Tuesday, 30 January 2018

Dugaan Anak Tak Sihat

Sepatutnya petang isnin lepas, kami bertolak ke JB sebab the next morning ada meeting. Plan nak sampai awal sikitlah nak rehat sebab jumaat sabtu ahad sebelum tu aku dah macam zombie kat rumah prepare all input. Mujur kebetulan Fatin ada boleh tolong jaga both cempedaks.

Tapi batuk dan nafas Ian makin teruk. Pukul 5pm pegi klinik, maka Ian first time kena neb. No improvement, doktor terus tulis surat refer hospital. Aku steady lagi time tu.

Sampai triage emergency Hospital Putrajaya, bila nurse yang observe nafas Ian terus ajak aku jalan laju-laju masuk yellow zone, aku dah cuak. Dari pukul 7.00malam sampai 2.00 pagi kami berkampung kat situ. Sepanjang tempoh tu Ian kena 3x neb, masuk hydrocort, x-ray. Sepanjang tempoh tu jugak aku dok mintak kat doktor nak discharge dengan alasan nak pindah hospital swasta tapi doktor tak bagi. Bagitau ada neb machine kat rumah pun tak bagi😷 "His condition is serious and he's still a baby, just wait here we'll put him as a priority ok". Baiklah.😌

Pukul 2.30 pagi Ian discharged dengan sebeban advice and reminders sebab dorang tau aku nak ke JB. Pukul 4.00 pagi kami atas highway, aku dah siap mandi pakai baju nak pi meeting sebab dah tau dengan keadaan mengantuk ni konfem takleh sampai dalam tiga jam setengah (usual drive).🙃

Tak boleh nak describe keadaan masa tu. Headache, exhausted, lelap kejap-kejap dalam kereta pun mimpi pasal meeting, whatsapp here and there mintak tolong n confirm things OMG😂

Maka meeting yang dah start pukul 9.30am, urusetia sebenar masuk bilik mesyuarat pukul 10.20am😅habis heavy meeting berangan nak qada tido, kesudahannya berkejar pegi Hospital Sultanah Aminah pulak. 2x neb di situ. Alhamdulillah malam tu Ian sampai hari nak balik putrajaya tu dia ok ☺️

Selain husband yang memang power and helpful, thanks jugak Stress Away, Peppermint, Lavender, Frankincense and Thieves essential oil to help baby and keep mommy in her sanity.😬🙃


Noah? Happyyy all the time sebab tak payah pegi school, tido hotel and mandi kolam🙄😂


Alhamdulillah, Allah ada.
Emergency Hospital Putrajaya - dalam kerisauan kat anak sendiri, menunggu di sini buat kita insaf tengok ramai lagi yang lebih kritikal huhuu..
T__T ini muka adik lepas dah abes melalak kena cucuk
Emergency Hospital Sultanah Aminah, JB




Monday, 29 May 2017

Puasa Masa Pregnant

Yaayy! Alhamdulillah, bertemu kita lagi dengan bulan yang ditunggu-tunggu semua umat Islam - bulan Ramadhan. Jujurnya aku suka Ramadhan sebab suasana sepanjang bulan. Kalau kat kampung, lepas berbuka puasa jalan ramai-ramai pakai telekung dari rumah pegi surau untuk tarawih. Kat kampung, solat tarawih 20 rakaat weh, tok bilal pun kadang-kadang sengaja selawat kuat-kuat nak bagi orang tak ngantok hahaha rinduuuu. pasar ramadhan aku tak berapa ada kenangan manis, sebab dari dulu jarang membeli. Bila dah hidup sendiri kat kl ni, pengalaman kat pasar ramadhan ni banyak yang tak best daripada best. Finally of course yang paling best mestilah suasana preparation nak sambut raya, kann? :)

Tahun ni alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk pengalaman mengandung dalam bulan Ramadhan. Currently i am 20 weeks pregnant, belum tahu baby boy ke baby girl, sihat alhamdulillah, berat dah naik lebih kurang lima enam kilo sejak mula pregnant. 2014 Allah bagi pengalaman 'ponteng' puasa sebulan sebab pantangkan si Noah bahahahaha pengsan nak ganti hoiii, tahun ni Allah bagi peluang puasa penuh pulak alahaai masyaallah rezeki.

So, puasa ke tidak ni? Heheee alhamdulillah hingga hari ketiga ni berjaya puasa. Untuk mommy to be yang confuse boleh ke tidak kita yang pregnant ni tak puasa, let me share with you guys beberapa info yang i dapat hasil google, tanya doktor masa last check up haritu, dan kawan-kawan yang lebih arif bab agama.

FYI, Allah memang tak mewajibkan ibu mengandung berpuasa, tapi tak jugak mengharamkan. You know your body better, terpulang pada korang untuk berpuasa atau tidak tapi untuk lebih rasa tenang di hati, rujuklah doktor O&G korang okay untuk nasihat dari segi kesihatan.

Kenapa wanita mengandung tak wajib puasa? Let me share apa sebenarnya yang berlaku dalam badan kita ni sepanjang hari semasa mengandung - which memang sangat teruk ia bekerja berbanding semasa tak pregnant.

  1. Pengaliran darah daripada jantung ibu kepada rahim dan uri akan meningkat 10 kali ganda untuk membekalkan oksigen dan khasiat kepada janin. Bermula dari hanya 80ml setiap minit sebelum hamil ke 600-800ml setiap minit bila sampai ke akhir peringkat kehamilan. Pada masa ini, sebanyak 20% darah yang dipamkan keluar daripada jantung ibu akan sampai ke rahim ibu, dibandingkan dengan hanya 2% sebelum hamil. Ini menunjukkan betapa kuat badan ibu bekerja bila hamil. 
  2. Jantung berkerja dengan lebih kuat lagi daripada wanita yang tidak hamil (even semasa rehat). Ini menyebabkan kadar degupan jantung yang lebih tinggi (increased heart rate) daripada wanita yang tidak hamil. Kadar degupan jantung naik sebanyak 10-25%, dan darah yang dipam keluar daripada jantung (cardiac output) naik sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sebelum hamil. Kadar degupan jantung akan naik lebih tinggi lagi jika badan ibu dehydrate akibat kurang meminum air. Secara tidak langsung kadar degupan jantung janin juga akan naik lebih tinggi lagi jika kadar ibu juga tinggi. 
  3. Darah ibu sentiasa membekalkan gula glukos kepada janin, So sebenarnya bila berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah daripada kandungan gula wanita berpuasa yang tidak hamil. Ibu yang hamil lebih cepat letih, dan bila kandungan gula menjadi sangat rendah akan lebih cenderung merasa loya dan muntah-muntah, especially masa first trimester.
  4. Allah tu Maha Hebat tau. Masa kita pregnant, secara automatik darah kita akan jadi lebih pekat berbanding sebelum pregnant tau. Kenapa? Sebab hormon kita masa ni menjadikan hati lebih aktif produce protein yang pekatkan darah. Atas sebab hukum biologi ni lahh yang boleh bantu elakkan pendarahan berlebihan lepas uri tertanggal dari rahim. So, apa kaitan dengan puasa? Haaaa..hukum biologi pasal kepekatan darah ni juga ada risiko darah beku (venous thromboembolism or VTE). Risiko VTE ni meningkat 6 kali ganda masa pregnant dan boleh berlaku pada 1-2 daripada 1000 wanita pregnant, dan sangat membahayakan nyawa ibu. Cara elakkan VTE ni ialah apa? Minum air banyaak and that's explain apa kaitannya dengan puasa. :)
Ini antara hasil pembacaan aku lah. Ada lagi faktor lain contohnya pregnant mommy yang selalu kena pedih hulu hati - which you kena makan kuantiti sikit tapi kerap; kann? Then, belum campur faktor mommy ngandong yang ada GDM kena ambik insulin or metformin.

Kesimpulannya, jangan paksa diri untuk puasa masa mengandung. You know your body better, you know your own limit, jangan risikokan diri dan baby. Untuk yang nak berpuasa, masa sahur tu makanlaa semua makanan yang korang selera nak makan okay. Personally aku sahur makan nasik, kurma, susu, pisang, anything yang aku rasa nak makan. Cuma kurma tu memang aku tak tinggal. Kesannya?? Surviving laaa bahahahaha tipu kalau cakap tak lapar tapi alhamdulillah bearable. Takde rasa pening nak pitam ke apa which itu aku punya limit sebab aku ni sejenis spesies HB low. Masa sahur, masa berbuka dan sepanjang malam tu minum air banyak (aku kuat ngelat jugak part ni).

Korang ngandong, sahur makan apa? :D


Selamat berpuasa guys, till then! :)

Wednesday, 24 May 2017

Pregnant with HB Low (Again!)

Check up 19 weeks harini, nervous sebab takut HB low lagi tapi excited sebab most probably doktor akan scan perut hehehe.. so penyudahnya yes memang HB low (9.1), dan yes doktor scan baby yeaayyy baby looks good and healthy cuma tak nampak gender lagi. It's okay baby, nanti kalau mommy daddy tak sabar nak tau jugak awak ni boboy ke gegirl, kita pegi scan kat klinik private okayy!? :)

untuk mommy to be lain yang ada masalah hb low / anemia ni, bawak bertenang ya. ini sebenarnya pesanan untuk diri sendiri jugak haha sebab selain segala usaha kita untuk naikkan hb, stress sebenarnya salah satu benda yang wajib dielakkan oleh mak-mak ngandong ni. masa aku pregnant Noah dulu, sampai towards the end pun memang hb low and takat-takat borderline je. alhamdulillah, Noah lahir dengan selamat..3.25kg segedebuk.

APA YANG PERLU DIMAKAN / MAKANAN YANG TINGGI ZAT BESI 
(aku  letak yang mana aku ingatlah ya) :

- Bayam
- Kurma
- Hati
- Kerang
- Jambu batu
- Peanuts

APA YANG PERLU DIELAKKAN / MAKANAN YANG AKAN SEKAT/GANGGU PENYERAPAN ZAT BESI :

- Semua jenis kafien. T___T

memang yang ini aku betul-betul stress sebab kena pantang. cuma demi baby, aku cubalah bertabah. kalau betul-betul teringin nak nescafe/ kopi, aku akan minum seteguk dua je buat hilang rinduuuu ohmaiii. mak-mak sekalian, tolong yaa avoid all type of caffeine kalau uols kategori HB low. Jangan tak minum kopi dan teh, tapi korang hentam minum milo everyday pulak tanpa perasaan bersalah. Milo tu pun ada kafein tauhu takkk? Haaaaa lagi satuu, kalau dah makan supplemen obimin/iberet/iron tablet etc yang nurse bagi tuu, jangan pulak minum susu lepas tu yaa. Jarakkan dalam dua jam baru boleh minum susu or teguk kafein (kalau tak mampu pantang), pahamm? :)

- Telur

Haaaa yang ni baru dapat info dari nurse tadi. dok meluahkan perasaan kat dia pasal HB yang tak naik-naik ni, dia cakap laa yang telur ni actually salah satu makanan yang aku pun tak ingat istilah dia tapi akan buatkan hb kita low. huhuhu so dia cakap kalau makan bayam sehari 10 ikat pun tapi makan telur 2 3 bijik sehari tetapp sama jelaa outcome dia -- yileekkk hahaha..matilamaknakkk telur tu pun favourite!


so mak-mak sekalian, kalau ada petua lain tolonglah share kat sini. tak bagus anemia masa mengandung ni sebenarnya sebab akan ganggu tumbesaran baby. formula mudahnya ialah semakin rendah hb, semakin rendahlah kadar oksigen dan makanan yang akan sampai pada baby.

let us do this, baby! insyaallah mommy will do everything for you.


till then!


Thursday, 11 May 2017

Pregnant (Again)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Currently i am 17 weeks pregnant my second baby. 155 more days to go, may Allah ease everything along this second journey.

Reaksi Noah? :D tak sure lah dia dah paham ke belum istilah baby tuu tapi so far everytime bila tanya mana baby, dia akan tunjuk perut mommy. suruh cium baby, dia cium perut hahaha tunggulah baby dah keluar nanti tengok camana pulak reaksi dia.

see you soon baby! mommy, daddy and abang noah love youu!

Friday, 4 March 2016

Music, Lyric and Me Time.


i always love music. but when it comes to a song, i always prefer the lyric.
maybe sebab aku sendiri suka menulis. aku cenderung kagum dengan manusia yang mampu terjemah segala isi hati dalam sepotong puisi contohnya.

dan untuk manusia seperti aku ini, akan ada masa dan harinya bila mana perasaan tu jadi membuak-buak nak menulis tapi bila pegang pen atau menghadap komputer, kau jadi tak tahu apa nak tulis.

sesak nafas betul bila setiap kali datang perasaan tu okey. serious.

dan selalunya untuk kurangkan rasa sesak dada tu, aku akan layan youtube, bukak channel yang bole aku layankan dengan perasaan sekarang ni. Jason Mraz, Ed Sheeran, Passenger, John Legend, (antara contoh) misalnya, lepas tu kalau ada free flow coffee, lepas tu blog hopping / a good book to read -- then i will feel better. tak complicated mana pun, just a ME time.



TAPI JANGAN MIMPILAH NAK BUAT SEMUA TU SEKARANG.


Hahahaha..baru nak layan youtube, anak dah buat signal jari nak tengok Tukur-Tukur. LOL yes you read it right, anak aku suke layan video clip lagu Tukur Tukur OST Dilwale. Well, besides the song itself was very catchy for a toddler like him, memang kitorang laki bini yang gila hindustan ni bawak dia tengok movie Dilwale dua kali kat wayang. ^______^ i am sorry but i am not sorry, i just loveeee Shah Rukh Khan!

balik kepada topik, itulahh kisahnya. i am struggling looking for a me time. i dont need private time with my husband because we had it a lot actually alhamdulillah; but i really need private time to be with myself, alone. i want to enjoy every single sip of coffee alone, i miss to delicately treasure every pages of book, the coffee and book's smell, the freedom to wander with my thoughts, the rush feeling to express all the thoughts into writing, hmmmmm.



well, maybe i shall keep this thought for a while though.




till then!

Tuesday, 23 February 2016

#1 Step for 2016

Merujuk entry sebelum ni.

Yes, i did one step ahead. aku beranikan diri bincang dengan my immediate boss pasal nak transfer dari department sekarang ni. Puan HR, memang a very senior lady in public service. Di sebalik cakap-cakap orang lain yang tak puas hati dan menyampah dengan dia; aku sebenarnya sangat hormat dan kagum dengan dia. well, mana ada manusia yang perfect. tapi Puan HR banyak ilmu dan pengalaman, dan dia tak kedekut semua tu. Aku memang akan pergi bilik dia bercerita dan bincang dengan dia everytime kalau aku perlukan pandangan dan nasihat yang profesional dan baik. 

Dan seperti yang aku jangkakan, Puan HR memang sangat profesional bila mendengar permohonan aku tu. Lebih kurang setengah jam kami bersembang berkongsi pendapat dan luahan perasaan, aku keluar dari bilik dia dengan perasaan yang sedikit tenang. Now, i just need to do a lil bit of CSI dengan Human Resource department, lepas tu cari masa yang sesuai untuk inform big boss pulak pasal ni. and that will be the real challenge. insyaallah, insyaallah.

Jom solat Asar.


till then!

Wednesday, 17 February 2016

2016!

2016.

2016 seakan berjalan terlalu laju untuk aku. rasa tak terkejar dengan macam-macam benda yang jadi dalam hidup sekarang ni. mak aku kena lung infection masuk ICU, kerja kat ofis berlambak tak habis-habis, hubungan dengan encik husband yang kengkadang tersentap sana sini, haihhh mujurlah Allah permudahkan urusan kami dengan macam-macam bantuan dari sumber dan orang yang tak dijangka. paling syukur sebab Noah Zafrel mudah diurus.

HIJRAH.

Klise sangat bila masuk tahun baru nak bercakap pasal hijrah. tapi apa salahnya klise kalau bawak kebaikan kan? hijrah apa yang aku nak buat tahun ni? BANYAK. kalau boleh disenaraikan, mungkin tak mampu aku nak post entry ni petang ni jugak sebab nak fikir habis-habis semua perkara yang nak dimasukkan dalam senarai.

antara perkara yang aku nak perbaiki dalam hidup ialah hubungan aku dengan manusia keliling. sejak mak masuk ICU, lepas tu Aga meninggal, aku terasa sangat betapa fragile nya hidup ni beb. fragile dan tak pasti. yang pastinya satu je -- kita akan mati. lately ni, aku selalu sangat fikir apa agaknya yang orang akan bercakap dan ingat pasal aku bila aku dah mati? i want to be a better person. a better friend, a better sister, a better daughter. bukan untuk orang lain, tapi untuk ketenangan diri sendiri. memang betul cakap orang - perasaan yang paling best ialah bila kita dapat gembirakan orang lain. i hope i can make more people around me happy. belanja minum, text tanya khabar, belanja makan, call ke, i dont know. i'll try.

CINTA.

I love my life. i love my boys. entah camana hidup aku kalau achik dan noah tak ada. still, aku rasa cinta aku ni belum capai standard yang mana-mana suami expect kot. i dont know. anak baru sorang tapi aku belum manage untuk kemas dan deco rumah, masak proper dinner everyday ke, sobbss. achik memang the best husband i can ask for walaupun ada masanya memang stress pasal dia. i want to be a better lover. dah lama tak saja-saja text during working hour, dulu masa bercinta sempat je kann. so i slowly did now. surprisingly diri sendiri rasa awkward mula-mula tu. Allahuu, baru tiga tahun kot kawen. maybe lepas ni, i'll drop random love notes somewhere?

sejak ada noah, memang tak pernah lagi kami dating or road trip berdua. still, aku tak rasa benda ni patut jadi masalah. i want to be a better lover. kena berenti cari masalah dan alasan sebab sebenarnya my husband is not someone who hard to please pun. i'll try.

KARIER.

OK lahh di sebalik kerja aku yang tak penah habis, stress level yang asyik mencanak je naiknya, I love my job. i love my boss, colleagues and my personal crib here. indirectly, aku memang berada dalam comfort zone laa sekarang. persoalannya, dah sampai masa ke aku patut keluar dari zon ni sekarang untuk kemajuan karier? Dah tujuh tahun aku dalam servis tapi most of the years aku cuma buat kerja-kerja communication and public relation which is actually not a core business for my scheme.

Postpone dulu lah pikir dan decide pasal benda ni. Kalau boleh pencen by 40 years old pun best, lepas tu maybe boleh fokus menulis sambil bela lemak anak. Hmmmmmm, i wish i wish i wish!


FUTURE.

Aku harap dalam tempoh lima tahun akan datang, aku dan husband boleh enjoy financial freedom. At least dapat langsaikan hutang-hutang yang kritikal, tak tenang hidup sebenarnya bila berhutang ni tapi itulah lemahnya kita manusia dalam merancang, Allah jua yang menentukan. Semoga husband belajar dari kesilapan dan makin matang dalam uruskan perniagaan dan kehidupan kami sekeluarga.

Finally, i wish to have another baby! Bahahahahaha! :P


Till then!