Wednesday 22 January 2014

Of Pregnancy : Mengidam

hello!

alhamdulillah, so far tak ada mengidam yang pelik-pelik. from time to time terasa macam nak makan itu ini, i akan masak or ajak husband carikan jelah. baru lah i paham sekarang perasaan mengidam tu camana. actually, mengidam ni bukanlah teringin ya amat-amat sampai nak nanges ke apa (at least not in my case), cuma tetibaaa jee rasa "ehh teringinnya nak makan sabun buku fab masak lemak, nak laa sekarang!" Hahaha contoh laaaa gituu. choii mintak dijauhkan ye semua mommies to be!

setakat ni, perasaan mengidam i tu ialah kepada : keropok lekor panas, cucur cempedak panas, rojak buah, laksa, tomyam campur, ikan cencaru sumbat sambal, nasi kerabu.

^__^

tapi kann, kelmarin ada satu perasaan mengidam yang sangat obvious dan menderu-deru. malam tu, husband dah tanya nak makan apa ni since i belum dinner. dia dah kenyang makan kat luar dengan member. i cakap tak tau nak makan apa. time tu masing-masing lepak atas katil sambil layan game 4 Pics 1 Word dan online. tetiba masa i scroll timeline facebook, i ternampak gambar nasi lemak daun pisang kecik-kecik tuuu kawan i upload. huwaaaaa teruss tinggg!! terasa sangat-sangat nak makan nasi lemak. nak nasi lemak sebijik macam dalam gambar. pada masa itu jugak. memang terasa kat mulut dah sambal bilis tu hahaha adehhh.

haaaaaaa...cengginilahhh nasi lemak yang i tengok dalam facebook tuu!meruntun jiwa hoccay!

dipendekkan cerita, kami pun terus keluar dengan misi mencari nasi lemak. masa tu dah pukul 9 malam. nasib i teringat ada satu port warung yang jual nasi lemak gitu kat sungai ramal. husband dah buat pelan B kalau nasi lemak kat situ habis; which is pegi kat tempat my friend makan tu - kat Plaza Idaman, Setapak nuuu. Ngee actually memang kami pernah makan kat situ, memang sedapp. tapi i masih boleh waras lagi time tu, i pun cakap kalau takdak takpelahh kita pi makan nasi lemak oldtown pun jadilah. gila gigih pulak nak menghadap jemm masuk kl malam-malam gitu semata-mata nak makan nasi lemak kann. nasib tak baik, elok je sampai nasi lemak kau habis lagi laa sakit hati kann. well, walaupun dalam hati macam tak berapa nak best, tapi i ingat pesan mak jangan ikutkan sangat hati masa pregnant niee.

sampai kat warung tu, kitorang lalu dengan kereta dua kali sambil ushar kat atas meja-meja tu ada ke takde nasi lemak. tak puas hati, husband turun tanya. dan alhamdulillah, ada rezeki i dua bungkus. sementara husband parking kereta, i dah mengadap nasi lemak pertama. adik yang ambik order minum pun pelik tengok i duduk-duduk je terus makan hahaha, order air kosong je. alhamdulillah, walaupun nasi lemak tu tak panas dan tak sesedap nasi lemak kat setapak i tetap rasa seronok dan puas hati. dua tiga kali i cakap thank you kat husband, kalau tak kesian baby meleleh air liur hahaha (bodek).

so yeah untuk semua bakal mak dan ayah, kalau mengidam benda-benda makan yang reasonable tuu; usaha-usaha kan lahh untuk makan ye. it makes our pregnancy journey easier and more fun! yelaaaa, apa je keseronokan lain selain makan tanpa rasa bersalah kannn? :)

till then!

No comments: