Monday, 12 November 2012

Movie Review : Istanbul Aku Datang

pertama sekali, maaf sangat sebab even sebelum i tulis entry ni, i tau i akan jadi bias. even sebelum tengok movie ni pun i macam dah agak yang i akan jadi bias. sebab apa?

1. i follower tegar karya Bernard Chauly.
2. i LOVE beto kusyairy. read the capslock people.
2. i peminat setia semua karya Redfilm.
3. i adore Rafidah, sejak zaman dia dengan 3R.

okay, now the review.


the official poster. simple, nothing much to woww kann? but wait till u watch the movie.

untuk pengetahuan korang, i tengok Istanbul Aku Datang pada 8 November 2012. maksudnya i ialah antara khalayak yang awal menonton. 10 minit sebelum masuk hall, i update my Facebook status with :

"Kerana Bernard Chauly, Redfilm dan Beto Khusyairi, here i am. Istanbul Aku Datang."

10 minit lepas keluar hall, bukak Facebook, 10 orang LIKE dan komen mintak review. dan sesungguhnya sejak i keluar hall itu, automatik i lah eksekutif pemasaran tak berbayar Redfilm. i promote movie tu kat semua orang yang i jumpa and most of them yang ada Facebook i akan drop post kat wall i cakap "Thanks SK for the review / recommendation, da tengok, memang BEST GILA!" hahahaha okay now i bole mintak komisen tak?

tak tak. sebenarnya i am so happy with the movie. rasa sungguh berbaloi bayar tiket dan sampai ke hari ini i masih rasa gembira, dengan hanya mengimbas kembali babak dan skripnya yang BEST sangat. dan i rasa semua orang termasuk yang sceptical with Malay movies patut tengok Istanbul Aku Datang, then tell me how was it.

personally for me, Istanbul Aku Datang mengisahkan mengenai betapa fragile nya cinta tu. sometimes, bila kita terlalu menggenggam cinta tu terlalu kuat, it will broken somehow. dan semua orang setuju broken love itu SAKIT. tak kira bagaimana.

tapi, fragile nya cinta juga kerana kadang-kadang cinta tu lalu di hadapan mata kita dengan sangat pantas dan natural, but somehow with the right person who carry it, we can feel the vibration.


one of favourite scene. beto cakap time ni suhu 4 darjah celcius!
bila Rafidah menyentuh soal peluang kedua dalam Istanbul Aku Datang, somehow it hurts me and some of the audience i must say. peluang kedua tu sebenarnya subjektif. bukan semua orang bernasib baik dapat peluang kedua dalam hidup, atau dalam cinta khususnya. dan bukan semua orang mampu menawarkan peluang kedua.

Beto seperti biasa, tak pernah kecewakan i. dia macam shah rukh khan okay - dia betul-betul JADI karakter dia during the movie. konsisten. and audience believe him. dan percayalah, bukan semua pelakon mampu begitu. it needs talent, and i believe it's gifted.

lisa surihani pun bagus. personally i think her gorgeous appearance in every scenes actually buat movie tu tambah menarik. i love all her style in the movie, kudos to the wardrobe team!

Aizat, very natural. tengok dia berlakon, macam tengok dia dalam Diari AF dulu. got what i mean? :)

Tomok, unexpectedly boleh tahan. definitely he can do better, but not too bad for newbies!

and ahhh, the beautiful set. Istanbul, siapa nak argue?? maybe bunyinya ni over tapi lepas je tengok movie nie, i dengan few friends actually dah start research and plan untuk backpackers to Istanbul next year! Hahahaha yes, that serious! :) i always love Istanbul, and kalau ada rezeki lebih boleh lajak pegi Greece. OMG that will be super awesome!

untuk semua krew Istanbul Aku Datang - the director, production team, actors, etc, i would love to say THANK YOU. dah lama betul i nak Malaysian romantic comedy movie macam nie. and Bernard, you made it. sekarang, i tak sabar nak tunggu the DVD. will definitely buy it, lepas tu tengok ulang-ulang sampai lebam.

untuk semua yang BELUM tengok Istanbul Aku Datang, please go and watch it. trust me, i pun sebenarnya agak selective dengan filem Malaysia. tapi movie ni memang masuk kategori a must watch movie. 

dan jika sehingga korang membaca baris ini korang masih rasa tak teringin nak tengok, i cuma nak cakap terpulanglah. cuma bagi yang belum menonton, tolong jangan update Facebook/Twitter/blog bagitau readers supaya jangan tengok. itu biadab namanya. dan Beto cakap, Jangan Biadab.

:) i am happy!



till the next entry!



No comments: