Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Tips / Tricks Handle Newborn Baby

Kemain tajuk kauu baru 4 bulan jadi mak orang da nak kasi tips konon! Hahaha but yes, nak jugak tulis kat sini share my experience handle our lil cempedak tu since day 1 sampai sekarang. hopefully apa yang i tulis ni dapat bantu semua first time mothers jugak but bear in mind, EVERY babies are different. dan ni cuma experience i dengan my little boy, maybe it will works with your baby too and, maybe not. apa-apa punnn, enjoy every moment ok!

:)

First Month :

untuk pengetahuan semua, i bersalin secara ceasarian or operation. masa pregnant 38 weeks, doktor azmi dah detect our lil cempedak tu positionnya breech. kepala dia kat perut sebelah kanan and bontot dia kat perut sebelah kiri. lol comel kann! so since that check up, i buat macam-macam petua untuk betulkan baby songsang - pujuk-pujuk baby, sujud lama-lama, main chuu chakk chuu chakk dengan torchlight, sapukan air zamzam kat perut, minum air doa-doa, TAPI last check up baby Noah still prefer lepak kat atas tak mau turun so doktor azmi kasi date untuk i check in dan operate terus.

detail nanti next entry. i cuma nak ceritakan pengalaman handle baby lepas operate kat hospital. i kena tahan wad 3 hari. lepas je keluar dari dewan bedah tu, dorang tolak i masuk dalam satu bilik besaar, i rasa i sorang je dalam tu kott. masa tu kepala tingtong, badan letih rasa macam nak tido tapi takleh lelap,silau mata dengan lampu atas kepala. tiba-tiba nurse datang letak baby Noah atas dada. Allahuakbar, macam pelik n nak nanges tengok baby raba-raba breast and terusss menyusu. tak lama lepas tu, i pun tertido sedar-sedar bila nurse datang amik baby, dia cakap nanti sambung nyusu dalam wad yee..

and that was the beginning.

i transfer je ke wad, baby Noah terus nak menyusuu jee. dia tak mau tido dalam bassinet yang hospital bagi tu, dia nak tido sambil menyusu, celah ketiak. everytime my husband or mak angkat je dia, nanges. nanges dia pulak ya Allah, satu level bole dengar hahaha.. So, tiga hari i kat wad -- tiga hari jugaklah baby dok kat celah ketiak. sakit operate tak hilang lagi, dah terpaksa baring mengiring untuk susukan baby, tak nyenyak tido sebab kena pantau baby takut dia lemas.

so, untuk semua bakal ibu --- bulan pertama hingga bulan kedua tuu,

TIPS 1 : please lah banyakkan bersabar. baby kita tu baru adapt dengan dunia baru. EVERYTHING pun baru bagi dia even udara yang dia sedut dan kena pada skin dia. satu-satunya yang dia kenal ialah kita, her mother. so peluklah dia, bisik-bisik tenangkan dia, menyusu lah dia selagi dia mau, paling penting positifkan diri ok. sumpah memang penat gilaaaa dua bulan pertama ni especially kalau baby korang macam baby Noah yang kuat ngempeng dan kuat menangis. kita pulak dalam pantang, tengah sakit lagi, aiskrim coklat semua tak leh makan, so memang stress. honestly, i pun menangis jugak beberapa kali dalam tempoh ni. especially tengah-tengah malam baby nanges, husband semua da tido keletihan, tapi kita kena bangun jugak menyusu. sekarang ni bila ingatkan balik, memang rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya kuatkan semangat untuk fully bf baby Noah, no bottle, no pacifier (well, da cuba bagi tapi dia reject,chehh!).

TIPS 2 : Belajar untuk let go perkara-perkara kecil. i bagi contoh pengalaman i lah kann. masa pregnant lagi dah study yang tak boleh bagi air masak untuk baby. tapi mak i awal-awal dah offer untuk bagi baby Noah minum air masak pakai syringe, mak i cakap baby haus sebab tu asyik nanges. cakap elok-elok, orang tua tu still degil nak bagi siap mak dah sentap-sentap pulak Allah memang stress. last sekali i cakap boleh bagi baby minum tapi air zamzam je, tak mau air masak. lepas tuuu, cuci bontot baby punn satu hal. orang tua kann biasalah mata tak berapa nampak, dah lap-lap pun kekadang still ada lagi taik sikit-sikit. so bila husband i pulak yang cuci next poo poo, dia pun bagitaulaa kat mak i, dah sudahh mak i pun sentap terasa ingat kitorang kata dia tak pandai jaga cucu. all these things mungkin bunyinya remeh tapi percayalah bila dalam keadaan letih dan sakit berpantang, benda-benda camni memang akan buatkan kita rasa stress sangat. masa tu i dah tak tahan sangat, i slow talk direct dengan mak. cakap terus-terang. nanges jugaklah tapi lepas tu lega sikit.

TIPS 3 : Put your baby first. apa pun yang kita nak buat, fikirlah untuk baby dulu ok. contoh : mengantuk sangat tapi baby nak menyusu - menyusu sambil baring or sandar so boleh lelap sekali. janji dengan kawan or appointment doktor pukul 10pagi tapi baby mengamuk tak sihat - call kawan bagitau kite lambat, reschedule appointment. ahh, u got what i mean kan? always put our baby first.

TIPS 4 : Banyakkan bertanya, banyakkan membaca, asking for help. ini straight forward punya tips. google je anything yang korang rasa curious, unsure, confirm akan ada pandangan or solution. pastikan ada 3-4 orang kawan-kawan positive mommies yang korang boleh ambush whatsapp 24/7 kalau ada pape yang korang nak tanya or sekadar meluahkan perasaan. you need it.

TIPS 5 : Banyakkan doa, banyakkan zikir. ok mungkin ini patut jadi Tips 1. masa dalam pantang, badan kita lemah. memang macam-macam anasir suka mengganggu jiwa kita. nak habiskan tempoh pantang bagi i, memang sangatlah seksa. so zikir banyak-banyak masa menyusu baby memang membantu. surah ruqyah, Al-Baqarah tu memang setiap kali maghrib sampai ke tengah malam pun kitorang play je, alhamdulillah bantu baby Noah yang asyik cranky. i jugak personally mintak husband dan mak doakan i kuat dan sihat so boleh handle baby.

TIPS 6 : Beli semua barang keperluan SEBELUM baby lahir. barang keperluan je ya, barang tak berapa perlu macam stroller bagai tu takpee. contohnya - minyak baby (i pakai minyak telon anugerah,best!), krim bontot baby (i pakai drapolene,best!), rocker or buaian (if you think you need it- sesuai untuk baby yang kuat cranky), nipple cream (i pakai brand medela,best!), cotton bud baby, wet wipes (i pakai pureen, best!), etc etc google jelahh akan keluar macam-macam list.

TIPS 7 : Once in a while, do things for yourself. macam i sepanjang bulan pertama n kedua tu boleh kira berapa kali je i betul-betul sikat rambut LOL serious weh baby Noah memang clingy habiss. so mommies to be, sesekali bila baby dah tido silalah buat apa-apa yang buatkan korang happy. contoh - mandi lama-lama, sikat rambut depan cermin lama-lama, tungku lama-lama, peluk husband, call your bff, minum hot choc, insyaallah you will feel better.


setakat ni, ini jelaa yang mampu terfikir dek akal. nanti kalau ada lagi yang teringat, i tambah yer. all the best kepada semua bakal ibu, semoga Allah permudahkan kita semua untuk jadi ibu hebat buat anak-anak --- saham akhirat kita, insyaallah!



Till then!!



Thursday, 16 January 2014

the art of showing love

harini genap 19 minggu preggy.

(^_________________^)

sungguh, tak ada satu perkataan yang boleh jelaskan perasaan sekarang. seronok, terharu, excited, teruja, macam-macamlah. sebab tu, setiap kali perasaan menggebus-gebus tu datang, i cuma mampu ucap alhamdulillah.

oh maaflah, tajuk omputih tapi entry melayu kann. very the malaysian.

bila dah nak jadi mak nie, satu perkara yang selalu i kenangkan mestilah masa i kecik-kecik dulu. teringat macamana mak n ayah dulu besarkan, didik, dan jaga kami empat beradik. dan, betullah apa yang orang selalu cakap - sedikit sebanyak, cara kita dibesarkan dulu mencorak pembawakan diri kita masa kita dah dewasa.

kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga dan cara yang sangat sederhana. ayah kerja, mak suri rumah sambil ambil upah mengasuh anak orang. darjah 1 sampai darjah 6 bawak duit belanja 50 sen sehari (kat kampung panggil lima kupang). memang susah hidup kami tapi cukup makan pakai. baju sekolah berganti baru walaupun sepasang tiap-tiap tahun. buku rujukan, yuran sekolah bagai tetap langsai dibayar walaupun ada yang terlajak sampai pertengahan tahun.

mak dan ayah sibuk kerja keras cari duit. seingat-ingat i masa zaman kanak-kanak n sekolah rendah dulu, dua kali je kami satu family betul-betul pegi vacation. first, pegi langkawi itupun jiran lama kami yang banyak sponsor sebab dia kaya. second, naik keretapi pegi penang. i masuk universiti baru merasa tengok wayang.

:')

mak dan ayah memang jarang sangat-sangat belanjakan duit pada kami dengan beli hadiah, melancong ke, memang tersangatlah jarang. tapi, bab makan memang diorang tak pernah berkira. cakap je i nak makan apa, insyaallah nanti adalah mak i masakkan atau ayah belikan. teringat dulu UPSR dapat 4A 1B, siap tanya mak takde hadiah ke? budak-budak kann, tengok kawan-kawan lain dapat 1A, 2A pun parents bagi hadiah tapi mak ayah kita tak kasi pape, peluk cium pun tak. sekarang ni bila ingat balik rasa macam sedih pulak. mesti mak terasa waktu ditanya tu kann.

memang mak ayah i tak pandai tunjukkan sayang pada anak-anak - dalam perkataan atau sentuhan. dan jujurnya, perkara ni beri kesan pada i sampai sekarang. kesannya, i pun tak pandai nak tunjukkan sayang melalui perkataan dan sentuhan. trust me, even my husband noticed and i hate it. maksud tak pandai ni bukanlah i ni kerasss sokmo 24 jam hahaha tapi masa mula-mula kawen dulu, jarang sangat i yang initiate or tetiba saja-saja peluk, cium or cuddle with hubby. bukan sebab malu dengan husband sendiri, tapi rasa macam awkward dengan diri sendiri. nasib baik husband faham lepas kami communicate. husband i pulak jenis manja dengan mama dia, setakat peluk cium tu selalu sangat walaupun mak dia kuat pokpekpokpek hahaha..dan, alhamdulillah lama-kelamaan kurang sikit dah awkward tu.

bukan dengan husband je ye, dengan kawan-kawan pun i macamtu. maybe sebab tu, i tak ada best friend masa remaja huhuhu.. yelah, i tak pandai initiate sesuatu hubungan tu untuk jadi lebih close dengan bagi hadiah ke, spend time together lama-lama, pegi sana sini n makan sama-sama -- tak pernah i buat semua tu dengan my friends, semua i kawan sama rata, and people tend to forget me here and there. memang sedih bila diingat balik, tapi itulah hidup kan. kita belajar dari kesilapan dan pengalaman.

selain daripada tu, husband ajar i untuk lebih terbuka to express love and appreciation to others. mula-mula dulu via sms, whatsapp je tulis sayang, love you semua ni. slowly until now, both of us dah boleh communicate honestly pasal rasa sayang, cinta, rindu, sampai nanges-nanges pun pernah. masyaallah, tak pernah i sangka sebelum ni betapa leganya perasaan lepas dah meluahkan perasaan tu haha..

motif i menulis entry ni ialah, i nak declare dengan diri sendiri yang i nak jadi ibu yang baik untuk anak-anak (insyaallah). ada banyak benda yang i boleh ikut dan jadikan panduan dari cara i dibesarkan dulu, tapi ada jugak beberapa perkara yang i yakin i boleh improve to be a better mother. i percaya, anak yang sentiasa diberitahu (melalui perkataan, sentuhan dan perbuatan) mengenai how much your parents love you - akan membesar sebagai individu yang lebih yakin dengan diri sendiri, yang percaya dia berhak dapat semua yang dia mahu dalam dunia, dan takkan jadi desperate mencari cinta.

tapi semua ni perlukan usaha. we do need to learn the art of showing love, supaya tidak terkurang dan tak pulak terlebih.

:')

till then!


Monday, 30 December 2013

Of Pregnancy 1 till 4 Months



yes, i am enjoying every bits of it!
hari ni menaip entry kat office. lunch hour makan munchy's oat crunch je sebab malas nak keluar beli makanan. lagipun still kenyang breakfast two sets roti bakar tadi. well, orang pregnant ni memang lain-lain pengalaman n style dia kann. ada yang selera makan bertambah-tambah, ada yang kurang selera makan, ada yang samaaa je mcm sebelum pregnant hehee.. so entry kali ni i just want to share with all mommies to be and paling utamanya, nak simpan sebagai memori sendiri pasal pengalaman i mengandung. semoga ada yang bermanfaat. :)


1. Apa simptom sebelum tahu tengah pregnant?

kalau ada yang baca entry i sebelum ni, i buat UPT seminggu lepas missed period. sepanjang seminggu missed period tu kann, memang dubdabdubdab hati ni. everytime pegi toilet memang cuak jee nak tengok kalau-kalau ada period stain kat panties hahahaha..okayy, sebabnyaa dalam tempoh seminggu tu antara simptom yang i rasa ialah sama macam simptom tiap-tiap bulan yang i rasa masa nak datang period. perut rasa cramp, rasa macam senggugut tapi mild. lepas tu breasts rasa sakit dan tegang. cuma rasa sakit tu bukan permanent, on off gituuu. lepas tu cirit-birit. semua ni memang normal bagi i bila nak dekat-dekat datang period. sebab tu lah, i tak konfiden sangat nak buat UPT awal-awal. tapi lepas seminggu tahan sabar, i buat jugak dan alhamdulillah. :)

2. Apa yang i buat lepas UPT positif?

Ternganga dan speechless 15 saat atas toilet bowl. Hahahaha! serious. sebab honestly, i buat UPT during first urine in the morning. masa tu mamai lagi, sampai i dah terr rosakkan satu batang UPT. nasiblah UPT yang i beli tu datang dengan dua set tak ingat brand apa. So, yeah lepas both of us dah sedar yang okayy-it-is-positive, memang kami syukur sangat-sangatlah. since masa tu awal lagi n hari sabtu pulak, kami sambung tido. lepas lunch, kami pegi klinik swasta n doktor suruh buat second test. yang cuak sikit, resultnya double line tapi kabur. doktor cakap "weakly positive" dan dia advice untuk jaga diri elok-elok dan datang balik lepas dua minggu. dipendekkan cerita, lepas seminggu i buat another UPT kat rumah dan alhamdulillah double line. tapi kami pegi jugak klinik yang sama minggu yang dah set appointment tu dan doktor terus je scan. nampaklah a very tiny dot yang liplapliplap heartbeat nya. subhanallah. :')

3. Bila pegi klinik kerajaan bukak buku merah?

Untuk pengetahuan semua, both my husband and i ni memang agak konservatif sikit bab-bab pregnancy ni. Heee..long before i pregnant ni, kami dah discuss dan setuju kalau ada rezeki i pregnant nanti -- jangan bagitau sesapa even families selagi belum cukup tiga bulan. So yeah, memang kami memendam rasa jee tiga bulan tu. dua tiga hari lepas scan tu, i pegi farmasi beli asid folic dan terus amalkan makan. cukup 12 minggu, baruuu lahhh kami call parents masing-masing n bagitau berita gembira ni. masyaallah, memang sebak sangat dengar suara mak n mama kot telefon masa tu. 13 minggu pregnant, i ambik annual leave untuk pegi bukak buku merah kat klinik kesihatan presint 9, putrajaya. disebabkan tak ada pengalaman, i bajet agaknya makan masa 4 5 jam jugak kot ni tapi actually takdelaa lama sangat punn. 3 jam camtu dah settle. tak payah bawak pape masa nak bukak buku merah tu, cuma kalau tak mau boring bawak la paper ke,air ke..yang seronoknya masa check up dengan doktor, dia scan perott so boleh tengok baby lagiii. omaiii dah nampak rupa baby! keciikkk jee. tak suka masa kena ambik darah n jumpa dentist je sebab dua-dua tu memang i tak suka dari dulu.

4. Simptom masa mengandung?

overall, i am good. alhamdulillah. sampai sekarang (16weeks+) :
  • tak ada morning sickness. takde langsung muntah macam yang i selalu dengar kawan citer or tengok tv.
  • badan rasa cepat letih, asyik nak tidooo je. pukul 9 10 malam dah surrender nak tido.
  • sejak da ngandong ni, bab-bab kucing yang 6 ekor tu semuanya husband uruskan sebab doktor cakap tak elok handle najis kucing kann.
  • selera makan i so so je. most of the times, rasa macam lapar tapi tak tau nak makan apa. kesian husband penat layan i yang selalu blur bila pegi kedai makan.
  • tak boleh bau masakan orang lain. kalau i masak takpee. haha. lepas tuuu, sakit belakang sakit pinggang dah mula rasa sejak 9-10 minggu pregnant especially malam time nak tido.
  • perut kadang-kadang rasa cramp kat lower abdomen, especially malam. gynae cakap as long as takde bleeding, itu normal. perut nak membesar.
  • kerap kencing. urghh, ni memang agak mencabar sikit lah sebab kerja i jenis on the go. malas nya haihh asyik nak kena pi toilet. paling tak best, tengah tido pun camtu. solutionnya : i banyakkan minum air kosong waktu siang. malam i kurangkan, so better.
  • gatal perut dan breast. ni perasaan dia on off tapi bila dia mari tu, pehhh memang tak senang duduk hoi. mommies to be, jangan garu ye kegatalan itu nanti jadi stretch mark. solution : beli cocoa butter oil jenama palmer n bio oil, everytime lepas mandi n sebelum tido i sapu. siap husband pun tumpang sekaki hahaha.
  • first three months, setiap kali bangun pagi mesti akan berak. tak taulah ni simptom pregnant ke idak tapi this is new for me. haha..maybe sebab bila pregnant, proses pencernaan tu lambat so makanan yang dimakan petang ke malam tu dibawak ke pagi untuk dikumuhkan. Gituuu!

5. Mimpi pelik masa pregnant?

Hahaha okayy, ni nak cerita. sebenarnya kan i dah lamaa sangat tak mimpi masa tido. tapi sejak pregnant ni amboi macam-macam jenis mimpi datang. paling tak boleh lupa definitely mimpi i pegi rumah Siti Nurhaliza dan mimpi i borak-borak macam bff dengan Fasha Sandha bahahahaha! ni semua padahnya instagram, rajen sangat stalk page artis-artis ni kannn sampai terbawak dalam mimpi. as time goes by, mimpi jenis lain pun ada jugak termasuklah mimpi miscarriage. :( bangun-bangun tido terus istighfar, pegang perut n cerita kat husband. husband kata setan lah punya keja tuu huhuhu..well, sejak-sejak pregnant ni memang rajin sangat explore babycenter.com, macam-macam cerita dok baca maybe sebab tu jugaklah jadi camni. tapi sepanjang 16 minggu ni, dah dua kali i mimpi gitu. memang i selalu ingatkan diri sendiri, avoid semua cerita-cerita negatif dan yang tak best. biaselah kann, umur pun bukannya muda sangat..memang banyak cerita kurang best pasal pregnancy yang dah didengar. no no no, be positive!! :)

6.  Siapa je yang tahu pasal pregnant ni?

Both families and both best friends. dan total yang kami bagitau sendiri not less than 10 persons. officemates, bosses tak tahu. kat facebook pun takde announcement lagi. mula-mula dulu macam menggeletis jugak nak share, tapi bila fikir n discuss balik dengan husband rasa macam tak payahlahh. hehe somehow rasa macam tenang jugak macamni. perut pun tak nampak obvious kat ofis sebab pegi keja selalunya pakai baju kurung n loose outfit. sebab tu ramai yang tak perasan kot. insyaallah, soon.

7. Pantang masa mengandung?

both mak dan mama i punya pesanan, makan je pape yang i teringin nak makan. cuma ada beberapa jenis makanan jelah yang i elakkan sampai sekarang : nenas (haritu makan jugak sepotong sebab teringin sangat dok dalam rojak,gulp!), tapai, ikan pari (makan jugak sekali, time tu tak tau yang kena avoid sebab tajam), minuman yang ada kafein (kopi, teh, nescafe, milo, soda) i cuba kurangkan seminimum yang boleh (sobbss, saya ialah coffeeholic!). haa itu jelahh.

8. Suplemen / Ubat masa mengandung?

sejak 7 minggu pregnant, i start makan asid folic atas inisiatif sendiri. kawan pesan suruh makan dari mula kawen lagi tapi pemalas huhu..lepas check bukak buku merah tu, doktor cakap darah i kat border - normal n low. so i kena makan iron tablet, vitamin B complex, vitamin C, + asid folic. masuk check up kali kedua, darah i dah masuk kategori low pulak. Grrr so kena tambah makan iron tablet 2 bijik 1 hari uwaaaaa dah laaa tak sedap! husband i sangat baik, dia siap cakap kalau malas nak makan iron tablet tu, makan je sebijik sehari tapi kita banyakkan makan kerang-bayam-etc etc. natural pun natural. sobbss, so i makan semua ubat tu dengan ada jugak miss sehari dua - tunggu next check up 8 Januari ni pulak camana. Gulp! haaa lepas tu ada satu lagi suplemen yang i tengah consider untuk ambik based on research kat google dan kawan-kawan. suplemen fish oil jenama Neurogain PB. insyaallah nanti i share detail kalau i jadi consume bende alah ni.

9. Nak baby boy ke baby girl?

Nak twin sepasang boleh? Hahaha. takdelahhh, sebenarnya memang tak kisah boy ke girl. everytime lepas solat, doa i cumalah nak baby ni lahir dengan mudah, selamat, sempurna fizikal dan sihat tubuh badan. memikirkan betapa Allah tu Maha Pemurah bagi peluang dan rezeki untuk i mengandung ni pun rasa nak menangis, apatah lagi bila fikir betapa fragile nya amanah Allah dalam rahim kita ni kan mommies to be? so, i doakan semua babies dalam tummies kita ni selamat dan sihat. kalau tanya my husband, dia jawab dia tak kisah tapi i tau dia prefer boy hehe..


hmmm, apa lagi ye? feel free to ask and share your experience mommies! love to hear yours!



till then!

Saturday, 28 December 2013

Update! ^___^

woahhh betul-betul dah bersawang blog ni!

still, thank you pada semua bride to be yang still rajin baca entries kawen-kawen i sebelum ni walaupun BANYAK lagi benda yang nak cerita, nak review, tapi sampai ke sudah nan hadooo hahaha..alhamdulillah, married life been very good to me, busy sangat dengan kerja, dengan rumah, dengan urusan lain, few times jugak dok mengadap blogger ni nak menaip tapi tak pernah berjaya.

:)

ada few important things yang nak sangat update dan rekodkan dalam blog nie :

1. i am P R E G N A N T

Heeeee...masyaallah alhamdulillah! it's been 16 weeks now, lebih kurang empat bulan. jauh lagi perjalanannya, so mohon doakan i dan baby ya. alhamdulillah, tak banyak masalah selama 16 minggu ni.  i buat sendiri urine pregnancy test kat rumah lepas seminggu lebih tak datang period. masa tu 19 Oktober 2013 (Sabtu), my husband still tido. i bangun sebab rasa nak terkencing so terus capai UPT n buat test. yes, masa paling tepat untuk buat UPT ialah first urine in the morning ok girls!? :) dan alhamdulillah, terang benderang double line, i speechless terus panjat katil kejut husband. tapi terlupa pulak husband i jenis blur kalau bangun pagi hahaha so dia macam blur sambil pegang benda alah tu n tanya "so ni maksudnya apa?" LOL. Bila i tunjuk kotak UPT yang ada tulis guideline dia semua tu, barulahhh dia happy gilaaa peluk cium sume laa.. :) alhamdulillahh!

so far no morning sickness, takde muntah pening bagai. cuma extra letih 24jam. sampai sekarang, kalau takde keja pape malamnya, pukul 9 i dah tido. bangun pagi pun malass. nanti lah i cerita detail pasal pengalaman pregnant nie. for the time being, i nak doakan semua yang tengah baca entry nie kalau ada yang sedang berusaha untuk mengandung, dikurniakan rezeki untuk mengandung secepatnya! i tawu sangat perasaan frust dan ralat bila buat UPT tapi resultnya negatif. jangan give up, dan fokus benda-benda yang baik je okayy insyaallahhh!


2. Our First Anniversary!

Alhamdulillahhh.. 20 Disember 2013 lepas genaplah setahun my husband n i sah sebagai suami isteri. walaupun i dah kenal dan bercinta dengan my husband sejak tahun 2006 (7 tahun), kadang-kadang still rasa macam baruuu sangat je lagi kenal dia. Heee..but being us yang memang sempoi n hentam kromo je, takde proper celebration pun. no candle light dinner, no flowers, no romantic vacation. 19 Disember malam tu, i memang tak larat sangat nak keluar even my husband ajak tengok wayang huhu kesian dia..tengah malam tu, we wish each other happy anniversary etc etc, my husband masakkan maggi tomyam n goreng sosej sebab i lapar. lepas makan, weols terus tido. Hahaha ye, macam tu jee. esoknyaa, macam weekend sebelum-sebelum ni kami pun habeskan duit n minyak keta jalan sana sini, makan sana-sini. nothing extraordinary but of course, we do feel grateful to have each other. i doakan akan ada another 60 or 70th anniversaries lagi yang kami akan sambut sesama, tak kesahlaa camana pun. i love you husband!

3. Celebrating 2 0 1 4!

Weeeeeeee........new year with a baby bump! alhamdulillah..semoga i diberi kekuatan, kesihatan hingga selamat melahirkan baby ni. insyaallah, my due date will be around June 2014. same birthday month with daddy! :)


till then!