Friday, 3 August 2012

Wedding Prep : Dress Inspiration

for those girls, bride to be yang masih buntu nak cari idea untuk your wedding dresses, i nasihatkan rajin-rajin browsing website wedding photographers, designers, abroad and local. masa tu uols akan jadi macam i ternganga, terjerit, bila tengok SEMUA pun cantik. Hahaha thats normal. apa yang i buat ialah, i tengok each designs tu specific. maksudnya, leher/neckline dress tu, fabrik, the cutting, the leeves, the shoulder pads, the details, the colours, dll. sebab maybe sebenarnya apa yang u jatuh cinta sangat dengan design tu ialah fabric nya yang nampak very the soft and flowy tapi design dia so so je. atau u maybe suka details warnanya jee, that kind of thing.

so, what you can do is..save semua gambar inspirasi dan idea u tu dalam satu folder. kalau uols pakai folder lah. macam i, semua i tarik masuk dalam organiser MS One Note i, which related to my post H E R E. kalau pakai folder, u boleh rename kan each files tu ikot apa yang u nak highlight pasal gambar tu. kalau macam i, i terus guna drawing tool dalam MS One Note, conteng-conteng dan highlight terus kat gambar tu which part yang i nak my dressmaker buat for my wedding dress. satu lagi cara yang sangat best n i suka sangat is you print the photos, put in your organiser and conteng! sadly, i tak mampu buat cara nie sebab i have limitation to print photos.

buatlah apa saja cara, asalkan memudahkan u. :)

pada bride to be yang rajin tengok wedding dress designs, mesti kenal Elie Saab kann?? Ngeeee sumpah i memang sukaaa sangat dresses diaa. walaupun kebanyakan designs dia tak sesuai dengan budaya timur kita, tapi all those details, cutting, sleeves, fabric, semuanyaa marvellous kann!

hohoii let me show you some of her outcome. maybe bole bantu kamu-kamu yang masih confuse tak tahu nak baju yang design camne..enjoy!


i imagine it in a long dress version, different colour of belt/sash on waist,  then it will be a perfect baju akad nikah. :)

long lace sleeves, long flowy dress! :)

i love the dress train..perfect utk wedding bertemakan fantasi, so dreamy with the feather-like.

need i say more?? =_="

brilliant colour combo! jarang nampak pengantin pakai warna camni, nampak sweet n  exclusive!

i sukaaaaaa ada effect kain extra yang flowy tuuu, seriously diva!

Grrrrrr!! i love this!

i love the top part exclude the v neck inner dress. 

the combination of few above dresses, can you see it?


all photos are credited to Pinterest and Wedding Inspirasi. drop me comments if you love it too!


till then! :)

Thursday, 2 August 2012

The Parents

mak ayah i mendidik i dan adik beradik dengan sangat baik. ayah i pekerja am rendah je tapi dengan gaji tu dia mampu bela kami empat beradik. mak tak kerja. waktu kecik hidup memang susah. i dah biasa terima / makan / pakai apa saja yang mak ayah i bagi atau suruh. no complaints at all sebab i tau memang tak ada pilihan. 

mak ayah i dedua garang. mak i garang dengan berleter n action sekali. setakat kena libas dengan hanger, hempas pinggan mangkuk dalam sinki, kena jerit-jerit, kurung dalam toilet, semua tu i dah rasa dengan mak. ayah pulak garang dalam diam. tak banyak cakap, tapi bila sekali dia bercakap memang terasa sampai ke tulang. sekali naik tangan, memang sampai tua lah berbirat. i dan kakak i pernah jadi saksi abang i yang masa tu 18 ke 19 tahun kena sebat dengan raket badminton sampai raket tu patah dua. :(

mak ayah i juga tak reti menunjuk sayang pada anak-anak. seingat i, kali terakhir mak dan ayah betul-betul peluk i erat-erat ialah on my graduation day, 2005. that was seven years ago man! but still that was a wonderful moment for me. mak i tak pernah cakap sayang atau rindu bila cakap telefon. i mengaku, i jeolous sikit kat kawan-kawan masa di kampus bila diorang bole bergayut lama-lama dengan parents macam dengan memember. 

one thing that i love the most about my mom and dad is they trust me. cumanya bila dorang dah percaya, bila i membesar, i selalu terpaksa buat sendiri semua benda. form one ke form 2 dah belajar sendiri-sendiri naik bas awam pegi sekolah. banyak activities, hobbies dan minat i masa sekolah i buat sendiri-sendiri je. mak ayah i cuma particular bab grades je. waktu i sekolah rendah, i memang 'kena' habis-habisan dengan mak yang kejut i pukul 4 pagi suruh study,that kind of thing.

i memang kurang rasa kasih sayang parents waktu kecik dulu. mak ayah i orang kampung yang sangat fokus cari duit dan pendekatan supaya weols adik beradik berjaya dalam pelajaran so no such thing as makan bersuap, morning hug and kiss, goodnight hug, family vacation, etc etc. 

dan sekarang bila i pun dah semakin dewasa ni, banyak yang i belajar dari ramai orang yang  jumpa. i tak cakap mak ayah i parents yang tak baik, NO..i kat sini semuanya kerana diorang. i jadi macam sekarang semuanya sebab doa diorang yang tak pernah putus-putus. cuma, i belajar which part i need to improve if Allah gives me a chance to be a mom someday. 

i sedar, somehow sekarang perangai i pun beransur-ansur nak jadi macam mak. i jadi orang yang dingin, i tend to resist kasih sayang yang ada di sekeliling i sebab i takut i tak boleh control myself, or them. i always avoid deeper conversation with whom i love because i'm afraid of getting hurt, i tend to speak in a harsh tone for a normal conversation or discussion with Mr. A, etc etc.

haihh. it's genetic kott. but i believe, we can always change our attitude. i dont want to be a pesimist wife and mother to my husband and children. i want to be a positive, supportive mother. 

sekarang bila tengah buat preparation kawen, kadang-kadang stress dengan mak ayah sendiri. diorang selalu over sensitive dengan perangai i yang sangat simple itu tak nak ini tak payah sampai babit-babitkan Mr. A. masyaAllah, i anggap nie dugaan bertunang jelaa. ada satu masa, sampai cakap i dah berubah and lebihkan Mr. A dari diorang. second masyaAllah. haihh yang buat i geram semuanya diorang tak cakap kat i, tapi kat kakak i. it's like up until today, sampai i dah nak kawin pun, macam ada communication barrier among us. mak i kalau cakap sendiri benda yang dia tak puas hati kat i, tak pernahnya habis. mesti bagi hint hint je pastu suruh i faham sendiri and ikot cakap dia. bila i yang degil ni argue for explanation, mak i mesti defensive gila pastu nanges. Allahuakbar, sabar jelahhhh.

nasiblah Mr. A tak emo sekali. kalau tak lagilah i pening agaknya.

sekian sesi bride to be meroyan.

till then! :)



Tuesday, 31 July 2012

Johor Premium Outlet : First Visit

tengok tajuknyaa very thee kann? apakah maksudnya? yess, maksudnya akan ada lah second, third, fourth dan seterusnya punya visit. Hahaha yayyy!! last week we went to Johor Premium Outlet (JPO). kononnya nak tengok-tengok handbags untuk hantaran, and seriously memang lah sangat meruntun iman hokayy. i love the surrounding and all boutiques!! kat sini jugak lah first time i masuk butik Coach, Burberry, Pedro, etc etc yang sangaaatlaaaahh tempting!

so dipendekkan cerita, i decide untuk amik satu handbag Coach yang sangatlah cantik. harga pun bole tahan 'cantiknya' tapi since Mr. A cakap nak belanja, perasaan 'guilty' tu pun beransur-ansur hilang hahaha..trust me, seumur hidup i tak pernah beli handbag berharga RM200 ke atas. so i must admit, i feel awkward. i feel wrong.

bila sampai kat cashier, Mr. A hulur kad. dua kali swipe, the salesgirl tu pulangkan kad minta maaf sebab all of sudden machine tu tak bole nak trace his card. ATM machine memang betul-betul sebelah Coach je so kitorang keluar. masa jalan keluar tu i sempat tengok next customer yang nak bayar pun terpaksa bayar cash so i macam lega sikit. bukan malu taw, seriously i kesian lah kat Mr. A kalau sampai kena reject card kann.

bila sampai ATM, i pegang tangan dia dan ajak balik. our friends pun sebelum tu memang da text bagitau diorang da setel shopping. Mr. A pulak yang pelik kenapa i nak terus balik. but yeah, akhirnya weols balik. tak beli pun handbag Coach tu. entahlah, i rasa macam satu 'sign' je bila tetiba kad Mr. A tu bermasalah. maybe memang belum masanya untuk i memiliki Coach. maybe Dia cakap, i kena beli Coach dengan duit i sendiri barulah rasa kepuasannya. i dont know. cumanya memang tak jadi beli. and i have no regret at all. more than five hours kat dalam JPO tu, we bought :

Levis Jeans for me,
Levis checkered shirt for him
and one Bobbi Brown's facial colour palette yang sangat cantik!

:)

tapi masa dalam kereta on the way back to KL, masing-masing layan perasaan. tetiba i tanya Mr. A pasal salesman handsome yang dari awal i masuk butik, pilih-pilih itu ini, tanya itu ini, akhirnya i tak beli. risau pulak i bila fikirkan kesian dia. dia kena marah ke tak eh? we hope not.

oh yeah, for those of you yang nak pergi JPO tapi takut harga mahal sangat, jangan risau. i rasa i dah masuk semua butik kat situ and the prices are very reasonable with the brand and quality. kalau uols ialah orang yang particular pasal trend dan keluaran-keluaran terkini, maybe korang kurang puas hati sebab handbags, shoes yang betul-betul discounted ialah bukan design baru. designs baru pun ada diskaun tapi tak sebanyak yang lama lah which is for me logic lahh.

satu lagi, the direction.

kalau uols dari KL, jangan exit highway kulai ok. memang JPO dekat kulai, tapi jangan exit kulai sebab takut korang sesat macam i haha. better ambik exit selepas KULAI iaitu exit 302A iaitu Lapangan Terbang Senai. lepas exit senai, uols akan nampak terus signboard ke JPO. dari exit highway nak ke JPO tak sampai pon 10 minit ok! parking fee sangat berpatutan, RM3 per entry jee. parking spaces nya sangatlaah luas!! walaupun jalan nak menghala ke JPO tu kiri kanan ladang sawit jee, tapi bila masuk je surrounding JPO tuu, terus teringat premium outlets kat overseas yang selama nie asyik dengar cerita kengkawan jee. very exclusive!

happy shopping girls, till then!!

Monday, 30 July 2012

Wedding Prep : My Wedding Dress

i think i have met a designer for my wedding dresses! OMG i love her boutique, i love the boutique decoration and her ready to wear collection, everything are beautiful!

paling best ialah, dia ialah available untuk buatkan baju-baju i semua tuu. sekarang i just tengah tunggu dia bagi quotation before i confirmkan. baju Mr. A for both majlis pun buat kat sini. i tahu ramai B2B yang suka buat baju kat designer / tailor lain-lain for each event so that bole merasa hasil tangan diorang kan, but being me yang pemalas tanak serabutkan kepala fikir macam-macam, lagipun i nak designs yang simple je so after discussion, we both agreed to leave our wedding outfit to her.

nothing more i can share about her since i just met her once at the boutique. lepas tu semua calling calling and email email. i ingat lagi masa jumpa, the boutique owner memang sangat helpful. walaupun masa tu i sangatlah blur lagi tak tahu design baju macamana yang i nak, dia sabaar je layankan i dengan tunjuk macam-macam designs yang mungkin i berkenan. Mr. A yang bole tahan dia punya fussy pon dia layankan and jotting every requirements yang Mr. A nak untuk baju dia. funny also, she is very adorable!

i remembered when we talked bout material for Mr.A's baju melayu. ada dua pilihan sama ada nak guna kain duchess satin ataupun shantung. both are suitable for Mr. A's nye design tu. so masing-masing share lah cerita pasal kain-kain semua, kain nie panas, kain ni cepat berpeluh, etc etc until one time i tanya dia

"So, sebenarnya baju melayu pakai kain mana yang lagi cepat berpeluh, kain shantung kaa duchess satin?"
pastu dia dengan nada selamba kodoknya jawab "ehh tak taulaaa,tak penah pakai baju melayu!!"

Hahahahaha..then three of us burst with laughter. well, i know this may sounds not so funny, or maybe  some people will say that this is harsh since i am her customer but this "lawak kasar" is only applicable among northern fellas like us kot. Hahaha..

and yeah, i will do a full review about her later, maybe after December. :) but for those of B2B yang tengah mencari butik pengantin yang eksklusif, design up to date, dan affordable some more, feel free to drop me an email then we can shareee. :D

till then! :)

Thursday, 26 July 2012

Woman And Crime

i know i know, crime involves women and crime are more frightening each day. there's a day i dont want to read newspaper because i dont want the crime news of 16th years old girl was raped, snatch thief caused to death, raped + kill + burn cases spoil my mood, i just cant bear the grief.

however, thanks to Allah because we have a very good PDRM to help us fighting the crime. while there are some bad policemen in town, believe me i have met lots of good and noble policemen who really committed with their job to ensure civilian's safety.

tapi, walau camana cekap pun polis kita, diorang still tak mampu nak jaga everyone of us. mereka hanya polis, bukan power rangers atau suria baja hitam. yang bagusnya since Dato' Najib become a Prime Minister, Malaysia pun dah praktik Blue Ocean Strategy whereby PDRM bekerjasama dengan ATM, RELA and JPAM to fight against crime. more police are on the street observing us in Omnipresence strategy. i think this is a great idea and as a prove, more than 20% crime index in Malaysia has been decreased last year!

:) okaylah, actually i bukan laa nak cakap pasal abang-abang polis atau pakcik RELA. i nak kongsikan dengan uols semua pasal macamana kita nak elakkan diri kita jadi sasaran penjenayah jahat?or, the worst part is apa kita nak buat kalau kita tetiba kena ragut / approach oleh penjenayah?


benda nie penting tau uols sebab as a career woman, i jumpa ramaai girls yang sama macam i. maksudnya, nature of work kita kadang-kadang buatkan kita jadi lone ranger and independent. long distance drive sensorang, kadang-kadang kena pegi sana sini last minute, tetiba kena outstation baju banyak belum laundry so terpaksa shopping adhoc sorang-sorang, things like that. maybe selama ni kita baca news pasal orang lain je, tapi kita kena ingat yang KITA pun mungkin akan hadapi benda yang sama kalau kita tak bersedia dan hati-hati. 




1. BE AN OBSERVANT ALL THE TIME
bila uols berjalan pegi car park atau lorong ke kann, janganlaa uols menonong je jalan tengok depan. somehow bila kita tengah nak cepat or terlalu takut, we tend to do that. JANGAN ok. jalan dengan steady, tengok kiri dan kanan dan kalau uols perasan someone atau something yang suspicious, here comes the second tips.


2. THINK FAST
kalau ada security officer kat situ, minta dia temankan u pegi kat kereta. that is part of their job, tak payah malu. call your parents or friend nearest to the area and let them know where you are and how u feel. 


3. CARRY YOUR HANDBAG SAFELY.
carry your handbag / clutch innerside and walk against traffic so that you can see people who are coming towards you. if possible, put your mobile phone, IC and credit card with you and not in that bag. a handbag with a release clasp is better to avoid carried along if you got snatched.

4. IN A CAR PARK
please have your car key and alarm in your hand while walking to your car. jangan bila da sampai depan kereta baru you nak selongkar handbag, bahaya ok! and yes, before entering the car please do a fast check the whole car (tengok backseat, tyres). ada banyak kes penjenayah standby duduk kat seat belakang n lepas kita masuk kereta, dia serang dari belakang. ada jugak kes they put something kat tayar . just be careful ok girls!

and i recommend you girls to have a pepper spray with you all the time. while walking in a car park, keep the pepper spray and car remote in one hand, and handbag in the other hand. if you need to use the pepper spray, then drop your car remote.

5. ENTERING THE CAR
 enter the car, lock the car and put your head down for five seconds, pretending you do something. to 'them', it is as if you are securing your handbag to your car.

6. TRAVELLING ALONE
if you need to drive or travelling alone, especially on night, inform of the family the route you're taking and duration of the journey. create a SMS / BBM / Whatsapp / missed call code between you and them to be used if there's an emergency so that they can call police. maybe satu miskol maknanya "i think i'm in dangerous. please call police", tapi jangan memain pulaak!

7. SO-CALLED POLICE
if you feel suspicious of the policeman who stopped you on the road, avoid communication and ask them to go to the nearest police station.

8. THE WEAPON
if you're confronted by a knife during a robbery, throw your handbag far enough and when the criminal reaches to the bag, RUN AWAY. ini memang scary tahap drama hantu Waris, but we have to try. believe in yourself and recite lots of doas.

9. SCREAM
in the midst of being robbed / running for help, scream your throat out for help and grab the person closest to you. people are afraid and not sure if they have to make the first move.

it's like "alamak alamak budak ni jerit-jerit mintak tolong,nak kena buat apa ekk?"
so when you grab her / his hand and asking for help, they will automatically aware that they have to help you.

10. CUBIT
ahaaa..selalu weols memang terer bab-bab cubit ni kann. dulu i memang selalu cubit Mr. A bila i sakit hati. sampai lebam and berdarah jugak kekadang tu. sobbss jahat kan i. tapi dululaa, sekarang i tumbuk je ehh ahahaha. okay, so when you're struggling with the criminal, target the underarms, squeeze and pinch the area. the criminal definitely will feel the pain and release the choke hold. OMG i da bole rasa kegeraman mencubit dan kesakitannya ituu!

itu jelah yang i dapat share dengan uols. banyak lagi i rasa tips untuk elakkan dari jenayah nie. but i think this is important. i dapat semua ni pun from my own observation and reading PDRM's source. we should read crime news taw, so weols bole tauhu apekah modus operandi jenayah yang terbaru. haaa keluar terus istilah gerak khas.

last but not least girls, let us be extra careful all the time ok!

till then! :)





Wednesday, 25 July 2012

Hijab And I

dalam kesibukan i dan Mr. A buat preparation untuk wedding disember nie, i terima satu mesej panjang lebar dari kakak i. mesej facebook. a very long and deep one. i have to read it twice to understand the whole points.

pertamanya, jujur i tak terkejut dengan kandungan mesej tu since mak dan ayah memang pernah pun bercakap pasal itu. cuma, when it comes from kakngah, i doubted it was 100% of what my parents told her. it's not that i accused her as a liar but heyy we know our sisters well ritee! :D

so yeah, the message hurts me in someway, but my brain asks me to clarify everything with mak and ayah before another deep talk about the topic.

first thing i did after read the message was istighfar. i know i did lots of mistakes, most of them are stupid, but past is past. there's nothing i could do about it except asking for a forgiveness and bertaubat.

talking about hijab, i have nothing to argue. ye, berhijab dan bertudung itu wajib. full stop. noktah. but what irritates me is why many people that i love cant understand that i never deny the fact? why everyone cant understand the IKHLAS word? i dont want to wear hijab and at the same time i keep on nagging on twitter or with friends about how messy and unease feeling i have.

macamni lah. i pernah pakai tudung dulu. tapi i pakai sebab mak ayah suruh pakai. sebab tengok kawan-kawan pakai. i tak faham kenapa sebenarnya kena pakai tudung selain dari "wajib". i pakai tudung tapi hati i struggle. mungkin ada yang akan kata inilah godaan syaitan. i jawab mungkin, tapi disebabkan i tak ada ilmu dan keikhlasan di situ, i tak mampu melawan godaan tu.

masa zaman kampus, struggle tu bertambah-tambah kuat. dan i tambah rasa berdosa sebab i nie nama je pakai tudung tapi perangai i time tu, nauzubillah memang nakal sangat. that time i baru kenal Mr. A pulak, lagilah setan mengeletis. dan itulah akhirnya, i tanggalkan tudung and i jadi macamana diri i sekarang.

honestly, masa mula-mula perubahan tu..memang banyak sangat cemuhan yang i terima. dan i tak marah. i pun pernah jugak kutuk-kutuk orang macamtu. cuma sekarang i faham perasaannya bagaimana. sedih sebab ke mana orang-orang yang mencemuh tu masa i sedang struggle?? mana kawan-kawan saya masa tu? and yes, i am not blaming anyone, this is my own choice.

time teaches me a lot. i banyak sangat belajar during this years. i made mistakes, i bangun balik, i jatuh lagi and alhamdulillah i think Allah loves me. i also believe Allah knows me, Allah knows how i think about hijab, and only He knows what is the best for me and us.

there are more things i want to write about my kakngah's message, but that will be in another post perhaps.

till then! :)




Tuesday, 24 July 2012

Wedding Prep : Dilema Wedding Dress

satu perkara PENTING yang sampai sekarang idea on paper pun belum finalise ialah all my dresses for solemnization (majlis akad nikah), and both reception (majlis bersanding dan majlis bertandang). sebelum ni i asyik baca blog B2B je tentang betapa susahnya nak decide design baju kawen, sekarang i berada dalam kasut mereka. ohh perasaannya sangatlah overwhelming dan kusut at the same time!

tambah kusut sebab my Mr. A mula-mula misi design hunting je dia bagi kerjasama contohnya komen "ini design lama", "tak cantiklah simple sangat", which is good laa for me sebab i believe his eyes and taste. tapi langit tidak selalunya cerah. begitu jualah Mr. A i yang obviously not so cerah one. bila i asyik browse for more inspiration for wedding dresses, semua gambar baju-baju designer yang i tunjuk dia cakap "cantik", "haaa..okay!" dengan nada sarcastic. Urghhhh!

dalam planner MS OneNote i, ada banyak gila gambar wedding dresses yang i ambil dari internet for reference kononnya. reference hek mu, lagi rambang mata adalaaa!! konon-konon i punya taktik bijak ialah nak mix and match designs yang i suka untuk jadi dresses i for all events. contohnya nak leher dress macam design Rizalman A, beading details macam design Syomir C, kain yang flowy macam design Rizman Ruzaini B, veil macam design Unaisah D, maka jadilaa dress i yang simple tapi malatop itu. malangnya, ia tidaklah semudah itu ye B2B sekalian. especially kalau kamu ada nafsu serakah seperti SK. kalau dah semua design pun kau nampak cantik, macamana nak decide which one will be yours???

and i just have less than five months before the actual day, bhai! i'm dead man, seriously.

Brrrrr...untuk meredakan hati sendiri di samping menyerikan blog syok sendiri ini, i akan selitkan beberapa gambar dari folder i dalam entry nie. actually, tanpa i sedar baru i perasan designer yang paling banyak designs nya dalam folder i ialah dari Rizalman. kemain kan kau SK, perasan gila nak pakai baju Rizalman. beli lembu sekor pun murah sikit dari baju Rizalman yang seriously gorgeous itu tauhu tak? whatever it is, i tetap bangga sebab at least i ada jugak his special collection 20 by Rizalman yang jual kat Tesco tuuu. even maybe materialnya tak semahal designs kebiasaannya, feeling bila pakai kebaya lace nya itu tetaaap elegan hokayy! and btw, i dah nekad baju tu nanti buat jadi hantaran jee since memang Mr. A yang belanja i that baju. hantaran kebaya dari Rizalman okaayyyy, kau adaa? LOL

ok ok, cukuplah. sementara i berdoa satu hari nanti i akan mampu hire Rizalman untuk buatkan baju raya i or maybe baju wedding anak i (berangan itu free,tahu?), i akan tengok jelaa gambar-gambar ini sambil berharap ada tailor mur mur yang pandai buat dress kekonsep macam designs beliau dan lain-lain seperti di bawah.







till then! :)