mak ayah i dedua garang. mak i garang dengan berleter n action sekali. setakat kena libas dengan hanger, hempas pinggan mangkuk dalam sinki, kena jerit-jerit, kurung dalam toilet, semua tu i dah rasa dengan mak. ayah pulak garang dalam diam. tak banyak cakap, tapi bila sekali dia bercakap memang terasa sampai ke tulang. sekali naik tangan, memang sampai tua lah berbirat. i dan kakak i pernah jadi saksi abang i yang masa tu 18 ke 19 tahun kena sebat dengan raket badminton sampai raket tu patah dua. :(
mak ayah i juga tak reti menunjuk sayang pada anak-anak. seingat i, kali terakhir mak dan ayah betul-betul peluk i erat-erat ialah on my graduation day, 2005. that was seven years ago man! but still that was a wonderful moment for me. mak i tak pernah cakap sayang atau rindu bila cakap telefon. i mengaku, i jeolous sikit kat kawan-kawan masa di kampus bila diorang bole bergayut lama-lama dengan parents macam dengan memember.
one thing that i love the most about my mom and dad is they trust me. cumanya bila dorang dah percaya, bila i membesar, i selalu terpaksa buat sendiri semua benda. form one ke form 2 dah belajar sendiri-sendiri naik bas awam pegi sekolah. banyak activities, hobbies dan minat i masa sekolah i buat sendiri-sendiri je. mak ayah i cuma particular bab grades je. waktu i sekolah rendah, i memang 'kena' habis-habisan dengan mak yang kejut i pukul 4 pagi suruh study,that kind of thing.
i memang kurang rasa kasih sayang parents waktu kecik dulu. mak ayah i orang kampung yang sangat fokus cari duit dan pendekatan supaya weols adik beradik berjaya dalam pelajaran so no such thing as makan bersuap, morning hug and kiss, goodnight hug, family vacation, etc etc.
dan sekarang bila i pun dah semakin dewasa ni, banyak yang i belajar dari ramai orang yang jumpa. i tak cakap mak ayah i parents yang tak baik, NO..i kat sini semuanya kerana diorang. i jadi macam sekarang semuanya sebab doa diorang yang tak pernah putus-putus. cuma, i belajar which part i need to improve if Allah gives me a chance to be a mom someday.
i sedar, somehow sekarang perangai i pun beransur-ansur nak jadi macam mak. i jadi orang yang dingin, i tend to resist kasih sayang yang ada di sekeliling i sebab i takut i tak boleh control myself, or them. i always avoid deeper conversation with whom i love because i'm afraid of getting hurt, i tend to speak in a harsh tone for a normal conversation or discussion with Mr. A, etc etc.
haihh. it's genetic kott. but i believe, we can always change our attitude. i dont want to be a pesimist wife and mother to my husband and children. i want to be a positive, supportive mother.
sekarang bila tengah buat preparation kawen, kadang-kadang stress dengan mak ayah sendiri. diorang selalu over sensitive dengan perangai i yang sangat simple itu tak nak ini tak payah sampai babit-babitkan Mr. A. masyaAllah, i anggap nie dugaan bertunang jelaa. ada satu masa, sampai cakap i dah berubah and lebihkan Mr. A dari diorang. second masyaAllah. haihh yang buat i geram semuanya diorang tak cakap kat i, tapi kat kakak i. it's like up until today, sampai i dah nak kawin pun, macam ada communication barrier among us. mak i kalau cakap sendiri benda yang dia tak puas hati kat i, tak pernahnya habis. mesti bagi hint hint je pastu suruh i faham sendiri and ikot cakap dia. bila i yang degil ni argue for explanation, mak i mesti defensive gila pastu nanges. Allahuakbar, sabar jelahhhh.
nasiblah Mr. A tak emo sekali. kalau tak lagilah i pening agaknya.
sekian sesi bride to be meroyan.
till then! :)
2 comments:
sama lah masa aku nak kawen dulu. parent kita macam tak kasi kita pilihan. ikut atau kau anak derhaka. what i do is, banyak benda aku ikut je. benda yang aku tak mampu nak ikut, aku kata insyaAllah akan buat. padahal sampai hari majlis aku tak buat pun. kita iyakan aja semua benda.
aku doakan majlis kau berjalan dengan lancar. semoga bahagia !
masyaallah! kenapa i baru perasan komen nieeeee!!!????
thanks shahirah for the doa, thank you soo much! :')
Post a Comment