Showing posts with label jiwa. Show all posts
Showing posts with label jiwa. Show all posts

Friday, 4 March 2016

Music, Lyric and Me Time.


i always love music. but when it comes to a song, i always prefer the lyric.
maybe sebab aku sendiri suka menulis. aku cenderung kagum dengan manusia yang mampu terjemah segala isi hati dalam sepotong puisi contohnya.

dan untuk manusia seperti aku ini, akan ada masa dan harinya bila mana perasaan tu jadi membuak-buak nak menulis tapi bila pegang pen atau menghadap komputer, kau jadi tak tahu apa nak tulis.

sesak nafas betul bila setiap kali datang perasaan tu okey. serious.

dan selalunya untuk kurangkan rasa sesak dada tu, aku akan layan youtube, bukak channel yang bole aku layankan dengan perasaan sekarang ni. Jason Mraz, Ed Sheeran, Passenger, John Legend, (antara contoh) misalnya, lepas tu kalau ada free flow coffee, lepas tu blog hopping / a good book to read -- then i will feel better. tak complicated mana pun, just a ME time.



TAPI JANGAN MIMPILAH NAK BUAT SEMUA TU SEKARANG.


Hahahaha..baru nak layan youtube, anak dah buat signal jari nak tengok Tukur-Tukur. LOL yes you read it right, anak aku suke layan video clip lagu Tukur Tukur OST Dilwale. Well, besides the song itself was very catchy for a toddler like him, memang kitorang laki bini yang gila hindustan ni bawak dia tengok movie Dilwale dua kali kat wayang. ^______^ i am sorry but i am not sorry, i just loveeee Shah Rukh Khan!

balik kepada topik, itulahh kisahnya. i am struggling looking for a me time. i dont need private time with my husband because we had it a lot actually alhamdulillah; but i really need private time to be with myself, alone. i want to enjoy every single sip of coffee alone, i miss to delicately treasure every pages of book, the coffee and book's smell, the freedom to wander with my thoughts, the rush feeling to express all the thoughts into writing, hmmmmm.



well, maybe i shall keep this thought for a while though.




till then!

Thursday, 16 January 2014

the art of showing love

harini genap 19 minggu preggy.

(^_________________^)

sungguh, tak ada satu perkataan yang boleh jelaskan perasaan sekarang. seronok, terharu, excited, teruja, macam-macamlah. sebab tu, setiap kali perasaan menggebus-gebus tu datang, i cuma mampu ucap alhamdulillah.

oh maaflah, tajuk omputih tapi entry melayu kann. very the malaysian.

bila dah nak jadi mak nie, satu perkara yang selalu i kenangkan mestilah masa i kecik-kecik dulu. teringat macamana mak n ayah dulu besarkan, didik, dan jaga kami empat beradik. dan, betullah apa yang orang selalu cakap - sedikit sebanyak, cara kita dibesarkan dulu mencorak pembawakan diri kita masa kita dah dewasa.

kami adik beradik dibesarkan dalam keluarga dan cara yang sangat sederhana. ayah kerja, mak suri rumah sambil ambil upah mengasuh anak orang. darjah 1 sampai darjah 6 bawak duit belanja 50 sen sehari (kat kampung panggil lima kupang). memang susah hidup kami tapi cukup makan pakai. baju sekolah berganti baru walaupun sepasang tiap-tiap tahun. buku rujukan, yuran sekolah bagai tetap langsai dibayar walaupun ada yang terlajak sampai pertengahan tahun.

mak dan ayah sibuk kerja keras cari duit. seingat-ingat i masa zaman kanak-kanak n sekolah rendah dulu, dua kali je kami satu family betul-betul pegi vacation. first, pegi langkawi itupun jiran lama kami yang banyak sponsor sebab dia kaya. second, naik keretapi pegi penang. i masuk universiti baru merasa tengok wayang.

:')

mak dan ayah memang jarang sangat-sangat belanjakan duit pada kami dengan beli hadiah, melancong ke, memang tersangatlah jarang. tapi, bab makan memang diorang tak pernah berkira. cakap je i nak makan apa, insyaallah nanti adalah mak i masakkan atau ayah belikan. teringat dulu UPSR dapat 4A 1B, siap tanya mak takde hadiah ke? budak-budak kann, tengok kawan-kawan lain dapat 1A, 2A pun parents bagi hadiah tapi mak ayah kita tak kasi pape, peluk cium pun tak. sekarang ni bila ingat balik rasa macam sedih pulak. mesti mak terasa waktu ditanya tu kann.

memang mak ayah i tak pandai tunjukkan sayang pada anak-anak - dalam perkataan atau sentuhan. dan jujurnya, perkara ni beri kesan pada i sampai sekarang. kesannya, i pun tak pandai nak tunjukkan sayang melalui perkataan dan sentuhan. trust me, even my husband noticed and i hate it. maksud tak pandai ni bukanlah i ni kerasss sokmo 24 jam hahaha tapi masa mula-mula kawen dulu, jarang sangat i yang initiate or tetiba saja-saja peluk, cium or cuddle with hubby. bukan sebab malu dengan husband sendiri, tapi rasa macam awkward dengan diri sendiri. nasib baik husband faham lepas kami communicate. husband i pulak jenis manja dengan mama dia, setakat peluk cium tu selalu sangat walaupun mak dia kuat pokpekpokpek hahaha..dan, alhamdulillah lama-kelamaan kurang sikit dah awkward tu.

bukan dengan husband je ye, dengan kawan-kawan pun i macamtu. maybe sebab tu, i tak ada best friend masa remaja huhuhu.. yelah, i tak pandai initiate sesuatu hubungan tu untuk jadi lebih close dengan bagi hadiah ke, spend time together lama-lama, pegi sana sini n makan sama-sama -- tak pernah i buat semua tu dengan my friends, semua i kawan sama rata, and people tend to forget me here and there. memang sedih bila diingat balik, tapi itulah hidup kan. kita belajar dari kesilapan dan pengalaman.

selain daripada tu, husband ajar i untuk lebih terbuka to express love and appreciation to others. mula-mula dulu via sms, whatsapp je tulis sayang, love you semua ni. slowly until now, both of us dah boleh communicate honestly pasal rasa sayang, cinta, rindu, sampai nanges-nanges pun pernah. masyaallah, tak pernah i sangka sebelum ni betapa leganya perasaan lepas dah meluahkan perasaan tu haha..

motif i menulis entry ni ialah, i nak declare dengan diri sendiri yang i nak jadi ibu yang baik untuk anak-anak (insyaallah). ada banyak benda yang i boleh ikut dan jadikan panduan dari cara i dibesarkan dulu, tapi ada jugak beberapa perkara yang i yakin i boleh improve to be a better mother. i percaya, anak yang sentiasa diberitahu (melalui perkataan, sentuhan dan perbuatan) mengenai how much your parents love you - akan membesar sebagai individu yang lebih yakin dengan diri sendiri, yang percaya dia berhak dapat semua yang dia mahu dalam dunia, dan takkan jadi desperate mencari cinta.

tapi semua ni perlukan usaha. we do need to learn the art of showing love, supaya tidak terkurang dan tak pulak terlebih.

:')

till then!


Thursday, 25 July 2013

Perang Jiwa

ada sesuatu yang bergolak dalam jiwa.
gelodaknya macam nak pecah dada.
Berperang bisik 'nak buat benda yang betul' dengan bisik 'belum lagi'.
Ramadan ni, mana lah ada syaitan kan? 
Masyaallah, jahat sungguh nafsu aku rupanya.

sungguh, aku perlu cari tonik untuk kuatkan jiwa.