang dia makan je.

puree buah pertama yang Noah makan ialah puree epal. Heee tak sempat ambil gambar tapi subhanallah, memang seronok tengok reaksi dia makan for the first time tuu. muka kerut-kerut, lepas tuu kepala terhayun-hayun, tangan tergagau-gagau nak lagi.

puree kedua : avocado! kerlass kau Noah, mommy yang dah nak masuk three series ni laaa baru tau apa rasa avocado ni hahaha anything for you baby.

puree ketiga : betik!

so, macam mana buat puree ni?

senang jee.

Resepi Puree Buah :

1. kupas buah
2. potong kecik-kecik
3. rebus / stim
4. blend sampai halus
5. tapis jika perlu
6. ready to serve! (boleh campur dengan susu kalau nak)

Jumaat ni, Noah cukup tujuh bulan. semoga mommy istiqamah untuk bagi kamu makan homemade food since niat nak fully bf sampai dua tahun terkandas sampai enam bulan saja. Still, mommy tak give up. masih pumping everytime ada masa. kalau kat rumah dengan baby memang NO formula milk!

in another note, i am still in the same old department. da mula rasa pressure awal-awal tahun ni dengan high expectation from top management. rasa macam nak mintak tukar pon ada. maybe i do need a new environment, new challenge, kann? Hmmmm.


Noah tido di bawah meja mommy, sobbss! my room ada sofa hokayy tapi since ofis ni letrik nya takleh control sendiri nak bukak ke tutup lampu, so bawah meja je paling selesa dia nak tido sebab cahaya tak silau. itu ponn 20 menet jee tido haa..atas lengan mommy jugaak sejam lebih dia tido. sebelah tangan mommy buat paperwork, sebelah lagi pangku cempedak lapan kilo. >___<


till then!! 

Tuesday, 28 October 2014

Kisah Berak Anak

Hello!

Just a short entry nak update perkembangan little cempedak kami, Noah Zafrel.

alhamdulillah, dah 4 bulan lebih. setiap hari ada je akal dan skill baru yang dia dapat. terkini, tido sambil hisap jari. allah..cute sangat rasa macam nak gomol cium-cium everytime tengok dia camtu tapi tahan nafsu jelaa kang terjaga melalak satu hal pulak kann tengah-tengah malam haha..

Mr. A dengan i memang tak pernah tetapkan apa-apa target dalam perkembangan anak. soalan "baby dah pandai buat apa?", "baby dah pandai meniarap?" dan sewaktu dengannya memang kami tak pernah ambil serius sangat. macam noah, dia dah pernah meniarap tiga kali kot hahaha lepas tu dia dah tak nak. mungkin dia rasa untuk pusing badan dia yang almost 8kg tu agak susah at the moment. no biggie sayang, meniarap je bebila kamu rasa nak ye. kalau nak bangun terus jalan pun mommy and daddy suka senang nak bawak travel muahahaha..

baru-baru ni, Mr. A dengan i risau sangat sebab tiga hari noah tak berak. okayy, sebenarnya newborn baby ni normal je kalau jarang berak especially kalau fully breastfeed tapi hehh, siapa sangka bila dah jadi mak mak ni isu berak pun krisis hokeyy. tambah risau (dan kelakar sikit) sebab noah kerap kentut BUSUK gilaaa! Hahahaha sumpah kelakar bila kitorang dalam keta tetiba bau busuk. selalu seblom ni memang keja Mr. A laaa jenis kentut senyap-senyap tak bagi warning ni kannn. tapi beria dia cakap bukan dia, sampai i pun kena marah hahaha..so mula-mula tu ingatkan okayy bau dari luar kott or hidung terlebih peka kott tapi rupanyaaaaa, si kecikk tu punya kentut!!

Haaaa, berbalik pada topik noah tiga hari tak berak tapi kentut busuk. apa yang kami buat?

1. sembang dengan baby suruh dia berak. haha serious, tiap kali dia kentut busuk i akan cakap haa nak keluaq dah tu kann syg? pandainyaaa, berak ja tauu dont worry nanti daddy tukaq pampers. LOL

2. Keep on breastfeeding kerap-kerap.

3. setiap kali lepas mandi, masa nak siapkan baby tu kita bagi baby exercise sikit. baringkan baby, angkat kaki dia dua-dua belah bengkokkan rapat ke perut (yang ni noah macam tak berapa berjaya sebab demok), lepas tu gerak-gerakkan macam orang kayuh basikal tu. haaa ulang beberapa kali everyday. insyaallah konfem baby akan kentut dan berak lepas tu.


Till then!

Monday, 13 October 2014

Tips / Tricks Handle Newborn Baby

Kemain tajuk kauu baru 4 bulan jadi mak orang da nak kasi tips konon! Hahaha but yes, nak jugak tulis kat sini share my experience handle our lil cempedak tu since day 1 sampai sekarang. hopefully apa yang i tulis ni dapat bantu semua first time mothers jugak but bear in mind, EVERY babies are different. dan ni cuma experience i dengan my little boy, maybe it will works with your baby too and, maybe not. apa-apa punnn, enjoy every moment ok!

:)

First Month :

untuk pengetahuan semua, i bersalin secara ceasarian or operation. masa pregnant 38 weeks, doktor azmi dah detect our lil cempedak tu positionnya breech. kepala dia kat perut sebelah kanan and bontot dia kat perut sebelah kiri. lol comel kann! so since that check up, i buat macam-macam petua untuk betulkan baby songsang - pujuk-pujuk baby, sujud lama-lama, main chuu chakk chuu chakk dengan torchlight, sapukan air zamzam kat perut, minum air doa-doa, TAPI last check up baby Noah still prefer lepak kat atas tak mau turun so doktor azmi kasi date untuk i check in dan operate terus.

detail nanti next entry. i cuma nak ceritakan pengalaman handle baby lepas operate kat hospital. i kena tahan wad 3 hari. lepas je keluar dari dewan bedah tu, dorang tolak i masuk dalam satu bilik besaar, i rasa i sorang je dalam tu kott. masa tu kepala tingtong, badan letih rasa macam nak tido tapi takleh lelap,silau mata dengan lampu atas kepala. tiba-tiba nurse datang letak baby Noah atas dada. Allahuakbar, macam pelik n nak nanges tengok baby raba-raba breast and terusss menyusu. tak lama lepas tu, i pun tertido sedar-sedar bila nurse datang amik baby, dia cakap nanti sambung nyusu dalam wad yee..

and that was the beginning.

i transfer je ke wad, baby Noah terus nak menyusuu jee. dia tak mau tido dalam bassinet yang hospital bagi tu, dia nak tido sambil menyusu, celah ketiak. everytime my husband or mak angkat je dia, nanges. nanges dia pulak ya Allah, satu level bole dengar hahaha.. So, tiga hari i kat wad -- tiga hari jugaklah baby dok kat celah ketiak. sakit operate tak hilang lagi, dah terpaksa baring mengiring untuk susukan baby, tak nyenyak tido sebab kena pantau baby takut dia lemas.

so, untuk semua bakal ibu --- bulan pertama hingga bulan kedua tuu,

TIPS 1 : please lah banyakkan bersabar. baby kita tu baru adapt dengan dunia baru. EVERYTHING pun baru bagi dia even udara yang dia sedut dan kena pada skin dia. satu-satunya yang dia kenal ialah kita, her mother. so peluklah dia, bisik-bisik tenangkan dia, menyusu lah dia selagi dia mau, paling penting positifkan diri ok. sumpah memang penat gilaaaa dua bulan pertama ni especially kalau baby korang macam baby Noah yang kuat ngempeng dan kuat menangis. kita pulak dalam pantang, tengah sakit lagi, aiskrim coklat semua tak leh makan, so memang stress. honestly, i pun menangis jugak beberapa kali dalam tempoh ni. especially tengah-tengah malam baby nanges, husband semua da tido keletihan, tapi kita kena bangun jugak menyusu. sekarang ni bila ingatkan balik, memang rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya kuatkan semangat untuk fully bf baby Noah, no bottle, no pacifier (well, da cuba bagi tapi dia reject,chehh!).

TIPS 2 : Belajar untuk let go perkara-perkara kecil. i bagi contoh pengalaman i lah kann. masa pregnant lagi dah study yang tak boleh bagi air masak untuk baby. tapi mak i awal-awal dah offer untuk bagi baby Noah minum air masak pakai syringe, mak i cakap baby haus sebab tu asyik nanges. cakap elok-elok, orang tua tu still degil nak bagi siap mak dah sentap-sentap pulak Allah memang stress. last sekali i cakap boleh bagi baby minum tapi air zamzam je, tak mau air masak. lepas tuuu, cuci bontot baby punn satu hal. orang tua kann biasalah mata tak berapa nampak, dah lap-lap pun kekadang still ada lagi taik sikit-sikit. so bila husband i pulak yang cuci next poo poo, dia pun bagitaulaa kat mak i, dah sudahh mak i pun sentap terasa ingat kitorang kata dia tak pandai jaga cucu. all these things mungkin bunyinya remeh tapi percayalah bila dalam keadaan letih dan sakit berpantang, benda-benda camni memang akan buatkan kita rasa stress sangat. masa tu i dah tak tahan sangat, i slow talk direct dengan mak. cakap terus-terang. nanges jugaklah tapi lepas tu lega sikit.

TIPS 3 : Put your baby first. apa pun yang kita nak buat, fikirlah untuk baby dulu ok. contoh : mengantuk sangat tapi baby nak menyusu - menyusu sambil baring or sandar so boleh lelap sekali. janji dengan kawan or appointment doktor pukul 10pagi tapi baby mengamuk tak sihat - call kawan bagitau kite lambat, reschedule appointment. ahh, u got what i mean kan? always put our baby first.

TIPS 4 : Banyakkan bertanya, banyakkan membaca, asking for help. ini straight forward punya tips. google je anything yang korang rasa curious, unsure, confirm akan ada pandangan or solution. pastikan ada 3-4 orang kawan-kawan positive mommies yang korang boleh ambush whatsapp 24/7 kalau ada pape yang korang nak tanya or sekadar meluahkan perasaan. you need it.

TIPS 5 : Banyakkan doa, banyakkan zikir. ok mungkin ini patut jadi Tips 1. masa dalam pantang, badan kita lemah. memang macam-macam anasir suka mengganggu jiwa kita. nak habiskan tempoh pantang bagi i, memang sangatlah seksa. so zikir banyak-banyak masa menyusu baby memang membantu. surah ruqyah, Al-Baqarah tu memang setiap kali maghrib sampai ke tengah malam pun kitorang play je, alhamdulillah bantu baby Noah yang asyik cranky. i jugak personally mintak husband dan mak doakan i kuat dan sihat so boleh handle baby.

TIPS 6 : Beli semua barang keperluan SEBELUM baby lahir. barang keperluan je ya, barang tak berapa perlu macam stroller bagai tu takpee. contohnya - minyak baby (i pakai minyak telon anugerah,best!), krim bontot baby (i pakai drapolene,best!), rocker or buaian (if you think you need it- sesuai untuk baby yang kuat cranky), nipple cream (i pakai brand medela,best!), cotton bud baby, wet wipes (i pakai pureen, best!), etc etc google jelahh akan keluar macam-macam list.

TIPS 7 : Once in a while, do things for yourself. macam i sepanjang bulan pertama n kedua tu boleh kira berapa kali je i betul-betul sikat rambut LOL serious weh baby Noah memang clingy habiss. so mommies to be, sesekali bila baby dah tido silalah buat apa-apa yang buatkan korang happy. contoh - mandi lama-lama, sikat rambut depan cermin lama-lama, tungku lama-lama, peluk husband, call your bff, minum hot choc, insyaallah you will feel better.


setakat ni, ini jelaa yang mampu terfikir dek akal. nanti kalau ada lagi yang teringat, i tambah yer. all the best kepada semua bakal ibu, semoga Allah permudahkan kita semua untuk jadi ibu hebat buat anak-anak --- saham akhirat kita, insyaallah!



Till then!!



Wednesday, 8 October 2014

UPDATE!

Masyaallah lamaaanyaaaaaaaaa tak update blog sobbss! alhamdulillah, dah selamat bersalin 9 Jun 2014 lepas. two days before husband's birthday. and yes, it's Gemini BOY! Heeee sejak 9 Jun 2014 tu jugak, hidup kitorang laki bini turn upside down 360 darjah. first timer parents kann biasalaa memang agak culture shock mula-mula tuu tapi alhamdulillah lama-lama semua pun okay.

esok, genap babyN 4 bulan. Allah, how time flies kannn!? entry pengalaman bersalin, pengalaman pantang, nanti i update okay. sebab ni kat ofis, and those entries need 100% focus untuk mengimbas kenangan.

proudly present our little cempedak, Noah Zafrel, born on 9th June 2014, weight 3.24kg, ceasarian, at Hospital Putrajaya.



wallpaper PC ofis, sambil pam susu sambil tengok muka anak. falling in love berkali-kali!