Thursday, 25 July 2013

Perang Jiwa

ada sesuatu yang bergolak dalam jiwa.
gelodaknya macam nak pecah dada.
Berperang bisik 'nak buat benda yang betul' dengan bisik 'belum lagi'.
Ramadan ni, mana lah ada syaitan kan? 
Masyaallah, jahat sungguh nafsu aku rupanya.

sungguh, aku perlu cari tonik untuk kuatkan jiwa.

Tuesday, 16 July 2013

TERKINI.


Lama betul aku menyepi dari dunia blog ni. Tipulah kalau cakap tak rindu. menulis ni dari dulu memang one of my huge passion. tapi memang sangat sangat sangat sangat sibuk lately dengan kerja, dengan life sendiri, sampai terpaksalah ketepikan dulu blog ni.

Dalam sibuk-sibuk tu, tetap jugaklah update dengan facebook,instagram semua. cuma nak tulis blog kena ambik masa yang betul-betul sesuai, mood pun kena tengok jugak mari ke tak. jikalau tidak nescaya sia-sia cubaan nak menulis tu.

baik, selesai perenggan pertama : alasan tak update blog.

1. KAHWIN / MARRIAGE

Alhamdulillah, aku dah selamat diijabkabulkan dengan Mr. A pada 20 Disember 2012. dari mula aku dengan dia plan kawen-kawen ni, aku dah cakap kat dia yang tak payah pikir pasal nak sekali lafaz kee, dua kali lafaz kee, sekali lafaz dua nafas ke, hahaha yang paling paling penting ialah aku nak dia (kami) treasure that moment. dan alhamdulillah, Mr. A sambut akad dengan sekali lafaz dan jujurnya aku betul-betul treasure moment tu. rasa nervous, bergelodak perut, syahdu, dan akhirnya lapang dada - semuanya aku rasa dan masih ingat sampai sekarang. tak blurry langsung perasaan masa tu. aku masih boleh terbayang muka ayah, muka emak, muka Mr. A waktu tu sampai sekarang. indah.

Reception kami pada 22 dan 23 Disember 2012. Keduanya buat di rumah masing-masing. Alhamdulillah, walaupun ada terkurang sana sini, tak puas hati sikit itu dan ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. sesungguhnya, life selepas kawen lah yang perlu lebih banyak tumpuan dan perancangan. :) ada beberapa perkara dalam wedding kitorang yang aku sangat sangat suka dan terasa nak menulis review.  errr, feeling sangat niieee dah kawen 6 bulan lebih tetappp nak buat wedding review??! LOL but yeah, banyak benda nak cerita pasal majlis kawen ni, tapi slow-slow lah ya. Blog ni bukan ada readers pun, hehehe tapi nak tulis untuk memori dan syok sendiri muahahaha! Ringkasannya dulu ya..!


WEDDING DRESS
1. Akad Nikah :
RTW Jovian Mandagie for me
Omar Ali Alamanda, Putrajaya (tempah) for him

2. Majlis Bersanding :
Ryan Riezmel for both

3. Majlis Bertandang :
Ryan Riezmel for both

OFFICIAL PHOTOGRAPHER

1. Akad Nikah & Sanding :
Nasirzin Photography

2. Majlis Bertandang :
Promise Photography

KATERING

1. Akad Nikah & Sanding :
Gotong-royong

2. Majlis Bertandang :
Jintan Manis Catering

MAKE UP

1. Akad Nikah : Kak Nazarha
2. Majlis Sanding : Farah
3. Majlis Bertandang : Izyan Jamil

RANDOM

1. Tudung Nikah : Sugarcraft
2. Tudung Bersanding : Tudung Bawal RM10, Pekan Jitra (love!)
3. Veil Bersanding : Half moon Jalan TAR
4. Kasut Nikah & Sanding : Vincci (kasut lama, yang rupanya ditakdirkan untuk jadi kasut wedding saya juga, happy!)
5. Kasut Bertandang : beli kat The Mines



2. HONEYMOON

^_____^  tiga hari lepas majlis bertandang, kami terus fly ke Bali, Indonesia untuk honeymoon. Allahuakbar, walaupun bajet kami dah betul-betul lari masa tu tapi happy sangat-sangat dapat went abroad together for the first time. dan masyaallah memang Bali sangat cantik! kami di sana 5 hari 4 malam - 2 malam di Kuta, 2 malam di Ubud. insyaallah nak sangat tulis entry pasal ni. great experience, beautiful memory.

3. KARIER

Aku masih di department yang sama, cuma bertukar Unit yang baru, dan lebih mencabar. aku cuba lah nak bertahan selagi mampu di sini sebab aku suka core business nya, kena dengan jiwa dan bidang study aku tapi aku kena banyak belajar dan bersabar dengan kerenah colleagues dan bosses yang macam-macam perangai. Mr. A masih bekerja macam biasa, cuma masih mengejar impian sebenar.  jujurnya aku respect dengan semangat dia dan insyaallah aku berdoa dia dipermudahkan semua.

ahhh seronoknyaaaa menulis! :) till then!

Thursday, 29 November 2012

Food Review : Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi

it's 1.45pm now at the office and i am starving. actually i dah plan dengan my colleague nak pegi lunch tapi last minute dia tak bole join pulak sebab ada meeting yang drag sampai lunch hour.

so sebab bebudak lain semua da keluar, i malas gila nak turun sorang-sorang. then, i ni disebabkan nak divert rasa lapar tu, terus bersemangat sebab dapat idea nak tengok drama Adam dan Hawa episod 54 online tapi GERAMNYA i bila internet lembab gila babs!!!

**ehh, baru teringat i ada simpan stok coklat Whittaker's Almond Gold yang i borong kat Langkawi last month!!**

okayyy, (taip sambil makan coklat, omaigod terus rasa tenang!) sebenarnya i nak cerita pasal restoran Cina Muslim kat sungai besi yang i pegi semalam. sebelum ni, satu-satunya restoran Cina Muslim yang i pernah pegi ialah the well known restoran Abdullah Chan kat Bandar Baru Bangi. i love their dimsum and nasi itik! iyeeee, nasi itik. SEDAP!

Eh, baiklah back to the topic.

ok nama restoran ini ialah Restoran Mee Tarik Warisan Asli Hassan. :) located at pekan lama Sungai Besi. masuk je simpang Balai Polis Sungai Besi, uols straight aje then uols akan nampak kedai Speedmart 99. haaa restoran ini dekat blok belakang Speedmart 99 ni, bersebelahan dengan Dome. senang sangat nak cari. Mr. A and i datang sini pun kawan Mr. A yang bawak sebab dekat dengan office dia.

seperti yang kita semua tau, Chinese ni memang diorang punya kepakaran masakan ialah kueteow or mee kann? kalau char kueteow yang chinese masak tu kira memang terbaiklah, i penah makan kat Penang. uniknya restoran ni ialah, diorang punya signature dish ialah mee tarik. bahagian dapur restoran ni lutsinar, kita boleh tengok pekerja dia tarik mee tu manually for each order. memang original, fresh dan tak ada bahan kimia macam asid borik. tapi  disebabkan i first time jumpa kawan Mr. A ni, tetiba i jadi pemalu gila nak snap photos bagai jadi maaf, frust jugak sebab tak amik gambar lengchai tu tarik-tarik mee. i mintak tolong Mr. A pun dia boolayan. sobbss.

ownernya memang Chinese guy dari China. kurang fasih berbahasa Melayu tapi sangat friendly. even menunya pun dalam Bahasa Mandarin. waktu kitorang pegi, dah pukul 10 malam lebih tapi still ramai. agak impressive jugak sebenarnya memandangkan kawasan tu ialah pekan lama and takdelah happening sangat.

Mee tarik ni ada macam-macam jenis masakan. goreng, sup, kuah pedas, macam-macamlaa. disebabkan i tak tahu nak makan apa lepas baca menu, i just pilih based on gambar yang nampak macam sedap jehehehe.. i order mee tarik laman ape ntah and Mr. A order nasi putih with minced beef. lepas tu kawan Mr. A order one of their signature dish yang sangat menarik. :)

the front view - taken from Google

their signature dish : toothpick lamb - ini memang sedap. cukup rasa manis, pedas, masin semua. RM 24 per plate. pricey tapi berbaloi. tengoklaa, da makan separuh baru teringat nak amik gambar hehee..
ini order i. terlupa nama dia, mee tarik something laman . RM7 per plate. sedap, big portion.
menu Mr. A i tak sempat snap sebab sampai je dia terus makan. T__T tapi dia cakap sedap. well, since this is my first time makan mee tarik, i rasa kena laa dengan selera i. rasa dia kenyal-kenyal dan saiz dia penyek dan lebar sikit dari mee kuning biasa yang kita beli kat kedai tu. rasa kuah mee i ni lebih kurang macam kuah paprik tapi rencahnya lain kot sebab rasanya lebih intense. paling i suka, mee nya memang takde rasa kapur.

selalu kalau makan kat mamak ke kan, kekadang spoilt terus rasa nak makan sebab still rasa kapur kat mee goreng diorang. tapi i rasa Chinese food ni ikut selera sebenarnya. macam i yang jenis selera naga worldwide ni, semua masakan pon i rasa sedap hehehe tapi semalam Mr. A rasa mee i and cakap tak berapa kena dengan selera dia. well, i tak terkejut punn. dia memang tekak Melayu sejati.

so guys, kalau teringin nak ubah selera, go now and try the food! rumah i dengan restoran i ni jarak dalam 10-20 minit perjalanan je naik kereta kalau tak sesak so yeah, most probably i will come again for other menu!

:)


till then!

Wednesday, 28 November 2012

Wedding Prep : Idea for Tudung Nikah, Tudung Sanding, Birdcage Veil

FYI, ada banyak lagi major things yang belum settle for my wedding. time ni jugaklah kerja datang bertimbun-timbun. time ni jugak sakit demam  isemua datang. huwaaarrghh!

THINGS TO DECIDE :

1. i ni free hair orangnya. tapi time akad nikah dan majlis sanding, i plan nak pakai tudung. :) cuma masalahnya, i tak decide lagi nak pakai tudung camne. since this is a last minute decision, i taknak laa tambah kos lg mintak Shanu my dress maker ciptakan tudung kann. 

sekarang i tengah fikir time akad nikah ada dua option :

- pakai plain tudung chiffon with half moon shawl as a veil, OR
- pakai half moon shawl je as a tudung. no veil.

huhuuuu peningnyaa..since my akad nikah theme will be white-pink, i da beli half moon shawl kat Sugarscarf warna soft pink. so kalau i amik first option, i nak beli tudung plain chiffon warna apa ye? kalau second option pulak, nampak too simple tak?

2. tudung masa majls sanding : tema majlis sanding i ialah putih-kuning- kelabu. i will wear custom made white peplum dress with yellow swarovski beads on waist and neckline. material nya pulak bukan chiffon tapi i suka sangat baju tu, alhamdulillah. cumanya sekarang, i tengah pening untuk decide nak pakai tudung macamana. and shall i wear veil too? i mcm takut nak pakai tudung with awning sebab i dah try few times before, memang sangat tak cantik on my face. huhuhu..  so shall i wear :

- soft yellow plain shawl/scarf, with veil?
- soft yellow beaded chiffon shawl/scarf with small tiara, no veil?
- soft yellow plain shawl, a veil and tiara?

3. Majlis Bertandang i akan pakai modern dress with no tudung. temanya purple - silver. FYI, rambut i ni pendek. pendek gila, lebih kurang macam gambar sebelah tu. and i dont want to do any hair extension, rambut palsu, sanggul palsu dan sebagainya. yes, i want to be a short hair bride. sebab i selesa rambut camni. tak tahulah camne rupa i nanti tapi seriously i nak kekalkan rambut i macam ni je. even Mr. A agreed, so i am more than happy to ignore those mulut-mulut kepochi nanti hahaha.

so untuk majlis bertandang, i macam teringin gila nak pakai birdcage veil. i rasa birdcage veil tu memang sesuai dengan dress i. nak pakai birdcage veil ni kena confident sebab jarang pengantin Melayu pakai. lagi satu, kena cari yang betul-betul sesuai dengan muka and rambut sebab pengantin Melayu ni agenda utama selain bersanding ialah makan. hahaha so kebanyakan birdcage veil ni menutupi separuh muka dengan net tu. nak pulak dengan i yang hidung penyek ni, memang cofirm lah akan lebih terpenyek di muka. camana nak makan dengan lahapnya dengan net depan hidung? muahahaha tapi takpe, pemakaian birdcage veil ni ada beberapa cara, terpulang pada kita. korang boleh tengok dalam youtube. tapi masalahnya, kalau nak tau sesuai tak sesuai, kena laa try dulu. so please bride to be and ex bride to be, kat mana i nak beli birdcage veil ni?? please please let me know.

jom layan beberapa gambar birdcage veils yg i sukaaa sangaat. thank you to Google! :) :)

tengok tengokkkk, rambut dia pendek macam i tapi tetaaap nampak sweet dgn birdcage veil/headband ni kann! 

i loveee the big flower! auto-glamour!

haaaaa...gedabak punyaa! kau mampu??! 

ala ala ala ala alaaaa sweet nyaaaaaa!!



Ngeeeee nakkk!!


till then!





Friday, 23 November 2012

Movie Review : Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

all the series.

i remembered when i asked Mr. A to watch first Twilight series years ago. he terrified with the idea and keep asking me to watch other movies, and i insisted of course. *grin* definitely i cant blame his response while the haters keep spreading jokes of "only gay guys will watch twilight" to the world. i must say, that was seriously lame and pathetic. lucky that i have an open minded guy. he agreed to watch the first Twilight series with me, and as expected he enjoyed the movie as much as me!

we became the die hard fan since then. so while yesterday was the first day Twilight Saga Breaking Down Part 2 released in Malaysia, guess what? he's the one who keep reminded me to buy the tickets fast! and definitely it was chaotic in GSC system yesterday because only after more than five tries, alhamdulillah i managed to browse the available shows (it was 5.40pm) and only the last show left for me (with perfect seats and position) yesterday. it's midnite show, 12.15am. i grabbed it like "hell yeah i want this!"

okay, the review. :) and please note that this is just my personal opinion.

:) beautiful couple, no?
Kristen's acting talent has been improved so much and it impress me. i chose to write this first because in previous series, i always think Kristen Stewart did not play Bella Swan's character good enough. in most scenes especially her single scenes, she seems awkward and clueless. but in Part II, Kristen proved it and i am so proud watching her last night.

the movie has been made into such a great balance - romance and action. i didn't feel time moving, my eyes and mind are all in the big screen. in fact, Mr. A and i didn't have any conversation until the movie has ended except for sharing laughs to the jokes and yea, asked him to rub my cold feet. hahaha.

one of the scenes that i love is the arm wrestling scene between Bella and Emmet, which actually i cant wait to watch. i enjoyed watching scenes while Edward teaches Bella how to hunt. besides, whose girls didn't melting when Jacob undressed himself in front of Charlie? well at least I AM. Oh my, i am definitely more into Jacob than Edward. tall, dark, and handsome. hahahahaha.

;)
the hunting scene

i started to cry when Carlisle dead. and actually i did not expected to cry for any other scenes than Edward, Bella or Jacob but yeah, Carlisle is one of the main character since beginning. i just love Carlisle, i think world need more men like him. passionate, family man, kind and gentle. so when Volturi killed him, i cant describe you the hurt i felt last night. Fortunately, all the Cullen killing scenes are only in Alice's mind. you cant kill main characters just like that, you just cant.

jacob and renesmee, Edward and Bella's daughter
new characters? Wow, varieties and amazing in their own ways i must say! i never thought there will be vampires of Irish coven, Amazon coven, or Egypt coven! LOL. but girls, this is the most handsome vampire i ever seen besides Edward. introducing you Lee Pace (Garret), an American Nomad vampire. cool. real cool.

aumm!! ;)
for those of you who never watch any of Twilight series before and thinking of watching this last episode, please go. let me give you the basic idea of previous series --- Edward and Bella fell in love, Jacob loves Bella too. Edward and Bella married while Bella still a human, Bella got pregnant, the baby in the womb is unknown, Bella had implication after deliver the baby, and to save her Edward himself made her into a vampire; the most difficult decision and task he ever had in vampire's life. the Volturi is a kind of vampire's royal families, feared by all vampires and have no mercy towards anything that abide vampire's law and threaten their secret to human.

and for all twilight fans who will watch the movie, no worries. i will not give you any spoiler of the ending. you will definitely enjoy the movie as much as i did. last night, the audience including me were spontaneously  "woooooooo..", "ahhhhhh..." throughout the scenes. some of them are clapping their hands at the end. this is definitely a celebration to the perfect masterpiece by Stephenie Miller and production team of all series. it hurts to realize there will be no more Twilight series after this, but somehow i feel content. it's like all the characters are alive somewhere in the world, and i am happy for them.

if there's anything that i dont like about the movie, i will say it's because no Muse in the soundtrack list. i feel like, "why????" but yea, i must all the soundtracks are good. one of the song that i love instantly is Paul McDonald ft Nikki Reed - All I've Ever Needed. this is just another chic love song that will definitely hits the radio soon. and why Nikki is soooo gorgeous?!

:) go watch the movie darlings!



till then!

Thursday, 22 November 2012

the unknown feeling

all of sudden, you just feel the urge to cry but you dont know why.
mom said, it's normal for us, for woman.
i hope so, i pray for that too.

:(

Wedding Prep : Brown Paperbag, Doily Paper Murah di Kuala Lumpur

ada baki 28 hari sebelum tarikh akad nikah, dan i baru berjaya scratch ini dari checklist.

hahaha actually i dah start survey bab-bab paperbag or goodies bag ni dah lama. bila i cakap lama, maksudnya sejak satu dua tahun lepas lah. survey, copy paste sources, then lupa. sampailah semalam Mr. A dan i tiba-tiba dapat hidayah untuk panic attack bila favors bag tak beli lagi padehal parents kat kampung dah beria-ia bercerita nak taruk itu ini bagi kat guests. =___="

untuk pengetahuan juga, i memang da lama teringin sangat nak DIY wedding paperbag pakai brown paper bag, doily paper and sticker. kira memang tema yang tengah IN sangat lah sekarang ni kan. simple pun simple, murah, pastu cantik pulak. untuk bride to be yang tak tahu apa yang sedang i rapikkan ini, inilah contohnya.


doily paper, brown paperbag, stamping font, pengepit baju.
brown paperbag, doily paper, ribbon. wallah!

okay, untuk korang bride to be yang nak DIY paperbag seperti gambar di atas, mari i ceritakan kat mana nak beli brown paperbag dan doily papers yang murah dan ada ready stock yang banyak di Kuala Lumpur. untuk luar KL pun ada option, baca sampai habis ok.

PERNIAGAAN WAKIM SDN. BHD. 
Wakim Plastic Industry Sdn. Bhd,
No. 55B-4, Lorong Raja Bot, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

 i pun baru tadi lah first time sampai ke kedai tu and actually tak susah sangat nak cari once you da masuk Jalan Raja Bot. kepada bride to be yang belum pernah sampai ke sini, haaaaa bole jugak kalau uols nak cari jamu ke hape, sini memang port kedai-kedai ubat tradisional tau and most of the shop owners are from Indonesia. for further information, you can go to their website H E R E.

the shop view from front

the map. please click to enlarge photo

selain brown paperbag dan doily paper, i tengok banyak lagi product dorang jual macam gelas/pinggan/mangkuk plastik/kertas/styrofoam. tapi sebab kami pegi sana fokus dengan niat nak beli paperbag, kami tak tengok sangat benda lain tapi memang seriously banyak barang menarik dan murah.

okay, ini ialah hasil observation kami pada hari ini. esok-esok mungkin harga lain, dan orang lain mungkin pengalamannya lain ok. cuma untuk berkongsi pengalaman kalau ada nak tahu selain kenangan sendiri.

BROWN PAPERBAG : RM11.00 for one packet (100 unit); ada juga white paperbag with same price. untuk order macam i yang lebih 2000, dapatlah discount RM10 per packet. and untuk diskaun ni,sila tanya ye!

DOILY PAPER : 250 pieces for RM6.00; masa i pegi ada warna putih and gold.

untuk pengetahuan korang, paperbag kat sini ada beberapa saiz berbeza dan harganya pun memang berbeza. i actually berkenan tengok brown paperbag yang ada string holder tapi bila tanya harga pakcik tu cakap 90 sen satu which is out of my budget. kalau i nak beli 100 200 okay laaa, ini 2000+. Sobbss.

lepas kitorang tengok all the prices, kitorang keluar kedai dan terus discuss depan kedai. err, lebih spesifik tepi pili bomba. nanti kalau lepas baca entry ni korang pegi kedai ni dan nampak pili bomba depan kedai tu, please drop your comment here okay. Heeee, dekat-dekat 20 minit jugaklaa kami kat situ siap call mak masing-masing. ^___^

finally, idea DIY i tu habis kat sini je. Mr. A yang lebih kedekut particular bab-bab duit ni bentang calculation for different paperbag sizes and he insist us to purchase the cheapest one. i macam tak setuju sangat sebab i KENAL mak i camane orangnya. kalau dia tak beli pun, memang ramai orang yang akan offer nak kasi macam-macam. kalau paperbag kecik, camne nak buat? seriously i langsung tak kisah kalau ada orang nak sponsor kasi biskut kering sekalipun! i percaya, semua tu rezeki dan berkat tetamu yang makan pemberian orang tu harapnya menambah berkat untuk masjid yang bakal dibina kan, ewahh!

baiklah, i pulak lepas dengar pembentangan bajet Mr. A; i rasa macam sakit hati sebab i expect total price akan lebih murah daripada tu. Hahahaha yee bajet betul aku nieeee! selain tu jugak, i tiba-tiba risau kalau kitorang tak mampu nak siapkan decoration paperbag tu. ini sebenarnya my main concern. so, Mr. A dan i amik keputusan untuk menahan sebentar keghairahan untuk jadi pengantin DIY, dan cuba survey kat tempat lain. i suggest nak pegi Chow Kit tapi masa tengah jalan pegi kat kereta, Mr. A nampak kedai barang hantaran. it's near Wakim, a corner lot shop, double storey.

so kami akhirnya beli paperbag kat sini. a very simple and typical wedding paperbag yang selepas perkiraan, menjimatkan RM100+ berbanding kalau beli brown paperbag dan doily paper mengikut kuantiti yang kami nak. dan ya, jimat tenaga jugak. alhamdulillah. alhamdulillah. i syukur je.

apa punnn, moral of the story kepada bride to be yang lain, please jangan suka PROCRASTINATE macam i kalau korang ada banyak idea untuk wedding korang ok. :)

korang yang nak tahu pape lagi pasal Wakim or kedai hantaran tu, tanyalah ye. or google je, i rasa ada je blog bride to be lain yang tulis pasal Wakim ni.

dan korang yang dah pegi Wakim and made your purchase there after read this entry, show me the outcome please! even angan-angan i tak tercapai, tengok uols punya pun jadilah. Hahaha.


p/s : Masyaallah lupaaaaaa untuk option lain beli brown paperbag murah selain Wakim. malas nak re-arrange paragraph, i bagitau sini jela. uols bole bukak website P P H nie, click Our Product, then boleh terus order online. ada macam-macam jenis packaging yang ada - paperbag, boxes, gable box, etc etc. I dah pernah contact the customer service and kilang untuk paper product ni di Prai, Pulau Pinang. so untuk bride to be utara bole terus ambil order kat sana. boleh jimat lagi untuk postage kannn. harga memang murah berbanding harga kat kedai biasa. :)


till then!



photo source : Wakim's official website